Wednesday, December 28, 2016

Allah Sebaik-baik Perancang

Sayang tak terucap
Kasih tak terungkap

Masih tegakah aku mnitipkan kata di sini?
Sedang pesananku tak pernah disampaikan angin
Kata-kataku tak pernah diterjemah malam
Hingga akhirnya
Yang benar disalah fahamkan
Yang samar disalahertikan

Ya
Kita merancang..tapi Allah sebaik-baik perancang
bukan menolak takdir
tapi terkilan dengan satu kebenaran
hanya kerana ego...
akal diketepikan..


Ya Allah buanglah segala kenangan...
Kerana aku sedang mencipta keindahan
Dalam satu mahligai perkahwinan...

Cinta halal yg Engkau anugerahkan....
Jangan kau hantar bisikan syaitan...
Teguhkan aku dalam ikatan yang menjanjikan syurga
Bahagiakan dia dalam jalinan cinta yang dibina

Redakan segalanya...
Ikhlaskan jalan cerita kita..
Allah Maha Esa, Maha Berkuasa...


SIAPA AKU? SIAPA KAMU?
untuk persoalkan KENAPA?



Monday, June 20, 2016

Ini Cinta

Lama sungguh tak menitipkan sesuatu.

alhamdulillah....Allahu Akbar....Besar sungguh nikmatMu ya Allah...

12 Mac 2016 

aku menjadi yg halal buat sang suami. 
Mohamad Hasif..

kadang kala cerita kami seperti susah nak diterima tapi inilah realitinya.....

2001 mempertemukan kami...hanya kanak2 hingusan yg menjalin persahabatan. 

2002 kami melakar kejayaan UPSR mengharumkan nama sekolah

2003 kami mula mengambil haluan berbeza. aku ke mrsm dan dia ke sms johor

2006 dia tegur aku dalam bas ketika pulang dr asrama. aku tersipu. persahabatan kami kembali terjalin.

2008 kami bertemu lagi di sabah. kami berlima sering bertemu pada waktu cuti...juga hari raya aidilfitri...

dan tiba2 dia hilang..persahabatan kami tergantung. rupanya membawa diri.... kerana aku sibuk mengejar cinta yang kecundang di tengah jalan. 

6 febuari 2014 segalanya bermula. dia menjejaki aku di fb. ucapan selamat hari lahir sebagai salam selepas sepi.

sampai satu hari aku tahu isi hatinya

ogos 2015 dia menitip salam ke rumah orang tuaku tatkala aku berjuang di mersing membina generasi. Alhamdulillah....salamnya disahut riang oleh kedua permata hatiku.
dan aku mula yakin.... isi hatinya tulus....

oktober 2015 cinta hatinya mengunjungi kami. menitipkan tanda dan aku disunting 

november 2015 aku menjadi tunangannya secara rasmi

dan akhirnya 12 mac 2016 aku menjadi kekasih halalnya secara hakiki.

ALLAH... Sungguh hebat jalan cerita-MU...


kehadapan suamiku...

Terima kasih kerana menyimpan ruang di hatimu
untuk aku menjadi suri
mengisi kekosongan jiwamu

terima kasih kerana sudi menanti jawapan
walau aku sering berlari
mencari semua yang masih x pasti

wahai suami...

Pimpinlah aku...
tuntunlah langkahku..
menuju syurga firdaus....







Tuesday, April 7, 2015

BISMILLAH

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Lama tidak menitipkan sesuatu di sini...ya mungkin kerna terlalu asyik dengan urusan duniawi. Lumrah manusia seperti aku...tak pernah lelah mengejar yang fana' sedang yang hakiki sering ditinggal terabai. Allah....

Lama rasanya tidak berkongsi ilmu...ya mungkin kerana terlalu jarang sudah menjejak majlis yang dihadiri ribuan malaikat..kosong....hanya menikmati titisan-titisan nasihat dari laman maya...

Berharap dapat menghidupkan semula detikan kekunci dalam blog ini...

assalamualaikum.


Sunday, November 9, 2014

Semakin menghampirinya

Dear my sweet blog,
I feel like crying..
Can u please wipe my tears?
Can u please hug me softly?
Can u please lend me ur shoulder?
Can u please tell me to stay strong?
Can u please do everything to comfort me?

No..u can't
But its okay...
I have Him...
The one and only lover I ever had..
Let Him listen to me...
And now all my fear goes away.

Allah.. I love U

Wednesday, October 15, 2014

Surat untuk pelangi

Wahai keindahan yang Allah jadikan
Agungnya Dia menyulam cahaya
Hingga sang putih berwarna tujuh
Cantik bukan sekadarnya...

Wahai cahaya yang dibias meriah
Izinkan hati ini memilik sedikit
Senyuman insan yang memandangmu
Kerana puas ia memencil, menidakkan haknya

Wahai lapisan tujuh yang jauh
Izinkan aku menolak satu hakikat
Engkau yang dilihat dekat
Tapi nun tak mampu digapai apatah lagi dicuit ikhlas

Wahai pelangi
Surat ini aku layangkan padamu
Sampaikan pada yang hak
Kerana aku sudah lelah mengejar hakikat
Aku perlu jawapan
Adakah tegakku diam di sini itu perlu
Atau mengejarmu walaupun hakikatnya belum tahu..

Friday, October 3, 2014

NO IDEA

Allah Allah Allah....

Never give up...

Countdown to 9th October

May Allah ease everything....

Tuesday, July 15, 2014

Sukarnya mencari ikhlas

Salam ramadhan kareem...pejam celik-pejam celik dah masuk 18 ramadhan..
Mlm ni duduk sendiri mcm biasa bersembang dgn diri sendiri...dan muncul 1 topik.

Ikhlas....

Sukarnya untuk dicari..benar kata org xsemestinya bila org tu ckp dia ikhlas die benar2 ikhlas...
contohnya engkau berkorban untuk org lain...ikhlas katanya tapi asyik terfikir-fikir nasib diri niyang sempit atas pengorbanan tersebut..ikhlaskah sebenarnya?
Contohnya engkau berikan barang yang paling disayang kepada orang lain...tapi bila sampai masa kau perlukannya kau akan kata "kalaulah ia masih pda aku" ikhlaskah namanya?
Contohnya engkau ajarkan satu ilmu baru kepada orang dalam masa yang sama engkau mengharap orang itu menyanjung kebijaksanaan kau...masihkah ikhlas?
Contohnya engkau beribadah kepada Dia kemudian engkau minta sesuatu dan engkau persoalkan ibadah itu bila pinta itu tidak ditunaikan..ikhlaskah engkau dengan tuhanmu?

Aku...
Ikhlaskah aku di sini bila setiap kali aku asyik mengeluh melihat setiap sudut yang sesak...sedang aku cemburu dengan orang?
Ya Allah...ampunkan aku... bantu aku mencari ikhlas yang sukar ini... sungguh...
Ikhlas itu jauh untuk digapai...

Tuesday, June 24, 2014

Hari-hari kita

Hari hari kita
apa isinya?
Dunia atau bayangan syurga?

Hari-hari kita
Ke mana langkahnya?
Gembira atau tangis duka
Gentar membayangkan neraka?

Hari-hari kita
Bagaimana rentaknya?
Dipenuhi leka atau berat dengan amal belaka?

Hari-hari kita
apa difikirnya?
cinta manusia?
Atau Allah yang esa??

Hari-hari aku?
Yang mana?

#nanges

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...