Thursday, May 29, 2014

What is Holiday means for teachers?

Assalamu'alaikum.

holiday..at last it began already but still i'm not in a mood of it. y? because here i am..at school spending some of my quality times for my lovely Year 6 pupils. This is the 1st group of my school who'll sit for UPSR Examination on this coming September. Since this is also will be my 1st product. so i need to give the fullest commitment to make sure my students perform well during the exam. It's a big lie if I said I don't have such a nervous feeling when marking my students' mid year examination paper for Mathematics. They make many silly mistakes only because the don't read the questions carefully. So I have to do something. Planning and keep planning to make sure they learned better just after the school break ended. That will be my promise to myself. Nobody will fail this paper because Mathematics is not that hard it just need us to think and work smart when playing with the questions. 

ok lets talk about holiday.

Seriously,  life as a teacher here in Mersing taught me how to struggle life without mall, cinemas, k-box, bowling, and also my Futsal team. Here i learned how to spend my weekend at home, jogs at the beach, shopping at RM2 store (lol) and also waiting for Pasar Tani opened on every Friday. So now i can't wait to finish all the work here and back to Batu Pahat for good... Enjoying my school break meeting up with the buddies...Ummu, Bai, Fatin and also preparing for my Big Day on 13th June 2014. The day where I'll be on stage holding my degree scroll with the Harry Potter attire...lol it is  graduation 'jubah' actually. 

so..

holiday does mean everything for teachers (err i think only for me) lol...because I want to get some life out from here...living a very 'fun' life..

Batu Pahaat hereeee i am!! 

Tuesday, May 20, 2014

Wednesday, May 14, 2014

Dunia belajar Dunia kerja

assalamu'alaikum...
alhamdulillah....fieqa sekarang dah pun bergelar seorang guru....sebulan setengah da la.....mengajar di salah sebuah sekolah rendah agama bersepadu di negeri Johor.. Fieqa jadi guru Matematik Tahun 5 dan 6, Guru Bahasa Inggeris Tahun 1, Guru PJK dan guru Pendidikan Seni Tahun 5.. 

Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah......
walaupun ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan tugasan fieqa sebagai seorang guru, tapi syukur Allah letakkan Fieqa dalam persekitaran keluarga SRAB yang mesra...biasala kalau dengar cerita-cerita yang tak berapa best dari guru-guru lama tu...yang baik ikut..yang buruk buat pengajaran..tapi...hakikatnya xsusah nak sesuaikan diri dengan persekitaran sebab semua orang sangat baik dan suka membantu...takde la istilah buli-buli cikgu baru ni..semua buat sama-sama...

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Fieqa yakin perancangan Allah tu sangat cantik...Allah makbulkan permintaan Fieqa untuk diletakkan di tempat yang paling baik untuk Fieqa..mungkin sekarang Fieqa x nampak lagi..tapi Fieqa yakin Allah ada sesuatu nak beri....

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Dunia kerja sangat berbeza.....betul 100% berbeza....masa belajar banyak buang masa....sekarang ni kadang-kadang Fieqa dekat sekolah pun sampai pukul 5 petang walaupun shift pagi..oh ya lupa nak explain yang SRAB ni ada dua sesi untuk guru...iaitu 8pg-2ptg dan 10.30pg-4.30ptg...tapi murid-murid semua mula 8pg-4.30ptg....Fieqa jadi guru Matematik Tahun 6..Fieqa jugakla Penyelaras Linus Bahasa Inggeris..Fieqa jugak terlibat dengan Program Native Speaker TELL2 yang sangat mengganggu sebenarnya sebab setiap minggu kena pantau oleh mentor...kemudian, sebulan sekali hadir bengkel.... Minggu ni 3 surat panggilan bengkel,kursus n seminar Fieqa dapat...semua demi tugas....

insyaAllah...Fieqa dah pilih jalan ni....untuk jadi seorang pendidik....jadi Fieqa bertekad untuk beri yang terbaik....khas untuk khalifah-khalifah cilik yang sedang Fieqa bimbing....mohon doa kalian supaya Fieqa terus tabah dan kuat untuk mengharungi 36 tahun lagi tempoh perkhidmatan ini...insyaAllah...LILLAHITA'ALA....untuk Islam...

Allahu Akbar.....Rabbi Yassir Wala Tuassir...aamin..

Wednesday, February 12, 2014

Im Back!

Assalamu'alaikum...alahai...berkarat bersawang..berhabuk dah blog ni...
update update...
ok
Alhamdulillah fieqa dah habis..tamat..the end.....LIMA TAHUN ENAM BULAN bergelar PELAJAR/GURU PELATIH....

Alhamdulillah.... research success....exam berbunga-bunga walaupun study benda x faham satu habuk pon.....last minit struggle and this is it... 3.8++...cukupla.....10 tahun guna pointer n this one yg paling best..syukur ALHAMDULILLAH....

Before leaving Sabah for good...smpat spent some quality times with them..

KK-Kundasang-Kudat (Simpang Mengayau)-Kota Belud...

Leaving for good? yes...sebabb nk posting...nak kerja..nak cari duit....nak konvo...nak kawen...eh?

ok now....tanam anggur...xjugak la tanam sangat sebb ade buat bisness kecil-kecilan....dapat la income sikit...boleh bayar apa yg patut n belanja2 family sikit...alhamdulillah.....

doakan fieqa cepat kerja ya....miss everything about Sabah actually.....miss everyone....

ok...see yaa..

xoxo
fieqa
(^_^)
assalamu'alaikum

Tuesday, October 29, 2013

Dengar-dengar

dengar lagu bising aku pusing
oh dengar lagu cinta aku rungsing
bagus dengar zikir.....
lantas aku berfikir......
dengarku satu penghayatan
atau aku sekadar mendengar...
Allah..
semoga pendengaranku ini Kau pelihara

Kata Imam Ghazali:

"cara hidup kita di dunia adlah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti"

sentap...sungguh cara hidup kita begitu jijik..
penuh dengan dosa
memuja dunia hingga kadang akhirat hanya difikir seketika

Minta hidayah berpuluh kali sehari
Fatihah mohon arah jalan lurus
Duduk antara 2 sujud merayu petunjuk
tapi adakah Allah tak bagi?
atau aku buat x mengerti?

Allah...
ampunkan aku
bawalah kami ke jalan yang benar...

Allah.....

:'(

Monday, October 21, 2013

aku lupa

kadang-kadang aku lupa
siapa kau dan siapa aku
bukan cerita antara dua darjat
bukan kisah tentang pangkat
tapi aku bercerita tentang kita

30 hari mengira detik
yang bakal aku tinggalkan
sumpah!
aku akan tinggalkan kau 
nama kau
kenangan kau
wajah kau
di sini

bukan aku masih berdendam
tapi sakit yang datang 
hanya bila wajah ada di depan

bukan aku x cuba
tapi aku penat
penat membenci
penat berpura-pura
penat memaafkan
penat memujuk diri

kau dia
jangan terlalu bangga
dengan bahagia yang belum pasti sudahnya
dan kau perlu tahu
aku x langsung derita melihat kau bahagia

:')

Sunday, September 29, 2013

Apalah Sangat..

Apalah sangat keinginanku ini jika dibandingkan dengan darah mereka...

Ya Allah aku tidak mampu berada di sana

Memperjuangkan agamaMu bersama insan2 suci itu

Tapi Kau terimalah sedikit jihad ini

Sebagai tanda aku cintakan mereka

Sebagai tanda aku sentiasa bersama mereka

aamin....

pstt:// Alhamdulillah hampir setahun kot x makan bende alah ni..X MATI PON!!... Semoga Allah teguhkan pendirian ini..aamin... kawan2...please....kalau x mampu buat yg lain..kite start dengan yg ini k...


#BOIKOT!

Sunday, September 22, 2013

Kisah Cinta Habil dan Qabil


Assalamu'alaikum 
salam Ahad...

ok hari ni nak buat perkongsian sikit tentang buku yang baru je fiqa habis baca tajuk dia Kisah Cinta Habil dan Qabil. semua orang tahu yang Habil n Qabil adalah dua watak iaitu putera Nabi Adam a.s yang merebut cinta Iqlimah di mana akhirnya salah seorang daripada mereka iaitu Habil (kalau sy x silap) mati dibunuh oleh Qabil. okayh so cerita ni actually novel adaptasi daripada kisah persaudaraan dua putera Nabi Adam ni dengan Damina n Iqlimah juga merupakan adik beradik. Wataknya sama..kisahnya hampir serupa tapi jalan ceritanya berbeza..

Qabil dan Habil merupakan sepasang putera kepada Encik Hamdan. Qabil abang yang boleh dikira wataknya jahat tapi pandai bermuka-muka. manakala Habil seorang adik yang sangat baik dan jujur. Habil sentiasa jadi pelindung kepada kejahatan abangnya kerana dia taknak perbuatan jahat abangnya diketahui oleh ayah mereka. 

Encik Hamdan merupakan seorang petani yang berjaya. Qabil selalu mencuri hasil pertanian (gandum) dari gudang untuk dijual dan wang yang diperoleh digunakan untuk berfoya-foya. Sampai satu hari, pekerja-pekerja ayahnya terlihat Qabil mencuri hasil pertanian lalu mengejarnya tapi gagal sampai dia bertemu dengan Habil dan meminta Habil membawa van berisi gandum tu keluar. Akhirnya Habil yang tertangkap dan dibawa berjumpa dengan Encik Hamdan. Qabil pula mengapi-apikan lagi ayahnya bahawa Habil lah yang selama ni mencuri hasil dari ladang ayahnya itu lalu ayahnya sangat marah dan menghalau Habil dari rumah. Habil tidak mahu membela diri dengan harapan abangnya akan berubah sikap selepas pemergiaannya.

Nak dijadikan cerita kemudia Habil bekerja dengan Haji Juned seorang penternak kambing yang sangat kaya. Mempunyai dua orang anak bernama Damina dan Iqlimah. Rupa-rupanya Damina merupakan teman wanita Qabil yang sedang mengandung anak luar nikah mereka dan Qabil tidak mahu bertanggungjawab sehinggalah Damina mengalami depressi dan dimasukkan ke dalam hospital. Apabila ternampak Habil, Damina bertambah-tambah marah dan sering meraung-raung kerana wajah Habil seakan-akan wajah Qabil yang dibencinya. Lalu Haji Juned pun terpaksalah mengambil keputusan untuk meminta Habil pergi dari rumah mereka dengan bekalan sejumlah wang.

Dalam perjalanan Habil keluar daripada kampung tersebut, dia tersandung lalu terjatuh, tanpa disedari wang pemberian Haji Jned turut terjatuh dan dia tidak mengambilnya semula. Sehinggalah ketika hendak membayar makanan di kedai kopi berhampiran dia tersedar dan tiada wang untuk membayarnya. Lalu dia dituduh sebagai seorang pencuri dan dikejar orang kampung. Habil masuk ke dalam hutan dan orang kampung berhenti mengejarnya kerana menurut penduduk di sana hutan tersebut mempunyai penunggu.  Habil tidak dapat mencari jalan keluar lalu tinggallah dia di dalam hutan tersebut.

Qabil dan Iqlimah

Qabil ingin membunuh Damina kerana takut rahsianya menyebabkan Damina mengandung terbongkar. Dalam perjalanan memenuhi misinya dia terlanggar seseorang. Dia cuba lari tetapi berjaya ditahan oleh polis. Rupa-rupanya yang dilanggar oleh Qabil adalah Iqlimah. Qabil tidak tahu bahawa Iqlimah dan Damina merupakan adik beradik kandung. Kebetulan pula Encik Hamdan dan Haji Juned merupakan rakan perniagaan dan baru sahaja selesai berurusan . Lalu Encik Hamdan berjanji untuk bertanggung jawab ke atas kemalanggan tersebut. Qabil pula jatuh hati dengan kecantikan Iqlimah dan bercita-cita untuk menjadikan Iqlimah mangsa seterusnya. 

Dalam usaha menawan hati Iqlimah, Qabil sering bertandang ke hospital dan membelikan pelbagai buku-buku agama untuk Iqlimah. Iqlimah pula semakin hari semakin tertarik dengan kabaikan yang dilakonkan oleh Qabil. Qabil pun merancang untuk meminang Iqlimah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama rancangan untuk membunuh Damina tetap diteruskan. Dia mengupah orang untuk membunuh wanita tersebut dengan memberikan maklumat-maklumat berkenaan Damina.

Pembunuh-pembunuh tersebut pun pergi ke rumah Haji Juned dan menangkap Iqlimah yang disangkanya Damina. Sedang dalam perjalanan Iqlimah tersedar dan meronta-ronta lalu pembunuh-pembunuh tersebut terpaksa memberhentikan kereta. Iqlimah sempat melepaskan diri tetapi berjaya dikejar oleh pembunuh-pembunuh tersebut. Mereka ingin melakukan perkara tidak baik kepada Iqlimah sebelum membunuhnya. Kerana ingin mengetahui sebab dia ditangkap, Iqlimah pun merayu-rayu minta dilepaskan sambil bertanyakan hal tersebut. Mereka pun menceritakan tentang Damina dan Qabil sambil bergelak ketawa. 

Tiba-tiba muncul seorang lelaki berambut panjang menyelamatkan Iqlimah. Mereka bergelut sehinggalah salah seorang daripada mereka terputus tangan akibat dilibas lelaki tersebut. Mereka lari bertempiaran meninggalkan Iqlimah dan lelaki tersebut. Iqlimah diselamatkan dan dibawa ke pondok kecil berhampiran. Keesokannya, mereka berkenalan dan tidak disangka-sangka bahawa lelaki tersebut merupaka Habil. Lalu Habil menceritakan apa yang telah berlaku kepada Iqlimah dan Iqlimah juga menceritakan apa yang didengarnya semalam daripada pembunuh-pembunuh tersebut. Iqlimah juga menceritakan tentang Qabil yang ingin meminangnya.

Dalam diam sebenarnya Iqlimah dan Habil saling menyimpan perasaan sejak Habil bekerja dengan Haji Juned dulu. Lalu mereka membuka rahsia tersebut di dalam hutan tersebut.Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dengan berwalikan ayah saudaranya kerana keadaan tidak selamat untuk mereka pulang bertemu Haji Juned. Jika tidak Iqlimah akan ditunangkan dengan Qabil yang jahat. Semasa menculik Iqlimah, pembunuh-pembunuh tersebut ada melarikan seekor kambing Haji Juned dan turut terlepas semasa Iqlimah melarikan diri. Kebtulan, semasa Habil dan Iqlimah sedang buntu untuk mendapatkan wang untuk ke rumah pakciknya, kambing tersebut muncul. Lalu mereka pun menjual kambing tersebut. 

Mereka bernikah dan hidup aman bahagia walaupun tanpa wang yang cukup. Sehinggalah satu hari ketika Iqlimah mengandung 9 bulan, ayah saudaranya datang bertandang ke rumah dan memberitahu bahwa Haji Juned amat risau tentang kehilangan Iqlimah. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pulang dan berterus terang menceritakan hal sebenar yang berlaku. Dalam masa yang sama, Haji Juned menghubungi Encik Hamdan dan Qabil untuk memberitahu berita gembira tersebut dan meneruskan majlis pertunangan yang tertangguh. 

Apabila sampai di rumah Encik Hamdan, semua orang terkejut melihat Iqlimah yang mengandung lalu ayah saudara Iqlimah pun menceritakan segala yang berlaku. Habil turut memberitahu hal yang sebenar. Qabil tidak mahu mengakui perbuatannya dan mengamuk di rumah tersebut. Lalu muncul Damina dengan bayi yang baru dilahirkan sebagai bukti atas perbuatan Qabil Encik Hamdan berasa sangat marah manakala Qabil tida mahu menerima hakikat bahawa semua perbuatan jahatnya telah terbongkar. Qabil mengambil bayi tersebut dan ingin menghempasnya ke lantai. Dia berkeras untuk mengahwini Iqlimah. Demi menyelamatkan bayi tersebut, Habil memberi dua syarat kepada Qabil jika dia benar-benar mahu mengahwini Iqlimah. Pertama, dia mensti melepaskan bayi itu dan kedua, sekiranya bayi yang dilahirkan Iqlimah adalah lelaki, maka Habil akan menceraikan Iqlimah dan Qabil boleh mengahwininya tetapi sekiranya bayi tersebut perempuan, Qabil perlu mengahwini Damina. Qabil sangat gembira sedangkan Iqlimah sangat berdebar dan merayu suaminya untuk menarik kembali syarat tersebut.

Semasa Iqlimah sedang meahirkan, Habil melakukan solat hajat dan meminta Allah menyebelahinya. Maka selamatlah Iqlimah melahirkan bayi perempuan. Qabil tidak dapat menerima kenyataan lalu mengambil garfu dan menusukkannya ke dada Habil yang ketika itu sedang sujud memohon pertolongan Allah. Akhirnya, Habil meninggal dunia dalam reda Iqlimah dan janji bahawa Iqlimah akan menjaga anak mereka dengan baik.

Tamatlah kisah cinta yang akhirnya tetap berlaku pembunuhan antara saudara demi merebut cinta Iqlimah. Tetapi yang fiqa sangat teruja dengan buku ni adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Mesej yang benar-benar membuat fiqa sangat bersemangat untuk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini. Mesej yang benar-benar memberitahu fiqa bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah di mana semuanya memang yang terbaik. Allah sangat mengetahuinya.

Pertama, jika Habil tidak dihalau adakah Habil akan bertemu Iqlimah?
Kedua, jika Habil tidak kehilangan wang, adakah Habil akan tinggal di dalam hutan tersebut dan menyelamatkan Iqlimah?
Ketiga, jika Iqlimah tidak diculik, adakah Habil akan dapat bertemu Iqlimah dan apa akan terjadi sekiranya Qabil berjaya mengahwini Iqlimah?
Ketiga, jika segala-galanya tidak berlaku, adakah perbuatan buruk Qabil akan terbongkar?

dan banyak lagi sebenarnya manfaat yang penulis ingin sampaikan..
Alhamdulillah Allah temukan fiqa dengan buku ini.. 
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH...di mana SETIAP YANG BERLAKU TIDAK ALLAH JADIKAN SELAINNYA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI..



kepada reader yang terbaca coretan ini, dapatkan buku ini senaskhah. Baca sinopsis tak sama dengan baca isi dalamnya. hayati mesej di sebalik buku tersebut dan pastinya pada akhir muka surat nanti, anda akan tersenyum mengingatkan segala kepahitan yang pernah anda lalui dan berkata.. Sesungguhnya Allah ada sesuatu untuk aku.. :)

Sekian...








Monday, September 16, 2013

Kenapa? Apa? Bagaimana? Siapa?

1-KENAPA AKU DIUJI? 

Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 

Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! 

Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?

Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?

Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? 

Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

pst:// copy paste dr Prof Dr. Muhaya.

Sunday, September 15, 2013

Lindungi Dia

Ya Allah aku letakkan dia di bawah lindunganmu..
kerana aku tak mampu menggapainya..
mungkin ego atau malu menjadi penghalang untuk aku mengakui rasa rindu
biarlah dia bahagia walau di mana dia berada
biarlah Engkau mudahkan apa sahaja yang dilakukannya
asal saja berlandaskan syariatMu

Ya Allah aku serahkan perasaan ini kepadaMu
Aku tak mampu mengendalikannya seorang diri
tapi dengan kekuatan dariMu
aku menjadi tenang
kerana aku percaya ketentuanMu

Ya Allah pelihara dia.
kerana dia pernah meletakkan namaku dalam doanya
melihat wajahku dalam mimpinya
dan begitu juga aku
mengiri perjuangannya di sana dalam doa ini

aamin..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...