Monday, July 15, 2013

sekali lagi

alhamdulillah..Allah sedang menegur hambaNya yang semakin jauh...sekali lagi

alhamdulillah..Allah memberi peringatan kepada hambaNya yang kian leka...sekali lagi

sungguh halus teguran Allah ini...sekali agi

memang awalnya rasa marah..tapi bila difikirkan semula...direnung sejenak..

sehari...dua hari....

hari ini aku dapat jawapan

ini sebenarnya peluang yang Dia beri..untuk kembali...

matlamat asal..mempersiapkan diri...

Allah kan ada.... :)



Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan..

assalamu'alaikum...
masuk tahun ni dah tahun ke-10 sy puasa di tempat yg bernama asrama...

10 tahun lepas masa sekolah menengah
perkara paling best setiap tahun ialah:

1) sahur berjamaah...
2) time rajin lepas sahur terus direct ke surau tunggu subuh..time x rajen patah balik sambung tido...tettt...hehe sampai dah nak subuh baru pg surau semula...so time rajen tu dapat buat lebih sket la...tahajud, solat hajat...yassin b4 subuh....(rindunya masa2 ni)
3) time nak g bazar ramadhan..masa ni mana bleyh kuar suka2 ati...so time nilah untungnya sape baik dengan warden or cikgu kat asrama....diorang akan ajak pg bazar ramadan! yeayhhh!! haha....
4) iftaar jama'ei (berjamaah) jugak.. dalam pukul 5 setiap homeroom mesti hantar wakil untuk ambil lauk mengikut kuantiti ahli homeroom masing-masing...lepas tu susun. memang best la macam2 gaya susunan ada...berbuka dengan ahli homeroom..kadang2 cikgu homeroom masing2 turun..berbuka sama-sama...lepas berbuka satu muzik yang paling digemari student masa tu ialah bunyi baling biji kurma ke dalam tray makan..haha...oh kenangan...
5) teraweh...yes kat sekolah la saya belajar solat teraweh..masa sekolah rendah x pernah pon ikut.....ruginya.. :( teraweh 8 rakaat 3 witir....kadang2 ponteng witir..alasan penat...tp lastnya duk sembang dengan member...alahai masih budak2 bha..hehe

5 tahun bersama mereka....sekarang masing2 dah ad hidup sendiri....selamat berpuasa rakan2...
homeroom resak saga meranti kemunting berlian merbau dan lain2....

sekarang puasa tahun kelima di Sabah....
suasananya berbeza..tapi tetap x berubah...cuma sahur makin besar makin kurang meriahnya..
dulu awal-awal masuk semua rajin bangun sahur...makan sama-sama...
sejak 2 tahun ni puasa time praktikum..so masing-masing sayangkan tido..bersahur ala kadar kemudian sambung tidur..hehe...setengah jam pon sangat berharga...pukul 4 bangun sahur..pukul 5 nak bangun semula..pukul 6 dah pg skolah....nila cikgu.....xpe pengorbanan demi agama katanye..aamin.. 
iftaar masih berjamaah... ke bazar ramadan bersama-sama walaupun x sama dengan di semenanjung tapi juadahnya tetap pelbagai...alhamdulillah...banyak pilihan....kadang-kadang berbuka di surau (sekarang masjid)...FOC...n sangat banyak makanan..hehe...kadang-kadang makan d gerai..tapi agak kelam kabut la sebab nak kejar magrib.....makan2 terus shooooot pg masjid..so maknanya nak pg buka puasa tu dah ready la segala-galanya...
kalau berbuka di bilik kami akan pasang radio SABAH FM. iklan terakhir adalah lagu "kain mewah..gedung pilihan anda..." hehe kemudian akan kedengaran azan berkumandang....maka terkorbanlah semua hidangan...makan 10 minit berbincang hal negara 20 minit..sedar2 dah pukul 7 baru kelam kabut ambil wuduk solat magrib..hehe astagfirullah....50 minit sebelum isyak bha...hehe..

ok lah setakat ni je kenangan tentang ramadan..kenangan2 ini akan segar dalam ingatan...
insyaAllah...
.assalamualaikum...
last skali Selamat Berpuasa!  :)

Thursday, June 27, 2013

Lirik Rindu Cintaku Padamu- Nirwana Band


Lirik Rindu Cintaku Padamu

Jarak yang memisahkan
Engkau dan aku
Terlukis sebuah rasa
Berbingkai rindu
Gelisah karnamu
Ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini, kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu
Berharap esok hari
Kita bersatu
Menembus dinding waktu
Menghalang rasaku
Gelisah karnamu
Ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

[*] Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini, kau di sana
Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Repeat [*] (2x)
Rindu cintaku padamu

Monday, June 24, 2013

jerebu

muar dah isytihar darurat
semoga Allah selamatkan keluargaku..dan sahabat handai di johor...
semoga Allah selamatkan bumi Malaysia...

Bumi dah semakin tenat!!!

stop pembakaran terbuka!!!
stop tebang pokok!!!
tolong!! kalau Bumi boleh jerit
die dah jerit dah...
KESIAN BUMI....

jom ambil langkah berjaga2 time jerebu ni

1) kurangkan aktiviti luar (xpayah time ni la nak konvoi segala pg air terjun lah...picic lah... :p)
2) gunakan topeng muka
3) banyakkan minum air (air masak/air mineral (plain water) bukan nescafe  :p)
4) banyakkan berdoa semoga hujan turun..dan .Allah hentikan ujian jerebu ini

dan lain2...
superman semput xtahan jerebu..haha
ok la...good night!!

xoxo..
fieqa

Sunday, June 23, 2013

Nisfu Sya'aban menyapa Ramadan..

15 hari menjelang bulan rahmat

yang penuh barakah

diiringi rezeki dan keampunan yang luas

ditempuhi dengan sahur dirai dengan iftar

malamnya tersimpan hadiah

terawih 8-20 rakaat 2 salam mari laksanakan

lailatul-qadar ayuh bersama dikejar

perjuangan 30 hari ini
 
insyaAllah kemenangannya Eidul Fitri


ahlan wasahlan...Ramadan..

Ramadan al-mubarak


Monday, May 20, 2013

Today

assalamu'alaikum!.
hari ni 10 rejab 1434 Hijrah
masuk tahun ke 24 sy hidup....

semoga Allah memberkati segala perjalanan yg telah sy lalui
dan semoga Dia rahmati kehidupan sya yg seterusnya...
aamin..

Friday, May 17, 2013

FACEBOOK (FB)

Penangan FB orang bercinta
dari FB org bercinta gaduh2 manja
buka FB orang bercinta kawen-kawen
dalam FB orang kawen tadi dapat anak..

haa mula la mengarut dah ni

macam-macam ada kat FB
kalau dulu x suke bleh unfriend maksudnye xnak kawan dah! u better go shuh shuh shuh..
lagi benci block ... haaa hambek ko!! sambil nyanyi"  ...tolong teruskan hidup jangan sebut namaku"
skarg ada butang len2 lagi...
boleh hide orang kalau xnak post die menyemak kat wall kite..
haa yg ni sy baru tau..
butang restricted....
dulu ingatkan bila klik restricted tu maksudnya post kita x menyemak kat home orang
rupa-rupanya test restricted diri sendiri orang yg kita restricted tu xkan nmpak langsung post2 kite even bukak profile..haha
maksudnya ala-ala unfriend tp lembut skit la caranya....
so dah faham dah...terus unrestricted balik...

ad 1 part paling kelakar bila kita x kenal orang tu...
orang tu pon x kenal kite..
tibe2 orang tu block kite...
haa pelikss kan....
eh macam mana taw kene block plak kalau x kenal??
jeng3....
haip please! xda masa nak stalk..cuma terfikir
bila ada post2 my friend tag kawan2 dia mesti ad 1 nama yg hitam x biru...
bukan 1 banyak..hehe
buat2 xtaw sudah sebab xda kaitan......

lagi cerita pasal FB
kalau gaduh kat FB semua org taw..
kalau tgah bahagia kat FB 1 dunia tahu..
kalau tengah rindu org kat FB pon boleh diketahui...
haishhh FB-FB...

apa lg ya..
ermm baru2 ni FB buat app yg announce status married, engaged segala kat tepi
ah annoying plak....lagi2 kalau engaged riuh sedunia...camna nak tukar setting tu pon xtaw..
jangan nt sy annoying ngan org punya tba2 sy plak kuar camtu gak kat home org.haha

haa sape nk cari musuh kat FB pon boleh
nak cari kekasih kat FB pon boleh
nak cari suami "oh bakal imamku" online pon ada
nak cari isteri "penyejuk jannatul raudhah" pon ada
nak cari pelanggan jual barang pon ada..

haa baru2 ni
ada plak group2 bisness on9 asek add sy dalam FB
adoiii macam2 ye skarg..
tp dengar2 kata postage skarang dah naik harga....
kesian peniaga on9..(haha padan muka nila akibat undian anda semua) upsssss....

ok la..mengarut sangat2 dah ni...

ok kene off dah nak study..cewah..
ok
assalamu'alaikum!
xoxo



Tuesday, May 14, 2013

Terima Kasih

pernah dengar lagu terima kasih by iamNeeta?
sorry ni bukan lagu tu...
tapi lagu tu insyaAllah akan ditujukan khas untuk yang selayaknya
satu hari nanti.. :)

ni terima kasih saje2 nak ucap untuk sapa2 je yang membaca post ni..
bleyh camtu?
xnak?
xnak sudah..

err..

nak plak??
ha hambekla.....

terima kasih sebab jadi kawan yang baik... :)

superman!!!!! haaa kalau org sabah mesti tau kompleks karamunsing kan? ada lif kat sini ni yg bleyh nmpak luar. so kalau nak rasa terbang macam superman ni bleyh try dalam lif..haha...tapi pastikan xda org awam kayh! buat tangan macam atas ni...pastu sebut *SUPERMAN!!!!* sambil lif tu bergerak ke atas....kat tmpat len ad gak kan lif transparent so bleyh try je kat mana2...haha....

oh ya motif gmbar ni sebab teringat kat murid2 tahun 1 diorg suka sebut *SUPERMAN!!!!!* dalam kelas masa saya ajar diorang fonem /m/ for man..LOL...

ok tu je entry mengarut skarg ni bosan sebenarnya..
ok babai..
assalamu'alaikum!
xoxo
fieqa




Saturday, May 4, 2013

PRU13 GE13

assalam..update ringkas sebelum sy berangkat ke satu program. taknak terlepas dari menyampaikan walau sedikit pandangan sebelum PRU13 esok sebab akan berpisah dengan lappy kesayangan ni sampai 10pg esok.

Pilihanraya Umum 13 menyaksikan kebangkitan rakyat yang sangat mengejutkan
masing-masing dah mula berani menggunakan hak bersuara..sana sini risalah diedar. persoalannya kenapa rakyat bangkit? sy bukan penganalisis politik..so sy xnak ulas panjang-panjang. GOOGLE dan buat pembacaan sebanyak mungkin. oh ya tolong jangan berat sebelah hanya dengan utusan,berita harian dan metro semata-mata. google juga harakahdaily, sinarharian dan malaysiakini. masuk laman web UMNO masuk juga laman web Pas dan PKR, masuk laman web MCA masuk juga laman web DAP. benarkah DAP tolak ISLAM? dan apa pulak kelebihan MCA berbanding DAP?  (SEKALI LAGI JANGAN BERAT SEBELAH DALAM MENGGUNAKAN MEDIA) kaji kaji dan kaji. sekadar memberikan pandangan.

kalau anda ISLAM berfikir dari sudut hak anda sebagai muslim. fikir juga hak anda sebagai rakyat Malaysia. fikir juga hak anda sebagai ibu bapa / bakal ibu dan bapa anak-anak yang akan lahir nanti.
"oh undi aku ni mcam sebutir pasir je, x effect apa pun kalau aku salah pangkah" NO! anda salah. kalau semua orang berfikir seperti sebutir pasir, maksudnya anda menjual negara, kepimpinan yang akan menerajui negara, agama dan bangsa selepas ini.

jom buat checklist:

1)ADILkah sekiranya anda menyokong satu pihak hanya dengan menonton tv, membaca akhbar, mengikuti pages yang diterajui dikuasai dimanipulasi dimonopoli satu pihak sahaja?

2)ADILkah sekiranya anda menghentam satu pihak lain hanya kerana pihak itu dimomokkan sebagai sebuah parti yang penuh dengan negatif hanya kerana anda menggunakan SATU SALURAN MEDIA sahaja?

3) ADILkah terus memilih hanya dengan pemberian-pemberian yang kononya mengutamakan kebajikan anda sedangkan sebaliknya penuh dangan muslihat?

OK ni persoalan yang diajukan oleh budak umur 20-an sahaja..boleh anda abaikan...tapi ini persoalan dari sudut ISLAM:

kalau anda memilih A sebagai pemimpin, adakah anda juga akan memilih si A untuk membacakan talkin untuk anda nanti? adakah anda juga akan mengikut si A di padang masyhar nanti?

sumber dari FB Rusydi Art:
Kalau kita tadabbur al-Quran, kita akan sampai ke Surah Ibrahim ayat 21, Surah al-Ahzab 66-68, Surah al-Isra' 71 dan Surah al-Anbiya' 73.

Ayat-ayat dari surah-surah ini menjelaskan natijah yang kita sebagai rakyat akan dapat apabila memilih pemimpin. Dengan kata lainnya, kita akan dibangkitkan bersama-sama pemimpin yang kita pilih. Allah nyatakan juga jika salah pilih pemimpin, rakyat akan ikut pemimpin masuk neraka jika pemimpin itu ahli neraka dan sebaliknya.

Senang ceritanya,

Jika sekarang kamu pilih Najib, kamu akan dibangkitkan bersama-sama Najib serta amalannya.
Jika pilih Muhyiddin, pun sama.
Jika pilih Anwar, pun sama.
Jika pilih TGNA, pun sama.
Jika pilih TGHH, pun sama.
Jika pilih pemimpin BERJASA, pun sama.

Tangan kamu yang pilih.

Sekarang, dah boleh fikir kelak nak bangkit di akhirat dengan siapa.

Pilihlah dengan iman. Fikir dengan mata hati. Tolak nafsu dan kepentingan diri jauh-jauh.

Jangan sesekali kata, pilih pemimpin ni tidak ada kaitan dengan Syurga dan Neraka ya.

Sangat ada kaitan.

pesanan saya di sini. sempat lagi untuk fikirkan betul-betul sekarang ni. KITA TAK BERCAKAP UNTUK CARI TITIK KELEMAHAN MANA-MANA PIHAK, TAPI KITA BERCAKAP MENGENAI KEKUATAN SEMUA PIHAK..JANGAN MENGHUKUM DENGAN SATU SALURAN SAHAJA. BACA, KAJI DAN TERUS MENELITI, 

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PIHAK YANG BENAR...
PIHAK YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK KEKAYAAN SENDIRI, BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI.

banyak lagi nak cakap sebenarnya tapi x sempat dah ni. kereta nak bawa pg tmpat program dah nak sampai. so fikir-fikirkan....UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA..

pst: masuk page HILAL ASYRAF LANGIT ILAHI ADA BEBERAPA SOALAN CEPUMAS YANG MENARIK. CEPAT BACA SEBELUM ANDA KELUAR MENGUNDI ESOK. SELAMAT MENGUNDI!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...