assalam..coretan ringkas tepat jam 0127 pagi...
hati terasa tidak enak..mungkin terlalu banyak kekosongannya..
mungkin juga terlalu kurang isinya..
jauh dan semakin jauh...semakin jauh agaknya aku dari Dia..
sejak dua menjak ini hati ini terlalu peka dengan persekitaran
mudah untuk terluka
senang sungguh untuk terguris..pantang ada silap orang sekeliling terus hati mahu menangis
bila ada yang tidak hirau terus sahaja hati ini ingin pergi jauh
merajuk..tersentuh lalu saraf menghantar isyarat pada otak supaya kalenjar air mata bertindak
sungguh aku rasa tidak gemar dengan perasaan ini
kondisi yang sangat aku benci
kalau aku punya kuasa untuk lari
jauh dari sekalian manusia...
supaya hati ini terjaga....supaya aku tidak menahan amarah..
supaya aku sentiasa mengasihi mereka
supaya segala-galanya kembali normal..
aku mahu kembali ceria....
seperti adanya hariku ditemani cinta
cinta Pencipta...cinta mak abah dan keluarga...cinta saudara seagama...cinta alam semesta...
wahai hati
apa mahumu sebenarnya?
kenapa begitu mudah kalah dengan duka?
tenang...
ya
mungkin kerana aku jauh...
ya Allah..jangan jadikan kesibukan dunia penyebab aku berpaling....
ya Allah..aku tahu ini amaranMu supaya aku terjaga....
ya Allah....ampunkan aku atas segala kelekaanku..
aku mohon
kembalikan hatiku yang sentiasa girang....
hati yang sentiasa menyayangi walau tidak disayang....
aamin...ya Rabbal 'alamin....
Showing posts with label i wish. Show all posts
Showing posts with label i wish. Show all posts
Saturday, March 30, 2013
Friday, July 6, 2012
3 Fatimah
Fatimah pertama yang sy kenal ialah Puan Siti Fatimah Jamal. Guru kelas pertama sy masa darjah 1. Lembut orangnya, sopan, auratnya sentiasa terjaga, seorang ibu yang sangat prihatin pada anak-anaknya. Beliau suka mengumpul setem dan kami biasanya akan berusaha cari setem untuk buat beliau gembira. pernah satu ketika kami buat beliau merajuk. semua serba salah. dan kami pujuk beliau dengan setem yang sangat banyak. masa tu kami baru darjah 3.. sampai sekarang sy terhutang budi dengan beliau. beliau ajar saya membaca, menulis dengan cantik dan sebagainya.. kalau ditakdirkan cikgu terbaca post saya ni saya nak cikgu tau yang saya sangat2 berterima kasih pada cikgu. salam rindu buat cikgu..
Fatimah kedua hanya saya kenal apabila meningkat usia. Menerusi lagu " Anak Nabi kita ada 7 orang, tiga lelaki empat perempuan. Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kathum, Siti Ruqayah" saya kenal Fatimah ini sebagai puteri junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ketika di sekolah menengah saya mengenali Saidatina Fatimah dengan lebih mendalam dan semakin hari semakin saya menyanjung keperibadian beliau. Fatimah Az-Zahra kekasih hati nabi dan penyejuk jiwa Saidina Ali. Beliau begitu setia kepada suaminya biarpun Saidina Ali tidak mempunyai harta seperti Abu Bakar yang pernah melamar beliau. Beliau menerima kehidupan sederhana yang diberikan suaminya seikhlas hati. Pernah beliau merasa lelah dengan tugasnya di rumah dan meminta pembantu daripada Rasulullah.. Lalu Rasulullah mengajarkannya satu amalan yang sangat menenangkan dan lebih berharga daripada pembantu yang diminta iaitu "Subhanallah, AlhamdulillaH, La illa ha illa Allah, Allahu Akbar sebanyak 33 kali''. Fatimah menerimanya dengan hati terbuka. Sungguh saya ingin menjadi seperti Fatimah Az-zahra yang cintanya pada Allah tak pernah kurang, kasihnya pada Rasulullah sangat tinggi dan setianya pada Saidina Ali tiada tandingan.
Fatimah ke tiga yang saya kenal ialah Ustz Fatimah Syarha. Novelis islamik yang saya kenali menerusi buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul Betapa hebatnya beliau mempertahankan kesucian hati untuk seorang bergelar suami. Walaupun sangat diminati tapi beliau tidak alpa, terus meminta petunjuk ilahi untuk memilih zauj yang benar2 akan membawanya ke syurga ilahi. Pertama kali saya bertemu beliau adalah semasa program Kafe Cinta. MasyaAllah..beliau datang dengan suami dan anak-anaknya. Sepanjang program matanya x lepas menatap wajah sumai tercinta. Setiap bait-bait manis semuanya ditujukan buat pemimpinnya, Dr. Farhan Hadi (penulis novel Denyut Kasih Medik). Dan sehingga kini saya terus mengikuti penulisan blog beliau sebarkanbahagia.blogspot.com . banyak pengajaran dan ilmu yang beliau kongsikan.
Ramai lagi sebenarnya Fatimah yang saya kenal dan tidak dinafikan semuanya mempunyai akhlak yang baik, pekerti yang mulia. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi keperibadian pejuang-pejuang agama Allah tidak kira apa pon nama yang kita gunakan. Wallahu'alam...
**nota: kalau terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan ini minta jasa baik pembaca menegur di ruang komen. :)
Labels:
Cinta Rasulullah.,
i wish,
Islam jalan hidupku~
Monday, July 2, 2012
pelukan Yang Esa
wahai pemilik jiwaku...
peluklah hati ini yang kian resah
amankan akalku yang kian gundah
semoga resah ini tidak berpanjangan
semoga hatiku tidak terpaut dengan bicara laknatullah
semoga imanku tetap teguh walaupun ianya lebih halus dr sehelai rambut...
pelihara aku....
wahai pemilik ragaku...
benar...aku amat perlukanMu..
jangan pernah Kau palingkan cintaku..
kerana Kau Cinta abadi...
peluklah hati ini yang kian resah
amankan akalku yang kian gundah
semoga resah ini tidak berpanjangan
semoga hatiku tidak terpaut dengan bicara laknatullah
semoga imanku tetap teguh walaupun ianya lebih halus dr sehelai rambut...
pelihara aku....
wahai pemilik ragaku...
benar...aku amat perlukanMu..
jangan pernah Kau palingkan cintaku..
kerana Kau Cinta abadi...
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~
Sunday, March 4, 2012
Kita melihat bintang yang sama
assalamu'alaikum kamu
sang pemilik tulang rusuk kiriku
semoga kamu baik-baik saja
kita x mengenali
tapi kita berkongsi hati
di mana saja engkau berada
aku doakan agar imanmu terjaga
aku doakan agar satu hari nanti
aku berada di belakangmu membentang sejadah
setiap kali mata dibuka

wahai pemilik hati ini
selepas Dia dan rasulNya
aku harap kau baik-baik saja
curahlah kasihmu sepenuhnya pada bonda
kerna syurgamu tetap di telapak kakinya
wahai sang arjuna
andai satu hari kita bertemu
satu aku pinta
jangan bawa aku ke lembah cinta nafsu
selamatkan aku dalam baitul muslimmu
tolong jaga imanku
tolong jaga tingkahku
tolong jaga segalanya
sehingga akhir hidupku
menempah syurga di penghujungnya
dan pastikan aku penghulu bidadarimu di sana
sang pemilik tulang rusuk kiriku
semoga kamu baik-baik saja
kita x mengenali
tapi kita berkongsi hati
di mana saja engkau berada
aku doakan agar imanmu terjaga
aku doakan agar satu hari nanti
aku berada di belakangmu membentang sejadah
setiap kali mata dibuka

wahai pemilik hati ini
selepas Dia dan rasulNya
aku harap kau baik-baik saja
curahlah kasihmu sepenuhnya pada bonda
kerna syurgamu tetap di telapak kakinya
wahai sang arjuna
andai satu hari kita bertemu
satu aku pinta
jangan bawa aku ke lembah cinta nafsu
selamatkan aku dalam baitul muslimmu
tolong jaga imanku
tolong jaga tingkahku
tolong jaga segalanya
sehingga akhir hidupku
menempah syurga di penghujungnya
dan pastikan aku penghulu bidadarimu di sana
Labels:
CINTA,
i wish,
Islam jalan hidupku~,
life,
mE As a TeACHer to Be,
mine
Friday, March 2, 2012
Tirai Hati yang Usang
usianya masih di ambang gemilang
jasadnya masih bersorak girang
tapi rasanya bak gua yang penuh sarang
berdiam dan terus membisu
mungkin tersirat sebenarnya sesuatu
tapi sayang
di sebalik tirai usang
hati sembunyi tersipu
hati terus mengukir kata
tetapi tak terungkap
tirai usang pantas saja menyeka
mungkin gundah
mungkin resah
tirai usang masih di situ
tidak berganjak walau selangkah
hati bermonolog sepi
melayarkan satu demi satu aksara
yang tak lekang dengan tanda soalnya
apa rasa sang tirai usang
apa kisah yang ia lakar
sampai usang tetap gagah
sampai usang tegas tak hilang
akhirnya
tirai usang mengukir senyum
mematikan lamunan hati
bukan aku menghalang
tapi aku perisai
agar kau tidak sakit
dek panahan opera dunia
agar kau tak hanyut
dek pentas ceritera yang direka
agar kau selamat
dari tombak palsu laksamana
_fieqa_
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~,
life,
mine
Monday, February 27, 2012
Kisah beta, emak dan ikan
Assalamu'alaikum. baru lepas bertungkus lumus masak asam pedas untuk bekal g kelas sok. excited nak update blog sebab teringat satu citer masa kat kampung dulu...cter pertama ada kaitan dengan ikan n citer kedua ade kaitan dengan asam pedas..sebab tu excited nak laju2 update..
citer 1) cuti bulan 12 arituh naik moto jalan2 dengan mak konon2 cari keledek..dah dapat keledek sibuk plak nak pusing2..n mak pon terpaksa la ikut anak kesayangan die yang comel+cute ni..(sila jangan sendawa muntah ok!)...masa tengah beli keledek kat kedai yonsenli tibe2 nampak sorang kakak ni balik keje beli ikan kembung cuma 2 ekor je n harga die rm7 kalau x silap. so terus cakap kat mak.."mahalnya ikan! nape orang tu beli 2 je??cukup ke??" n mak pon cakap "not every people make fish as rice like u my dear'' okay bab my mom speaking tuh tipu...readers translate la sendiri...pastu mak sambung " yela suami die sekor, die sekor,anak die sorang kecik tu bukan makan ikan sangat..." pastu mak geleng2 kepala comel sebab sy x puas hati kenapa die beli ikan sikit...lol....mak sambung lagi.." ikan mahal sekarang ni.." sy pon "oh..jadi abah slalu beli berkilo2 tuh??banyak la duet habis???" n mak pon jawab "taw pon" n lepas tu sy sedar sian abah cari duet siang malam habis beli ikan je..tapi tula mulianya seorang ayah kan? xkisah pon pasal duit asalkan keluarga x kelaparan....tima kasih abah....saaaayyaanngg abah..erm malam ni sy jalan kat pasar ikan n nampak orang jual macam2 jenis ikann...tapi kat sabah ni pelik sikit nama2 ikan...contoh ikan tongkol diorang panggil ikan kayu..ikan basung, ikan jeket n macam2 lagi...jalan2 terus stop kat kedai "adik berapa ni sekilo?" rm5 kak..."berapa ekor dapat?""jap ae..timbang..erm 5 ekor kak.""erk...seriously???nape beza sangat dengan harga ikan akak tadi(cter di atas) tu beli???hurm...
| abah hensem! |
citer 2) kisah ni tentang macam mana saya belajar memasak..dulu kecik2 sy nakal..x suka g dapur...yela kawan2 sy abang2 sy....kakak sume dah besar2 so nape sy nak masuk dapur kan?then sy slalu kene ugut kalau x tolong x dapat..hihi..budak kecik mestila ikut kan...tapi lama2 xperlu ugut..takut ngan kakak sy yang garang..mase tu baru darjah brape erk x ingat tapi setiap kali jam dah dekat pukul 5 je mesti cepat2 masuk bilik tengok bersepah x...hihi sebab takut kakak balik keje nanti kene cubit! sakitt...sekarang x lagi....sy dah besar...dah taw urus sendiri..thanks to kakak yang banyak ajar sy jadi org bertanggungjawab...bab masak plak....masakan pertama sy adalah asam pedas..masa tu mak g rumah kakak n sy dicabar untuk "nanti mak balik nak makan" n i was like "haa??" hurm..tercengang gak.....ok cepat2 sms kakak no 2 tengah keje tnye resepi asam pedas..dah dapat excited masak...bila mak balik sy pon sengih2 comel,..taraaa...dah masakk...mak pon rasa,.."letak kunyit n halia x?" errr..."kene letak ke?" mak pon..."ni bukan asam pedas ni sambal tumis ni..." alahai nasib abah bekap "alaa...biarla baru blajar..."hihi sayaaang abah! muah3!! so lepas tu sy asik2 ofer diri nak masak asam pedas...sampai satu hari abah ajar satu resepi rahsia letak satu bahan dalam asam pedas...(sorry abah..dah tergitaw kakak...)hehe...so sampai sekarang sy memperasankan diri bahawa asam pedas sy paling sedap kat rumah...(dah nama pon perasan...) kalau abang sy ad kat umah syy cakap kat mak jangan gtaw die sy yang masak sebab die dengki kata x sedap....nt kalau die kate sedap baru mak gtaw..si comel ni yang masak..(sori terpuji diri sendiri lg)..
so ni la ikan rm5 tu n asam pedas yg x berapa menjadi sebab pakai cili boh yang sangat x best..
ok sekarang dah mengantuk n masa untuk tidur...assalamu'alaikum...
Labels:
i wish,
KISAH BENAR,
life
Wednesday, February 22, 2012
wordless wednesday: We love and We care Each other
Labels:
i wish,
mE As a TeACHer to Be,
mine,
WORDLESS WEDNESDAY
Tuesday, February 21, 2012
UAI vs girls talk
TheMissDena's
sweet huh?
ok ni just set induksi je (sori bahasa2 lesson plan ye)lol..
"Islam itu Mudah"
"Islam itu Indah"
"Jangan rosakkan kesucian Islam"
terjumpa kuliah ustaz azhar n teringat satu perbualan dengan kawan sy smalam.
kawan tu bertanya: ko rasa orang x kate pape ke kalau kahwin awal ni?
n jawapan saya (gaya mcam profesional je..haha) : kalau nak dengar cakap orang sampai bila? pada aku lebih baik mengenali lepas sah. sebab kukuhnya kalau bercinta silap sikit pon nampak mcam keslahan besar n mula la berbelah bahagi antara benci dengan sayang. .tapi kalau dah kawen buruk baik tetap suami kita..dari situ kita kenal apa yang die x suka apa yang die suka... dan keutamaan bg seorang isteri adalah suami. (mcam panjang kan jwapan sy?)
ok kepada member tu..hayati video2 ni k..last sentence ust tu paling berkesan.:)
ok..before ni entry pasal experience is the best teacher. tp kali ni cakap tanpa experience oke..sy cakap berdasarkan firasat. lihat juga video ni Cara Berkawan, Bertunang.
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~
Experience is The Best Teacher
Percaya atau tidak, terima atau tidak ini lah realiti. Kalau ad yang menafikan fakta ini ternyata dia bukan seorang yang rasional. kenapa tiba-tiba sy sebut pasal pengalaman adalah guru terhebat atau in English people familiar with Experience is the best teacher? ada kene mengena dengan pagi sy di kelas hari ni sebab lecturer education x masuk. Tn Hj Osman Leon. A lecturer with huge experience in life. Saya kagum dengan pengalaman yang die ada and aplikasi pengalaman tu dalam PnP die. Dah 2 kali die x masuk sebab sakit. semoga beliau cepat sembuh.
nombor satu: pengalaman hidup beliau adalah yang terbaik bagi sy. setiap topik yang diajar bukan saja berdasarkan apa yg ditulis dlam buku tp bnyak kisah2 yang beliau dah lalui sepanjang setengah abad hidupnya. banyak tempat da beliau travel and semua tempat membawa satu pengalaman yang sangat berharga bg beliau. sy terfikir adakah sy mampu menjadi seperti beliau yang tidak boleh duduk diam waktu cuti sekolah. rindu dengan murid-murid katenye. ohsem kan? saya katakan pengalaman adalah guru terbaik bg pensyarah sy kerana banyak benda beliau belajar dr pengalaman.
nombor 2: abang saya pernah cerita berkenaan seorang kenalan die yang keje jaga ladang ternakan haiwan. dah lama die jaga haiwan so die taw semua pasal haiwan. so amazing bila student veterina jumpa die just untuk belajar tentang nak kesan penyakit pada haiwan. look experience is the very best teacher.
nombor 3: Saya nakjadi guru yang paling berpengalaman. ok full stop. cita-cita ni bukan angan-angan okeyh!
ok assalamu'alaikum..
Labels:
i wish,
KISAH BENAR,
life,
mE As a TeACHer to Be
Thursday, February 16, 2012
i'm sorry mom
dear mom,
i want u to know that i love u so strong.
i wanna be with u for every moment but i can't.
we only meet several times..i miss u mom,...:(
i know about the medical check up today
i called u n i never mention about that because i dont want u to be sad
i promise myself that i'll take care of ur feeling
mom i promise u...i'll never hurt u anymore..
i don't want u to cry
i don't want u to think hardly about life, about us, about ur child
mom
please take good care of urself..
i supposed to be there when the scann result is out
mom
i love u n i want u to know that....
mom i hope doctor is wrong
i hope the result is error
i hope everything will be okay
i hope everything is fine.
mom..again i miss u a lot...:'(
i want u to know that i love u so strong.
i wanna be with u for every moment but i can't.
we only meet several times..i miss u mom,...:(
i know about the medical check up today
i called u n i never mention about that because i dont want u to be sad
i promise myself that i'll take care of ur feeling
mom i promise u...i'll never hurt u anymore..
i don't want u to cry
i don't want u to think hardly about life, about us, about ur child
mom
please take good care of urself..
i supposed to be there when the scann result is out
mom
i love u n i want u to know that....
mom i hope doctor is wrong
i hope the result is error
i hope everything will be okay
i hope everything is fine.
mom..again i miss u a lot...:'(
Talking to the blog, asking from Allah.
Dear my cutie blog.
i don't know what i feel right now.
i don't know what is the best for now.
i ask Him and He gave me ways.
but i don't know which way is the best.
dear my sweet blog.
i miss the moment i smile wholeheartedly
i miss the day i laughed crazily
i miss the time i cried happily.
dear my blog.
i know i'm not alone
because i have Him by my side
Allah loves me n He do care to me
i know i'm not sad
because He gave me everything i need
dear my kind blog.
i know i'm too jelous
but i don't want to care about 'it'
because i know Allah gave me nikmat of jelousy
at least i know that not everytime i'll be the happiest person
so He test me
how strong i am.
dear my soul mate.
i hope u are here
sharing all the sickness with me
living all the hard life beside me
listening all my story before i slept
but He don't want us to meet yet.
i know he planned the best for me.
i miss you even i don't know who u are.
dear my lovely blog
i hope tomorrow will become better than yesterday
i hope one day i'll become much good than today
and everything is a hope to me.
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~
Saturday, February 4, 2012
Subhanallah Aku Mencintainya
********
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya..
ya Allah jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatan cintaku padaMu
Ar-rahman jika aku jatuh hati pada seseorang
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Labels:
CINTA,
i wish,
Islam jalan hidupku~,
mine
Thursday, January 12, 2012
Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)
** BEST**
**SUARA UNIK**
**KREATIF**
**MATANG**
**SUKA SANGAT!!!**
ok lirik:
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
thinking of writing again..
assalamu'alaikum..
lately i keep thinking of writing a short story or rencana like before.. i already wrote stories about sacrifice, friendship, love n several rencana of environment n kepenggunaan. sy pernah hantar 2 hasil tulisan satu kat akhbar FOKUS SPM (kalau x silap) n satu kat Pertandingan Menulis Esei Kepenggunaan(KPDNHEP)..aha i love to compose poems too..but i lose my poems collection...walaupun x la banyak but i think semua tu sangat sentimental sebab it was composed by budak sekolah menengah.lol
i miss my talent actually. dulu i wrote for fun and it's really useful during exam. sejak masuk IPG n choosing Math for my major subject i stop writing. last cerpen yg pernah sy buat is ''Impian Dua Insan'' for KKP during my foundation. its about a successful women yang menghadapi pelbagai suka duka n cabaran di sebalik kejayaan beliau. i don't publish it here because i think nobody will read it because this blog x ramai yang baca pon..lol..like so many people yg singgah and leave a message kat chatbox saying like blog yg menarik but promote la skit kalau x mcam syok sendiri je menulis..ahaa.....i like that message actually...thanks for giving such a motivational suggestion..maybe org rasa my blog is poor of readers because i have only 71 followers. but its okay for me because x semestinya org yg terbaca my article or anything here need to follow mine or x semestinya everything yg i wrote must have a lot of readers..bdw i'll take ur words and keep promoting my blog.haha..dah melalut..
ok back to the point..i've a dream to publish a novel and become a novelis like norhayati berahim, sharifah abu salem and ustz Fatimah syarha but i'm not confident enough because i lack of knowledge and experience. papepon one day sy akan buat jugak a story about a teacher maybe...insyaAllah amin....wah what a day dreaming fieqa!!..ops..0303am already..lol
ok la...i'm sleepy already. 2 hour sleep...i hope cukup untuk 6 jam kelas esok..ahaaa.....
ok gud nite readers...
much love:fieqa~
Labels:
i wish,
life,
mE As a TeACHer to Be,
zaman kanak2
Wednesday, January 11, 2012
Cintaku Ibarat Puzzles
Cintaku Ibarat Puzzles
Kepingan Terakhir milikmu.....
tengok trailer ni sy teringat tentang satu kisah dalam komik yg pernah sy baca dulu
kisah seorang perempuan yang terlalu fokus pada kerjaya sehingga terlupa mencari pasangan hidup
ok cerita komik n ofkos non-muslim so kisah dia pasal Valentines day
setiap kali valentine day semua office mate die akan balik awal sebab diorang ada date or valentine dinner dengan buah hati masing-masing kecuali dia. so memang every year dia duk sesorang je dalam office pd 14 Febuari. smpai one day ada sorang pekerja baru office boy masuk n die perasan office boy tu sangat pelik orangnya. Dia jugak perasan sejak beberapa tahun dulu setiap tahun akan ada bungkusan atas meja mengandungi satu bahagian puzzles. die simpan semua kepingan n tahun ni tiba-tiba dia terasa nak cantum semua puzzle tu. nak taw gambar apa? gambar kelas masa zaman high school dia. tapi ada satu part yg hilang or dia x pasti sama ada belum diterima. okay.....die simpan balik puzzle n lepak dekat pantry. dalam masa yang sama mamat office boy td ada gak so die tnye la..kenapa x balik lagi celeb valentines and mamat tu senyap je. before die tinggalkan pantry n perempuan tu dia pass box kat perempuan tuh n wish happy valentines day.perempuan tu sangat terkejut masa die bukak box tuh die dapati ada kepingan terakhir puzzle tu gmbar seseorang..dan die cuba amati betul2...rupanya office boy baru tu kawan kelas zaman high school dulu n dia betul2 x sedar. pastu baru die tau rupanya mamat tuh yg selalu hantar present kat die (puzzles) tu...n that boy confess kat perempuan tadi yang dia dah lama simpan perasaan kat perempuan tu..so diorang pon loving2 married la apa lg....happy ending.....
for me that guy actually was so romantic..i love the way he try to get attention from that woman but why he took so much time to get his woman? ahaa..maybe he'is not brave enough. okay maybe that was his plan but for guys outside if you are brave enough go approach ur women by meeting her parents directly. don't waste time or u'll lose them ...(dah kenapa la mengarut spiking london ni? sori my language memang hiruk pikuk)...btw thanks for reading.
love~fieqa
Tuesday, November 8, 2011
Tulisan pada alam
andai bisa ku tulis sesuatu pada awan akan ku ukir
"aku cinta padamu"
andai bisa ku bisik pada angin akan ku sebut
"aku rindu padamu"
andai bisa ku alirkan pada air akan kuhanyutkan
"aku sangat-sangat menghargaimu"
dan semua pesanan ini
aku tujukan khas untuk kekasihku setelah Allah dan Rasul
AZHAR BIN JILANI dan HALIMAH BINTI MELAN
mak..abah...lambatnya masa berlalu...
2 minggu terasa lama
tak sabar untuk ketemu...
buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
si pemilik tulang rusuk yang sedang kupinjam
yang identitinya belum lg ku ketahui
teruskan jihadmu sehingga kita bersatu..
amin..
"aku cinta padamu"
andai bisa ku bisik pada angin akan ku sebut
"aku rindu padamu"
andai bisa ku alirkan pada air akan kuhanyutkan
"aku sangat-sangat menghargaimu"
dan semua pesanan ini
aku tujukan khas untuk kekasihku setelah Allah dan Rasul
AZHAR BIN JILANI dan HALIMAH BINTI MELAN
mak..abah...lambatnya masa berlalu...
2 minggu terasa lama
tak sabar untuk ketemu...
buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
si pemilik tulang rusuk yang sedang kupinjam
yang identitinya belum lg ku ketahui
teruskan jihadmu sehingga kita bersatu..
amin..
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~,
life,
mine
Tuesday, October 25, 2011
Kisah Yang Sempurna
jangan diungkap kisah manusia tidak sempurna
kerana kisah manusia aturan-Nya
setiap aturan Allah adalah sebaik2 aturan
cuma baik dan buruk perjalanannya kita yang tentukan
sempurna atau tidaknya kita yang kemudikan
jangan juga dibilang kita dah sempurnakan kisah kita
andai jalan yang kita pilih jauh dari Pencipta
sedang untuk mencapai kesempurnaan itu sukar dilaksanakan tanpa istiqomah yang tinggi
wahai Pemilik jiwa.....arahkan hatiku menuju kesempurnaan untuk bertemuMu..
wahai Pemilik cintaku...tetapkan hatiku agar terus menyebut namaMu
wahai Pemilik nyawaku.....selubungkan aku dengan kasih dan rindu padaMu.....
tinta rintihan hamba yang lemah..
kerana kisah manusia aturan-Nya
setiap aturan Allah adalah sebaik2 aturan
cuma baik dan buruk perjalanannya kita yang tentukan
sempurna atau tidaknya kita yang kemudikan
jangan juga dibilang kita dah sempurnakan kisah kita
andai jalan yang kita pilih jauh dari Pencipta
sedang untuk mencapai kesempurnaan itu sukar dilaksanakan tanpa istiqomah yang tinggi
wahai Pemilik jiwa.....arahkan hatiku menuju kesempurnaan untuk bertemuMu..
wahai Pemilik cintaku...tetapkan hatiku agar terus menyebut namaMu
wahai Pemilik nyawaku.....selubungkan aku dengan kasih dan rindu padaMu.....
tinta rintihan hamba yang lemah..
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~
Saturday, October 22, 2011
ayat-ayat
setiap satu
sentiasa berlegar
bila agaknya nak hilang
susah payah untuk dinafikan
setip kali bila hati mula menerima
jiwa kata jangan
memori memutar masa
seolah sebuah rakaaman
yang jelas berulang-ulang
akhirnya sendiri pon susah
fikiran resah
entah bila nak sudah
maaf kepada kalian
bukan anda watak utama
tapi saya di pentas cerita
bukan anda pengarah fdamnya
tapi saya empunya lensa
terima kasih atas keprihatinan semua
maaf tiada jawapan selain senyuman beta...hehe
sentiasa berlegar
bila agaknya nak hilang
susah payah untuk dinafikan
setip kali bila hati mula menerima
jiwa kata jangan
memori memutar masa
seolah sebuah rakaaman
yang jelas berulang-ulang
akhirnya sendiri pon susah
fikiran resah
entah bila nak sudah
maaf kepada kalian
bukan anda watak utama
tapi saya di pentas cerita
bukan anda pengarah fdamnya
tapi saya empunya lensa
terima kasih atas keprihatinan semua
maaf tiada jawapan selain senyuman beta...hehe
Wednesday, September 21, 2011
kopi itu pahit
lama rasanya tak mencoretkan sesuatu..
hampir sebulan jiwa ini kudidik supaya tenang
hati ini kuisi dengan hilai tawa bersama ramai orang
mutiara jernih ini sering kutahan daripada tumpah
kerana itu hanya akan menandakan aku tak reda dengan takdirNya
titisan yang cuba jatuh lantas kuseka dengan jenaka teman2
hari ini
ya hari ini
aku sedar sesuatu...bahawa aku belum mampu
dan aku tahu..aku bukan kuat seperti yang aku canangkan...
ya Allah..kenapa debarku semakin kencang?
ya Allah..perasaan apa yang Kau hadirkan?
kopi itu pahit
tapi nikmatnya terasa bila diadun dengan gula
selepas ditelan berhari-hari atau berbulan-bulan mungkin bertahun-tahun
yang ada dalam ingatan
bukan kopi yang pahit
tapi manisnya secangkir kopi yang dihirup itu...
mainan perasaan
apakah kopi itu kenangan semalam?
atau aku perlu didik lagi minda ini
untuk terus menghukum kopi yang pahit dan melupakan gula?
ya Allah..lajunya degupan ini..
aku masih tak temu jawapan...
hampir sebulan jiwa ini kudidik supaya tenang
hati ini kuisi dengan hilai tawa bersama ramai orang
mutiara jernih ini sering kutahan daripada tumpah
kerana itu hanya akan menandakan aku tak reda dengan takdirNya
titisan yang cuba jatuh lantas kuseka dengan jenaka teman2
hari ini
ya hari ini
aku sedar sesuatu...bahawa aku belum mampu
dan aku tahu..aku bukan kuat seperti yang aku canangkan...
ya Allah..kenapa debarku semakin kencang?
ya Allah..perasaan apa yang Kau hadirkan?
kopi itu pahit
tapi nikmatnya terasa bila diadun dengan gula
selepas ditelan berhari-hari atau berbulan-bulan mungkin bertahun-tahun
yang ada dalam ingatan
bukan kopi yang pahit
tapi manisnya secangkir kopi yang dihirup itu...
mainan perasaan
apakah kopi itu kenangan semalam?
atau aku perlu didik lagi minda ini
untuk terus menghukum kopi yang pahit dan melupakan gula?
ya Allah..lajunya degupan ini..
aku masih tak temu jawapan...
Saturday, September 10, 2011
Innallaha ma'ana...
sejak akhir-akhir ni hidup agak sukar
walaupun penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan bersama teman-teman
tapi tetap segala-galanya seolah2 satu beban yang berat
ada yang bertanya
bagaimana saya boleh begitu kuat menghadapi semua ini
senyuman.itu jawapan yang mudah...
profesional..itu jawapan menyerah...
percaya Allah bersama orang yang sabar..itu jawapan sebenar.
sejak akhir-akhir ni
mudah sangat untuk sang penyakit singgah
tersenyum2 menumpang di tubuh kecil molekku(hehe)
mungkin sebab semuanya dalam fikiran
tugasan yang sangat banyak menyebabkan tidur malam hanya 3 jam kadangkala 2 jam
tilam yang empuk cuma penuh dengan serakan kertas
lena hanya beralaskan tikar ungu berselimutkan cahaya kalimantang
semalam
sepatutnya jam 3 ada urusan di jabatan pendidikan jasmani
jam 4 ada latihan nazam di dewan
semuanya tidak dapat dihadiri
mungkin penangan panadol-panadol yang kutelan akibat sakit yang sangat menyengat
di perpustakaan pagi khamis
hampir 5 minit terkaku didepan kaunter
sampai ada sahabat bertanya mengapa
jawapan ringkas seperti biasa
sakit...seperti menyengat dan bisa..
jika dulu insan ini cukup susah menelan ubat
dan jika dulu insan ini cukup mengelak bila diberi ubat
tapi kini seolah ubat menjadi bekalan yang tak boleh putus
tidak juga makanan ruji tapi terpaksa
kerana kalau terus dilayan pasti tiada satu pun tugasan yang selesai
ujian..
ya saya yakin ini ujian yang sedikit
jika dibanding kesakitan, keperitan dan kepayahan saudara2 di negara2 bergolak sana
(ya Allah selamatkan semua saudaraku di sana..amin)
innallaha ma'assobirin
Allah sentiasa ada bersama org yang sabar..
ayat yang saya sangat suka
dan saya yakin rahmat Allah itu ada
kalau tidak masakan rezeki sejak akhir-akhir ini mencurah-curah
ya.setiap perancangan Allah adalah benar
dan setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya
selagi ada daya diri ini menahan akan terus bertahan
kata professor dr izzie hj ali
setiap orang muslim itu tidak boleh meminta mati kerana kesukaran yang dilalui dalam hidup
sebaliknya berdoalah " Ya Allah, panjangkan umurku andai kehidupan ini adalah yang terbaik menungguku. sebaliknya cabutlah nyawaku andai mati adalah kesudahan yang baik buatku''
insya'Allah...saya belum lagi terfikir untuk meminta kematian
sebaliknya perjuangan fi sabilillah masih panjang
akhir kata
doakan perjalanan hidup insan kerdil ini
salam ukhuwah fillahi abadan abada..~
fieqa~
walaupun penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan bersama teman-teman
tapi tetap segala-galanya seolah2 satu beban yang berat
ada yang bertanya
bagaimana saya boleh begitu kuat menghadapi semua ini
senyuman.itu jawapan yang mudah...
profesional..itu jawapan menyerah...
percaya Allah bersama orang yang sabar..itu jawapan sebenar.
sejak akhir-akhir ni
mudah sangat untuk sang penyakit singgah
tersenyum2 menumpang di tubuh
mungkin sebab semuanya dalam fikiran
tugasan yang sangat banyak menyebabkan tidur malam hanya 3 jam kadangkala 2 jam
tilam yang empuk cuma penuh dengan serakan kertas
lena hanya beralaskan tikar ungu berselimutkan cahaya kalimantang
semalam
sepatutnya jam 3 ada urusan di jabatan pendidikan jasmani
jam 4 ada latihan nazam di dewan
semuanya tidak dapat dihadiri
mungkin penangan panadol-panadol yang kutelan akibat sakit yang sangat menyengat
di perpustakaan pagi khamis
hampir 5 minit terkaku didepan kaunter
sampai ada sahabat bertanya mengapa
jawapan ringkas seperti biasa
sakit...seperti menyengat dan bisa..
jika dulu insan ini cukup susah menelan ubat
dan jika dulu insan ini cukup mengelak bila diberi ubat
tapi kini seolah ubat menjadi bekalan yang tak boleh putus
tidak juga makanan ruji tapi terpaksa
kerana kalau terus dilayan pasti tiada satu pun tugasan yang selesai
ujian..
ya saya yakin ini ujian yang sedikit
jika dibanding kesakitan, keperitan dan kepayahan saudara2 di negara2 bergolak sana
(ya Allah selamatkan semua saudaraku di sana..amin)
innallaha ma'assobirin
Allah sentiasa ada bersama org yang sabar..
ayat yang saya sangat suka
dan saya yakin rahmat Allah itu ada
kalau tidak masakan rezeki sejak akhir-akhir ini mencurah-curah
ya.setiap perancangan Allah adalah benar
dan setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya
selagi ada daya diri ini menahan akan terus bertahan
kata professor dr izzie hj ali
setiap orang muslim itu tidak boleh meminta mati kerana kesukaran yang dilalui dalam hidup
sebaliknya berdoalah " Ya Allah, panjangkan umurku andai kehidupan ini adalah yang terbaik menungguku. sebaliknya cabutlah nyawaku andai mati adalah kesudahan yang baik buatku''
insya'Allah...saya belum lagi terfikir untuk meminta kematian
sebaliknya perjuangan fi sabilillah masih panjang
akhir kata
doakan perjalanan hidup insan kerdil ini
salam ukhuwah fillahi abadan abada..~
fieqa~
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~,
mE As a TeACHer to Be,
mine
Subscribe to:
Posts (Atom)





