assalamu'alaikum..
sedikit perkongsian mengenai ceramah yang disampaikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM tempoh hari. kalau tidak ditulis begini alamatnya nota tinggal nota.. ingat-ingat lupa je semuanya..
sebelum tu maaf sy memang x sure apa tajuk utamanya yang penting intipatinya jela mengenai keimanan, ketaqwaan kepada Allah.
ceramah dimulakan dengan satu cerita tentang pilihan-pilihan yang kita boleh buat sebagai seorang muslim.
ustaz menceritakan bagaimana kisah beliau menghadapi seorang pelajar muslim yg berniat untuk memeluk agama kristian sekaligus keluar daripada agama suci ISLAM ini.. lalu ustaz dan rakan-rakan pergi ke rumah muslimin tersebut.. kali pertama kunjungan beliau, pelajar tersebut menyambut dengan angkuh " pergilah ustaz pulang, saya sudah bertekad untuk keluar dari agama ini" ustaz dan rakan2 pon pulang. mereka tidak berputus asa lalu mereka kembali lagi dan jawapan serta sambutan yang sama diterima mereka. lalu pada kali ke-3 mereka membawa seorang paderi yang telah memeluk Islam. sambutan berbeza apabila muslimin tersebut mendengar satu analogi yang diceritakan bekas paderi tersebut.
" Ali dan Ah-Chong mengisi minya di sebuah stesen minya yang sama, (andaikanlah ianya PETRONAS) pada setiap hari. Ali mengisi dengan harga RM10 manakala Ah-Chong mengisi dengan harga rm100. Pada hujung tahun, Ali mendapat bonus pakej percutian ke Australia daripada syarikat minyak tersebut manakala Ah-Chong tidak mendapat apa-apa manfaat biarpun mengisi dengan jumlah yang sangat banyak pada tahun tersebut. lalu ustaz bertanya kepada kami kenapa agaknya Ali mendapat keistimewaan tersebut? maka jawab ustaz kerana Ali adalah pemegang kad keahlian stesen minya tersebut manakala Ah- Chong hanyalah pelanggan biasa yang tidak berdaftar. Pengajarannya di sini adalah Bagi umat Islam sekecil-kecil kebaikan pon yang dilakukan Allah bagi ganjaran pahala dan di akhirnya nanti tempat kita adalah syurga kerana kita merupakan pemilik lafaz agung "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH". manakala mereka yang kafir nasibnya seperti Ah-Chong yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.''
selepas mendengar cerita ini maka berubahlah fikiran muslimin tersebut. lantas terselamatlah akidah seorang mujahid yang menggalas tanggungjawab menegakkan agama Allah. Alhamdulillah. Maka ingatlah..SEBESAR-BESAR DOSA SEORANG HAMBA..BESAR LAGI PENGAMPUNAN ALLAH S.W.T.
Seterusnya, Ustaz menceritakan tentang kisah Isra' dan Mikraj. pertama sekali ustaz membangkitkan tentang betapa peristiwa perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil aqsa ini dalam satu malam merupakan bukti betapa ALLAH MAHA BESAR. orang-orang kafir mempertikaikan kebesaran Allah tapi cuba kita fikirkan tentang kebesaran yang kita sendiri alami. Tanah yang sama tapi Allah keluarkan dari dalamya pelbagai tumbuh-tumbuhan berbeza. Allah keluarkan strawberry, tembikai, kubis dan lain-lain. kemudian, Lidah yang sama tetapi masing-masing bertutur bahasa berlainan, ada Melayu, Filipina, Korea, English, France.. Subhanallah betapa besarnya kuasa Allah.. banyak lagi kebesaran yang kita sendiri boleh fikirkan betapa ALLAH Maha Esa.. Tiada yang lebih bijaksana melainkan DIA..
Ustaz menyentuh lagi mengenai Perkataan yang digunakan dalam al-Quran iaitu perjalanan daripada masjidil haram ke masjidil aqsa. kenapa Allah tidak menggunakan perkataan Makkah ke Palestin? jawapannya mudah. kerana Allah ingin tunjukkan kepada manusia ummat Muhammad S.A.W bahawa masjid merupakan one stop centre yang paling penting untuk umat Islam. Peranan Masjid adalah sangat penting sehingga ke hari ini sehingga dalam sebuah hadis qudsi ada menyatakan bahawa : salah satu golongan yang mendapat naungan di akhirat kelak adalah lelaki yang hatinya rapat dengan masjid.
Kemudian Ustaz meneruskan dengan memberi 7 golongan yang mendapat naungan di akhirat kelak.
1) Imam yang adil. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adil bukan sama rata. Analoginya mudah. kalau seorang ayah mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan, pada hari raya si ayah hendak membelikan kedua-duanya sepasang baju raya yang cantik. Jika ayah bersikap sama rata, maka ayah akan membelikan kedua-duanya sepasang baju melayu dan samping atau sepasang baju kurung dan sehelai tudung. tetapi bila ayah bersikap adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya maka ayah akan membelikan anak lelaki baju melayu manakala anak perempuan baju kurung.
2) Orang muda (Lelaki atau Perempuan) yang tekun kepada Allah. Kenapa Allah letakkan kayu ukurnya sebagai orang muda adalah kerana orang muda mempunyai banyak cabaran. kehidupan sebagai seorang belia atau remaja merupakan fasa semua inginkan kegembiraan dan keseronokkan.
3) Lelaki yang hatinya rapat dengan masjid. Kata ustaz orang seperti ini biasanya xda feel kalau x solat di masjid. mesti nak pegi masjid@surau walau apa keadaan sekalipun.
4) Mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Contohnya dalam menuntut ilmu kita berttemu dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam jalan Allah dan perpisahan yang kadangkala berat terpaksa jugak kita lalui.
5) Mereka yang bersedekah dengan sangat ikhlas sehingga tangan kiri memberi tetapi tangan kanan tidak mengetahuinya. maksudnya di sini sedekah yang diberikan bukan untuk menunjuk-nunjuk dan tiada siapa pon yang tahu mengenainya.
6) Mereka yang ingat kepada Allah sehingga menitis air matanya kerana insaf.
7) Seorang lelaki yang diajak oleh perempuan untuk berzina dan dia menjawab " AKU TAKUT KEPADA ALLAH ''
kemudian ustaz memberikan pula 5 PERKARA Untuk menjadi remaja yang cemerlang ( Abdullah al-Qardhawi)
1) Selalu baca al-quran serta maknanya. Baca al-quran kata ustaz setiap 1 huruf yang kita baca kita dapat 10 pahala tetapu kalau kita baca dengan penghayatan terhadap maksudnya maka bergandalah pahala dariNya.
2) Perbanyakkan solat malam.
3) Bersama dengan orang-orang yang soleh.
4) Perbanyakkan berpuasa.
5) Perbanyakkan berzikir kepada Allah.
Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga saya siapkan perkongsian ini. semoga anda dapat sama ilmu yang dikongsikan ini.