Tuesday, December 13, 2011

cuti2 malaysia=RM30???

assalamu'alaikum.
gempak x tajuk entry???
hah skarg beta ada kat Pulau Pangkor. beta ada bawak RM100 JE tapi baru guna RM30...hehe
jangan salah paham.bukan sebab kat sini semua murah..sebab kat sini suma kene sponsor!!hehehehe
SAPA SPONSOR???
ofkos la my beloved sister..korang nak gak? ajak la sisiter2 korang...bluweeekkkkk!!!!

nak hupdate panjang2 pon x guna sebab xda gambar. ok la just syok sendiri tekan2 keypad nih...
nak baca sila la...xnak bace bye2 lah..

x sah gak tulis kalau x mencarut..eh salah mengarut..tapi kisah benar...
kat sini kalau korang nak datang mane la taw dalam dua tiga hari akan datang nih...beta gtaw lah dulu..MAKANAN AREA RESORT MAHAL TAHAP GABAN...kalau nak makan g la turun Pekan Pulau Pangkor..haaa nak mentekadarah sampai muntah darah  pon boleh...hehe...tapi kalau korang dah terlebih2 duet nak makan sepinggan RM10 dengan lauk ikan n ulam je..sila2 lah....oh ya....pisang goreng sebatang RM0.50...tapi daripada korang bg kat pakcik warung tuh bagus korang bg kat beta..bleh beta stay lg satu malam kat sini...

secara random dulu lah kan..td beta pg snokeling...ejaan yg betol korg g carik kat dalam kamus oxford fajar eh...beta malas nk taep tol2...

lawa beb ikan kaler2...terumbu karang cantik mcam raflesia pong adaa tapi sakit..luka kaki betaaa aduhz!!

yang ajaibnye beta bleh plak berenang...tapi dengan kuasa LIFE JACKET la..haha...
ok laaaaaaaa...nanti dah ada gmbar bru beta cerita serba serabot serbi pasal PULAU PANGKOR nih..
papepon THANKS A LOT MY KAK LONG a.k.a KAK YON n my abg ipar for the amazing trip...next time kalau ada rezeki beta bwak u all pusing SABAH ok...

ok lah....tu je....x best nak ngarut pnjang2 tanpa gambar2 gedik  kitorang..hehe..
okk good night!!

ASSALAMU'ALAIKUM

Friday, November 11, 2011

Jalan dan perjalanan

jalan adalah laluan
arahnya kita yang tentukan
haluannya kita yang tetapkan
jaraknya kita yang anggarkan

perjalananku masih panjang
arahku belum lagi kutentukan
haluanku belum lagi kupastikan
tujuanku cuma satu
reda ilahi, reda ibu bapa

katalah apa jua pun
saat itu pasti akan datang
saat kutemukan jawapan
saat masa indah itu datang
saat cahaya itu benar-benar terpancar
dari senyuman si gadis perawan...

khas buat fitri aisyah...
tinggalkan kisah silam
kejar cahaya di depan
ikut segala persimpangan
asal jangan sesat menyimpang
turut kata hati
landaskan dengan doa Ilahi...


Thursday, November 10, 2011

macam good-good atau memang good?

"sometime people think they are good enough but in fact they are annoying others"
ini quotes beberapa hari lepas di laman antara muka warna biru...apa lg kalau bukan facebook.
mencatatkan perkara seperti ini membuat sy berfikir sejenak adakah  macam good-good yang manusia selalu momokkan itu sebenarnya diselami dengan perasaan dengki?cemburu atau iri hati?atau sebenarnya memang orang itu good?dan apakah jugak orang itu sebenarnya tak good mana tapi menunjukkan yang diaa itu good?

ah sudah..melalut



jelasnya..saya sedang rimas dengan orang-orang yang macam good-good nasihat bagai tapi x guna landasan yang betul. please kita sendiri tau apa rasanya kene tegur pasal aib dan keburukan di tengah khalayak so letakkan diri sendiri di tempat orang yang anda tegur. ahhh..!!!serius sy sedang marah dengan orang2 sedemikian.

Tuesday, November 8, 2011

Tulisan pada alam

andai bisa ku tulis sesuatu pada awan akan ku ukir
"aku cinta padamu"
andai bisa ku bisik pada angin akan ku sebut
"aku rindu padamu"
andai bisa ku alirkan pada air akan kuhanyutkan
"aku sangat-sangat menghargaimu"

dan semua pesanan ini
aku tujukan khas untuk kekasihku setelah Allah dan Rasul

AZHAR BIN JILANI dan HALIMAH BINTI MELAN

mak..abah...lambatnya masa berlalu...
2 minggu terasa lama
tak sabar untuk ketemu...

buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
si pemilik tulang rusuk yang sedang kupinjam
yang identitinya belum lg ku ketahui
teruskan jihadmu sehingga kita bersatu..
amin..

Thursday, November 3, 2011

KAFE CINTA: BAJU KURUNG BERTEMU BAJU MELAYU



Alhamdulillah..cuti yang lepas penulis sempat hadir ke satu program Kafe Cinta anjuran ISMA Sabah dan UMS. Program yang julung kali penulis sertai ini berkait rapat dengan kehidupan remaja zaman globalisasi,modenisasi,urbanisasi atau lebih tepat lagi zaman kini. Program ni terbahagi kepada dua sesi iaitu ceramah Lautan Api Sanggup kurenangi oleh Dr. Hatta Tarmizi dan forum Bila Baju Kurung Bertemu Baju Melayu oleh Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Isra n Ustaz Sarip Adul.

LAUTAN API SANGGUP KURENANGI

Sesi pertama membawa peserta meneroka kehidupan remaja masa kini yang terlalu hanyut dengan 'lautan api sanggup kurenangi' iaitu janji manis pasangan yang hangat bercinta. Bila janji-janji palsu ditabur, segalanya diserahkan kepada pasangan masing-masing. Pasangan yang penulis sebutkan di sini adalah pasangan yang belum halal iaitu pasangan muda-mudi yang asyik dilamun cinta. 

Penceramah membawa sebuah kisah yang benar-benar berlaku iaitu kes yang pernah beliau temui di Hospital Wanita Likas iaitu seorang pelajar perempuan yang mengadu tidak didatangi haid selama beberapa bulan. Apabila diperiksa, perempuan tersebut mengalami masalah mengandung di luar rahim (kalau penulis tidak silap) dan ini berlaku disebabkan keterlanjuran bersama pasangannya yang jauh lebih berusia berbanding dirinya. Perempuan tersebut kehilangan banyak darah dan terpaksa melalui beberapa sesi pembedahan. apabila ditanya dia mengaku hanya sekali melakukan perbuatan tersebut dengan pasangannya dan tidak menyangka bahawa dia akan mengandung hanya dengan sekali sahaja. Inilah yang berlaku realiti sekarang. Perempuannya menderita akibat perbuatan suka sama suka, yang lelaki hilang entah ke mana. Dulu 'Lautan Api sanggup kandang renangi' sekarang 'Adinda Mengandung Kanda Cabut Lari'.....

Penceramah turut mengupas isu pembuangan bayi dan kelahiran bayi tidak sah taraf (anak luar nikah) yang berlaku di Malaysia saban hari. Banyak kesan yang akan berlaku dengan kelahiran bayi-bayi seperti ini seperti kehidupan mereka pada masa hadapan yang bakal terjejas. penceramah membuat satu rantaian yang mana anak luar nikah perempuan apabila tidak mendapat jagaan dan didikan yang baik berpotensi untuk melahirkan anak luar nikah juga dan generasi seterusnya jika nasibnya sama tidak mustahil akan meneruskan keturunan daripada benih yang tidak halal begitulah selanjutnya. Jadi bila agaknya fenomena ini akan terhenti sekiranya setiap keturunan menyambung dan mewarisi akhlak yang sama?

Akhir sekali, penceramah menyeru supaya kita memandang masalah ini secara serius. Ahli Parlimen terutamayna diseru supaya duduk semeja berbincang masalah ummah ini. Ketepikan segala persoalah dan perbalahan politik untuk mengupas permasalahan ini. Penulis juga seorang remaja berdoa semoga diri kita semua terpelihara daripada nafsu yang menghancurkan bukan sahaja diri sendiri malah seluruh generasi yang bakal dilahirkan kelak.

BILA BAJU KURUNG BERTEMU BAJU MELAYU 


Sesi kedua iaitu forum yang dikendalikan oleh Puan Nurhazlin bermula dengan montaj yang mengemukakan pelbagai persoalan iaitu jawapan-jawapan yang biasa kita dengar atau kita sendiri berikan apabila orang menegur pasangan yang sedang hangat bercinta "kitorang bercinta cara islam ape'' ''si dia selalu ingatkan i suruh sembahyang kot, kadang-kadang dia kejut i suruh Qiamulail lagi'' ''eh, kitorang bukan buat perkara bukan-bukan, jumpa pon tengah2 orang ramai ape..'' n banyak lagi yang ditayangkan. 


Tak banyak yang dapat penulis kupas dan rumuskan dalam topik ini kerana kurang mencatat disebabkan terlalu menumpukan perhatian kononya (cewah)...tapi penulis tertarik dengan jawapan Ustazah Fatimah Syarha mengenai maksud dan ungkapan C.I.N.T.A. pertama sekali beliau menyatakan bahawa Cinta dan perasaan suka itu adalah fitrah. hanya orang yang tidak normal sahaja tidak pernah merasai nikmat perasaan cinta. Tapi cinta yang dimaksudkan bukan hanya cinta kepada manusia tetapi cinta kepada banyak perkara seperti cinta kepada Allah, ibu bapa, keluarga, pekerjaan dan sesuatu benda. Beliau juga menyangkal pendapat ''bercinta berlandaskan syariah'' dengan analogi ''hot dog''.. hot dog jika dilihat pada namanya dan diterjemahkan dalam bahasa melayu adalah ''anjing panas'' tetapi sebenarnya ''hot dog'' merupakan satu makanan yang enak dan namanya tidak membawa erti sebenar penampilannya. Begitu juga dengan istilah atau alasan yang sering digunakan oleh remaja masa kini yang ''bercinta berlandaskan syariah'' tetapi masih dibuai ayat-ayat manis pasangan masing-masing, terbayang-bayang, dan asyik dengan perasaan yang indah. 


Panel ketiga kalau tidak salah penulis Ustaz Sarip menyatakan bahawa Cinta adalah satu alat untuk mencapai matlamat. Pertama sekali matlamat kita yang utama ialah untuk mendapat reda Allah S.W.T. Oleh itu cinta seharusnya dijadikan alat yang utama untuk mendapat reda-Nya. sebagai contoh apabila kita cinta kepada makanan dan apabila kita makan kenyang seterusnya bersemangat untuk beribadah dan mendapat reda Allah, makan itu adalah alat. Begitu juga dengan cinta kepada manusia cinta dijadikan alat (maaf kalau penulis tersilap) apabila kita cinta kepada pasangan, kita salurkan perasaan tersebut dengan jalan yang benar iaitu penikahan dan dengan ikatan yang sah kita lebih bersemangat untuk solat berjemaah bersama pasangan dan berkongsi hari-hari indah bersama pasangan yang halah seterusnya mendapat reda Allah maka itulah cinta kita sebagai alat dan matlamat kita tercapai.

''Ramai pasangan bercinta beranggapan bahawa perasaan cinta akan hilang selepas berkahwin''. Ahli panel menjawab lagi persoalan ini dengan satu analogi iaitu jika kita diberi pilihan untuk meredah lautan luas, antara bahtera yang besar dan cantik dengan perahu yang kecil dan tidak kukuh yang mana pilihan kita? Ramai yang memilih untuk memiliki bahtera yang besar dan cantik. itulah analogi sebuah persiapan perkahwinan. Jika persiapan kita sekadar perahu kecil tanpa memikirkan ombak-ombak besar iaitu cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sepanjang hidup berumahtangga maka hancurlah perahu kita ditelan badai tetapi jika bahtera yang disiapkan besar dan cantik maka selamatlah kita sehingga ke syurga yang indah. oleh itu, persiapkan diri kita dengan selengkapnya sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.panel turut menyarankan supaya kita jatuh cinta berkali-kali dengan pasangan (maaf penulis tidak dapat menghurai dengan lebih lanjut). Seterusnya ialah bina syurga cinta dalam rumahtangga. Syurga seperti dalam al-Quran adalah satu tempat yang sangat indah. Keindahannya tiada tolok bandingnya. Itulah yang dimaksudkan ahli panel iaitu membina alam rumahtangga yang penuh dengan keindahan. Keindahan yang dimaksudkan di sini luas contohnya memanggil pasangan dengan panggilan-panggilan manja, sentiasa bergurau senda dengan pasangan, sentiasa bertolak ansur, berdandan dan berhias diri untuk pasangan menghidupkan suasana ibadah di dalam rumah dan sebagainya adalah bagaimana syurga rumahtangga itu dibina. Akhir sekali ialah melahirkan anak-anak generasi yang Soleh wa Musleh (maaf jika penulis tersilap).



Panel ditanya mengenai Pembuktian Cinta dan beliau menjawab dalam bentuk cerita. Seorang anak bertanya kepada ayanya ''Ayah sayang Aiman?" ayah menjawab " Sayang nak.." ''kalau ayah sayang aiman, belikan aiman kapal terbang mainan ya'' ''Yala, nanti balik kerja ayah belikan'' lalu ayah kanak-kanak itu pergi kerja dan secara kebetulan kerja di pejabat sangat banyak menyebabkan dia terpaksa pulang lewat. apabila pulang si anak merajuk kerana tiada kapal terbang yang dibeli. oleh itu pada si anak ayahnya tidak sayang padanya kerana tiada kapal terbang mainan. anaknya perlu bukti lalu ayahnya membuatkan kapal terbang menggunakan kayu di belakang rumah disebabkan sayangnya pada anak. Aiman tidak mahu menerima kapal terbang pertama tanpa sayap lalu dihempas ke dinding, ayah dengan penuh kasih sayang membina semula kapal terbang yang baru dengan cantik barulah si anak menerima bahawa ayah sayang akan dirinya. lihatlah anak kecik ini perlukan bukti ayahnya sayang padanya sedangkan tanpa kapal terbang pon sebenarnya ayah sangat sayang pada Aiman. Bagi panel. cinta tidak perlukan pembuktian. orang yang memerlukan bukti dalam percintaan adalah mempunyai ciri-ciri seperti Jiwang, Cemburu Maut (pantang pasangan bercakap dengan orang lain dan semuanya perlu dilaporkan), Terlebih Duit (contohnya beribu SMS untuk ucap I LOVE U sahaja sebagai bukti Si dia cinta pada kita) , Tidak Suka Baca Buku, Tidak Mempunyai ramai kawan (penulis tertarik dengan ciri-ciri ini iaitu prang seperti ini menganggap mereka hanya tinggal berdua sahaja dalam dunia ini.ke mana sahaja berdua dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan lain.), Tidak suka Bangun Malam, Suka Menyanyi dan Jarang-jarang SMS ibu bapa (kerana asyik dengan pasangan masing-masing). Panel menyatakan bahawa sekiranya pasangan itu serius untuk membina alam rumahtangga, keyakinan adalah kunci segalanya. tidak perlukan pembuktiaan semata-mata. Apa guna bukti yang ditunjukkan sedangkan bukti tersebut hanyalah palsu dan hanya pada alam percintaan semata-mata.

Akhir sekali, penulis mengingatkan pada diri sendiri dengan pesanan Ustazah Fatimah Syarha jika kita sentiasa bersms dengan pasangan kita semasa bercinta jangan terkejut jika apabila sudah berkahwin pasangan tersebut sentiasa bersms dengan wanita lain kerana hobinya. jika kita sentiasa bertemu dengan pasangan kita, jangan terperanjat sekiranya dia keluar bersama wanita lain selepas berkahwin dengan kita kerana sudah menjadi kebiasaan baginya. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu kesilapan penulis sendiri. segala kesilapan, teguran atau penambahan info boleh letakkan di ruang komen.

Sekian, Wassalam.



Wednesday, November 2, 2011

Mata ini melihat

melihat kebenaran
kadang-kadang pahit untuk dipandang
sakit untuk ditelan
tapi indah untuk dikenang
kerana hati sudah tenang
tak lagi terfikir-fikir terbayang-bayang


coretan si pemilik mata;
fieqa

Tuesday, October 25, 2011

Kisah Yang Sempurna

jangan diungkap kisah manusia tidak sempurna
kerana kisah manusia aturan-Nya
setiap aturan Allah adalah sebaik2 aturan
cuma baik dan buruk perjalanannya kita yang tentukan
sempurna atau tidaknya kita yang kemudikan

jangan juga dibilang kita dah sempurnakan kisah kita
andai jalan yang kita pilih jauh dari Pencipta
sedang untuk mencapai kesempurnaan itu sukar dilaksanakan tanpa istiqomah yang tinggi
wahai Pemilik jiwa.....arahkan hatiku menuju kesempurnaan untuk bertemuMu..
wahai Pemilik cintaku...tetapkan hatiku agar terus menyebut namaMu
wahai Pemilik nyawaku.....selubungkan aku dengan kasih dan rindu padaMu.....

tinta rintihan hamba yang lemah..

Saturday, October 22, 2011

tak best lah...

bila tak best lah terungkap
maksudnya tak terima
bila tak terima maksudnya tak suka
bila tak suka maksudnya tak bersyukur la..
na'uzubillah..
sendiri pon selalu kata..

ala...tak bestla kerja tuh
ala....tak bestla kene pg awal
alaa....tak bestla die masak camtuh
ALA....TAK BESTLA TAK DAPAT BALIK KAMPUNG!!

amboi3!!!!
cik fieqa best sangat ke nak cakap sume pon tak best?
haih....jangan nakal2 ok...


err..motif entry ni tak dikenalpasti
yang pasti bosan sekarang ni..
nak update entry pasal Kafe Cinta tadi
tapi belum ada mood nak jiwa2 mengarang..
so..nantikan 'Bila Baju Kurung Bertemu Baju Melayu'
(gaya buat iklan macamla kene baca oleh org)

ok lah..dah habis..
assalamu'alaikum.

sendiri atau menyendiri?

asrama sunyi
semua pon pergi
sebab tengah cuti
jadi semua pergi bercuti

yang kampungnya di sini
pulang ke panggkuan keluarga
sekarang ni agaknya
tengah gembira bergelak ketawa
balik2 tadi masing2 mencium tangan bonda
ada yang dipeluk ayahanda
dikucup mesra nenda
disambut girang adinda kekanda

yang merantau masing2 dengan hala tuju sendiri
ada yang memilih mengikut teman-teman
ada yang memilih bercuti di tempat orang
ada yang memilih pusing-pusing jalan-jalan
ada yang memilih untuk tinggal sendirian..

aku?
di sini bermonolog sepi
lain yang dirancang lain yang jadi
sebabnya paham-paham sendiri
sekarang ni setia menanti azie
untuk datang tidur di sini
berdua jelah malam ni....
sampai kami pulak bercuti!
yeah!!


ayat-ayat

setiap satu
sentiasa berlegar
bila agaknya nak hilang
susah payah untuk dinafikan

setip kali bila hati mula menerima
jiwa kata jangan
memori memutar masa
seolah sebuah rakaaman
yang jelas berulang-ulang

akhirnya sendiri pon susah
fikiran resah
entah bila nak sudah

maaf kepada kalian
bukan anda watak utama
tapi saya di pentas cerita
bukan anda pengarah fdamnya
tapi saya empunya lensa


terima kasih atas keprihatinan semua
maaf tiada jawapan selain senyuman beta...hehe





Thursday, October 13, 2011

13 TAHUN MENCARI CINTA

SALAM. Semalam tengah2 bercakap soal hati dan perasaan dengan na n mamal, na citer pasal ni kat sy..so sy nak taw cter dgan lebih lanjut bacala sendiri di iluvislam.com
melalui pembacaan ni sy rasa inila cerita kedua yang buat saya rasa amazing lepas kisah nukilan Ustazah Fatimah Syarha dalam Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. betapa agungnya cinta dari Allah...yang ditetapkan sejak azali..okeyh..cakap banyak pon x da efek...so enjoy reading this amazing story keyh...



Saya yakin ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saja saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin. Hehe. Saya sendiri pun macam tak percaya bahawa saya akan berkahwin pada tahun ini. Dan bila sudah selesai akad nikah, rasa macam tak percaya saya sudah pun berkahwin. Dan yang paling kerap ditanya : Kenapa tiba-tiba nak kahwin dan macam mana bertemu dengan suami? Ish ish ish. Terlalu ramai yang bersemangat inkuiri yang tinggi ni.

Cerita Versi Sarah
Saya dan suami merupakan teman sekelas dari darjah 4 hingga 6. Kami kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia pelajar yang baru berpindah masuk ke sekolah itu pada tahun 1995. Kami tidak rapat pada mulanya. Sehinggalah tahun 6, barulah kami bertegur sapa. Itupun kerana kami berdua diletakkan oleh ustazah di bilik guru untuk program gempur UPSR. Kawan-kawan yang lain semuanya belajar di dalam dewan. Seingat saya, sejak itu baru kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam menyiapkan latih tubi UPSR.
Kali terakhir bertemu dengannya ialah pada hari keputusan UPSR diumumkan di penghujung bulan Disember 1997. Hanya kami berdua yang mendapat 5A di sekolah. Tapi, kami langsung tak sempat bertegur sapa selepas mengambil keputusan masing-masing. Memang sekadar di situ. Kemudian dia ke hilir dan saya ke hulu. Saya menyambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan saya sekadar mendengar berita bahawa dia kembali bersekolah di Kuala Lumpur. Sejak itu, kami langsung tidak bertemu lagi.
Saban tahun, saya memang tidak pernah melupakan dia sebagai kawan saya. Pelik juga. Saya ingat terlalu banyak fakta tentang dirinya. Saya ingat tarikh lahirnya, alamat rumahnya, nombor plat kereta ibunya, warna dan jenis kereta ayahnya, nama adik-adiknya juga habitnya ketika tekun menjawab soalan di dalam kelas. Huhu. Kelakar juga bila diingat.
I have no reason why I remember every single fact about him.
Yang saya ingat, ketika bersekolah di Al-Khairiah, setiap kali saya ada mengenali kawan-kawan baru yang kebetulan mempunyai latar belakang pernah bersekolah di Al-Amin Gombak, saya akan jadi tersentak. Dalam hati mesti berkata : 'Thaariq kemungkinan bersekolah di sini lagi agaknya.' Dan bila sudah agak serasi dengan kawan itu, saya akan bertanya kepada mereka berkemungkinan tak mereka mengenali pelajar bernama Ahmad Thaariq. Huhu. Sadis betul mengenang kembali kisah menjejak dirinya suatu ketika dahulu. Sayangnya, memang tetap tidak berjaya untuk mendapatkan berita terkini tentang dirinya.
Sebaik selepas tamat SPM, saya ditawarkan ke Rusia oleh JPA. Selepas seminggu orientasi, saya mula masuk ke kelas untuk mengikuti kelas Bahasa Rusia. Ketika sesi suaikenal, salah seorang pelajar dalam kelas itu ada menyebut dia dulu bersekolah di Al-Amin Gombak sebelum berpindah ke MRSM Pengkalan Chepa. Dalam hati saya terdetik: 'Oh, ni sebaya ni. Ada chance dia kenal Thaariq ni. Hehe.'
Dan apabila bertanya kepada kawan itu, menurutnya, Thaariq telah berpindah sekolah ke Johor selepas tingkatan 2 dan mereka juga sudah tidak berhubung sejak itu. Hati kembali kecewa. Sejujurnya, perasaan saya pada ketika itu ialah kecewa kerana seorang kawan yang baik dengan saya suatu ketika dulu terputus hubungan dengan saya dengan begitu saja. Langsung tidak dapat dikesan di mana dia berada sejak habis UPSR. Saya sungguh terkilan akan hal itu.
Ketika zaman Friendster sedang memuncak pada tahun 2004, saya cuba mencarinya. Tidak jumpa. Pernah meng-google namanya pada tahun 2005 dan 2006. Tidak juga jumpa. Memang tiada rezeki saya agaknya. Pada masa yang sama saya pernah terfikir, agaknya ingatkah dia pada saya, kawan baik yang sama-sama belajar semeja-guru dengannya dulu?
Sehinggalah ketika saya sedang dalam hiatus sebelum final exam menjelma ketika di tahun akhir di Moscow dulu. 4 Jun 2009. Itulah tarikhnya. Saya melihat capaian masuk ke blog saya pada waktu itu. Saya lihat, ada seseorang yang menjumpai blog saya dengan menggunakan kata carian 'Siti Sarah Al-Mukmin'. Langsung, ia membuatkan saya terfikir. Ini semestinya kawan-kawan Al-Mukmin yang meng-google nama saya dan membawanya ke blog saya. Dalam kepala saya ligat memikirkan nama-nama yang berkemungkinan mencari saya semula. Yang pertama saya fikirkan ialah dia, Ahmad Thaariq Bin Mohd Khairudin.
Walaupun ketika itu saya sedang studi untuk final exam yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya sempat menekunkan diri saya meng-google namanya pula. PAP! Banyak senarai yang keluar. Aik. Pelik bin ajaib. Dulu bila saya google, tiada satu pun informasi yang ada mengenai dirinya. Tapi pada tahun 2009 itu, berlambak-lambak capaian berkaitan dengan dirinya. Antaranya ialah blog WordPress dan Fotopagesnya. Saya amati Fotopages itu. Pemiliknya seakan-akan Cina. Tapi inikah dia? Agak lain rupanya di dalam gambar di situ. Saya meneliti 1, 2 entri di blognya. Kisah seorang pelajar Master di UTM Skudai. Kursus apa, umur berapa, semuanya tidak saya tahu. Saya was-was itukah dia. Tapi apabila saya lihat ada capaian ke blog adiknya Rafiq yang kini sedang menuntut di Jerman, saya hampir 100% yakin itu adalah dia.  Saya cuba mencari emailnya untuk cuba menghubunginya secara personal. Tiada. Jadi saya meninggalkan komen di blognya saja:
Salam Thaariq.
I was googling around to look for an old friend of mine named exactly like you. I have this instinct that you are him but I doubt I was wrong. Is there any possibility that you attended primary school in Temerloh, Pahang? SRA Al-Mukmin to be exact (UPSR'97). Looking forward to hear some good news from you soon.
p/s: I've tried looking for your email to contact you personally but I couldn't find any. Sorry to disturb you in this comment box.
Sehari suntuk saya menunggu komen itu direspon. Kecewa saja. Huhu.
Tapi keesokannya (5 Jun) adiknya membalas komen saya dengan jawapan yang positif dan tidak lama selepas itu, tuan blog itu pula menjawab segala persoalan saya dengan menghantar email peribadi kepada saya. Sah! itu adalah dia, Ahmad Thaariq, kawan yang telah 12 tahun terputus hubungan dengan saya. Sempatlah kami berbalas 2, 3 email. Kemudian saya menyepi semula kerana perlu studi. Keesokannya, saya pergi menjawab final exam dengan lapang dada dan gembira. Dan saya lulus dengan jayanya.
Yang saya tahu tentang dia, dia sedang menyambung Ijazah Sarjananya dalam bidang Remote Sensing di UTM Skudai, meminati bidang fotografi dan seorang computer geek! Tiga perkara ini betul-betul membuatkan saya tersenyum seorang pada waktu itu.
Apabila sudah kembali ke Malaysia, kami hanya kadang-kadang bertegur sapa di Facebook saja. Saya sangat sibuk pada waktu itu. Jadi saya tak berapa layan sangat Facebook. Lagi pula, dia pun bukanlah satu kepentingan pun dalam hidup saya. Sehinggalah seminggu sebelum hari lahir saya pada tahun 2010, ada seseorang datang meminang. Haha. Ini agak lucu.
Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema. Saya tak mahu tapi apa alasan terbaik saya ya? Hehe. Istikharah punya istikharah, sehinggalah malam hari lahir saya itu, saya mendapat mesej daripada Thaariq. Dia mengucapkan selamat dan memberikan sekeping gambar hadiah buat saya. Gambar pemandangan bintang-bintang yang diambilnya ketika di Dubai. Dia buat saya terfikir. Thaariq itu maksudnya 'Yang Datang Di Malam Hari' dan antara lain maksudnya ialah 'Bintang'. Saya tenung gambar bintang-bintang itu lama-lama. Tiba-tiba hati terdetik. "Kenapa dia satu-satunya yang muncul mengucapkan selamat hari lahir di tengah malam sunyi ini? Apa kaitannya dengan istikharah saya?"
Tapi segalanya masih tidak jelas. Memang tiada apa-apa perubahan dalam hidup saya mahupun dia. Sehinggalah sekitar bulan Februari 2010, ada majlis di sekolah rendah saya dulu. Sebagai bekas pelajar, saya diberikan amanat oleh mudir (guru besar) saya untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar yang telah tamat belajar untuk datang ke sekolah untuk menjalankan program bersama-sama murid-murid di sana. Saya mengumpulkan beberapa nama dan menghubungi mereka secara peribadi. Saya turut menghubungi Thaariq untuk mendapatkan kata putus kehadirannya. Tapi sebaik berada di talian dengannya, saya jadi serba tak kena. Berderau darah nak bercakap dengannya. Sudahnya, saya bercakap seperti butir peluru yang laju. Haha.
Lebih kurang sebulan selepas itu, saya post-call pada petang itu, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripadanya. Cuak saya untuk menjawab panggilan. Serba tak kena rasa. Puas berfikir kenapalah dia tiba-tiba menelefon ni. Rupa-rupanya dia menelefon untuk mendapatkan nasihat berkaitan kawan serumahnya yang patah tulang bahu. Kebetulan saya pada waktu itu berada dalam posting Orthopedic. Itu sebabnya dia menelefon saya. Hahaha. Gelabah tak memasal, kan. Tapi sejurus selepas itu saya lihat dia meng-update status baru di Facebooknya: I just called to say hello =)
And it really means something to me.
Sejak itu, saya lihat dia mula meletakkan status-status berbahasa Rusia di Facebooknya. Pelik juga. Mana dia tahu ayat-ayat ni semua. Ayat-ayat yang dipilihnya manis-manis belaka. Huhu. Kiranya, kalau kamu tidak faham bahasa itu, payahlah untuk kamu tangkap maksudnya. Dalam hati saya terfikir: Aik aik, dia tujukan kepada siapa ni? Cool down, Sarah. Dia main-main je ni. Haha. Waktu itu saya geram juga dengan dia ni. Saja nak memerangkap saya dalam kekeliruan. Sebab setakat yang saya tahu, mana ada siapa dalam rangkaian Facebooknya yang memahami Bahasa Rusia melainkan saya. Aishh. Memang nak kena cepuk dia ni, kan. Hehe.
Saya pula ketika itu kalau meng-update status di Facebook, saya lebih gemar meletakkan sebaris lirik lagu atau nasyid yang terkesan di hati saya. Tapi pendek kata, semuanya lagu atau nasyid lama yang tidak berapa orang ingat dah. Tapi dengan senangnya dia cam dan merespon di status itu dengan menyambung lirik tersebut. Ajaib juga. Mana dia tahu ni? Dia google ke apa? Huhu.
Pada masa yang sama, saya lihat dia acap kali meletakkan status yang berbaur tertekan dan sudah malas dengan program Master-nya. Sedih juga bila melihat seorang kawan yang seperti mengeluh hampir setiap hari tentang hal yang sama. Waktu itu saya tidak berani lagi untuk respon di status-statusnya. Saya kerap 'diserang' oleh kawan-kawan rapatnya. Hehe. Jadi saya menghantar SMS kepadanya supaya bertahan dan bersabar sikit lagi untuk menyudahkan apa yang sudah dia mulakan. Tahu sajalah saya ni macam mana, kan. Pantang orang berundur separuh jalan. Saya katakan padanya, pastinya sudah ramai yang menasihatinya dengan perkara yang sama tapi jawabnya: Nop, only you.
Ohoo~ Sampai ke hari ini saya masih menyimpan mesej tersebut.
Kemudian, kami berhubung seketika di Yahoo Messenger (YM) untuk mengelakkan cakap-cakap pelik daripada kawan-kawan di sekeliling kami. Kami hanya bercakap tentang perkembangan diri masing-masing selepas terpisah dulu, bidang fotografi (dia Canon, saya Nikon) dan juga tarbiah yang kami ikuti. Syukurnya saya. Telahan saya mengenainya memang tidak salah. Saya dapat 'membaca' siapa dan bagaimana orangnya pada waktu itu.
Tapi disebabkan saya ini memang tidak suka ber-YM, maka tidaklah lama dan sekerap mana kami online bersama. Saya sibuk. Sekalipun kami online bersama, tiba-tiba saja saya sudah tertidur di tepi laptop saya. Esoknya cuba untuk menebus kembali kesalahan, tetapi tertidur juga sekali lagi. Bukankah kasihan dirinya ditinggalkan begitu saja? Huhu. Memandangkan di penghujung Mei tahun lepas kakak saya bakal mendirikan rumah tangga, sebagai salah seorang junior kepada Kaklong, Thaariq turut dijemput hadir. 30 Mei 2010. Itulah tarikhnya. Dia menghadiri walimah Kaklong.
And I have no reason to say no to what I have seen.
Saya kekok pada mulanya. Nasib baik ketika saya dipanggil oleh sahabat baik saya, Mahfuuzah, bahawa dia telah sampai, dia sedang berada bersama-sama kelompok kawan-kawan Al-Mukmin yang lain. Saya menghampiri mereka dan di situlah saat kami bertemu semula selepas 13 tahun terpisah tanpa khabar berita. Tangan terasa seram sejuk. Aik aik. Kenapakah? Dia pula berpeluh-peluh. Ok, bawah khemah tu memang panas pun. Huhu. Selepas kami semua ex-Al-Mukmin bergambar beramai-ramai bersama pengantin, kebanyakan daripada mereka beransur pulang. Kebetulan waktu itu tetamu sudah pun berkurangan. Sudah mencecah 4 petang. Saya membawa Thaariq duduk di bawah khemah berhampiran kipas.
Kami berbual-bual berkaitan diri masing-masing dan perkembangan terkini. Sangat jelas, pada waktu itu saya langsung tidak mengangkat muka kerana takut dan malu untuk menatap mukanya. Kalau boleh, rasa nak pakai purdah sorok muka sendiri. Saya tidak tahu apa yang bermain di fikirannya pada waktu itu. Saya memberitahu emak dan ayah akan kehadiran Thaariq ke majlis itu. Emak dan ayah masih cam akan dirinya. Dalam ingatan ayah, dia diingati sebagai 'anak Khairudin'. Hehe.
Melihatkan reaksi emak dan ayah, hilang sedikit kecuakan saya berada dengannya di situ. Hampir jam 4.30 petang, saya menghantarnya menuju ke keretanya yang diletakkan di bawah bukit rumah saya. Sebelum berlalu pergi, dia menyerahkan satu token kepada saya. Keychain daripada Dubai tempat gambar bintang-bintang yang dihadiahkan kepada saya dulu.
Malam itu saya sangat penat. Saya terbayang-bayang kejadian di petang kenduri itu. Saya ingat setiap apa yang kami bualkan. Saya ingat riak wajahnya yang tenang. Saya ingat saat-saat saya menemaninya turun bukit untuk menghantarnya ke kereta. Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Saya melihat tiga orang sepupu lagi yang bermalam di bilik saya. Semua sudah tidur. Barulah saya menjawab panggilan tersebut. Iya. Thaariq yang menelefon. Ucapnya satu.
"Saya nak kita bukan sekadar kawan. Tapi dengan syarat..."
Syaratnya membuatkan saya terdiam seketika. Saya pohonkan masa untuk berfikir. Semuanya bagaikan renjatan elektrik. Terkejut saya dibuatnya. Semuanya sekelip mata. Saya terlalu penat ketika itu. Tidak boleh berfikir dengan rasional. Jadi saya tinggalkannya dengan soalan yang tidak berjawab. Keesokannya saya sibuk di majlis bertandang di rumah Abang Hashim. Keesokannya pula saya sudah mula oncall dan kembali sibuk di hospital. Dalam pada sibuk-sibuk itulah, saya bawa berbincang dengan sepupu terapat saya, Nisa. Kebetulan kami bekerja di wad yang sama pada waktu itu. Syaratnya itu munasabah. Dan jika ikhlas niat, semuanya adalah tidak mustahil. Apa syaratnya? Ehem. Biarlah kami saja yang tahu.
Untuk seketika, kami sering juga berbalas mesej. Sehinggalah pertengahan bulan Julai itu, saya rasa serba tidak kena. Saya rasa ini bukan diri saya. Tambahan pula, dia masih lagi terikat dengan program Master-nya dan saya terikat dengan housemanship saya. Kami pernah berbincang serba ringkas tentang hala tuju masa depan. Yang saya lihat, paling cepat satu kata putus dapat dicapai mengambil masa hampir 2 tahun lagi. Langsung saya menghantar mesej kepadanya. Pinta saya hanya satu : Jangan contact saya kalau rasa belum sampai masa untuk kawin. Kalau dah sedia, baru cari saya semula.
Saya nekad berbuat begitu. Saya tidak mahu berhubung secara sia-sia tanpa arah tuju yang betul-betul nyata. Saya tidak mahu maksiat menjadi penambah rasa. Dia bersetuju. Kami sepakat untuk tidak berhubungan. Dan dalam tempoh itu, betapa hanya Allah yang tahu kuatnya mujahadah yang perlu dilalui. Baik saya mahupun dia. Remuk redam jugalah rasa hati ni. Tapi bertahan. Bertahan. Bertahan. Hehe. Dia juga bergitu. Status-status separa pilu kelihatan di Facebook tapi tiada siapa yang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Saya pula lebih banyak berkias dalam entri-entri saya di sepanjang bulan Julai dan Ogos tahun lalu. Dan dalam tempoh itu jugalah ada 3 lamaran datang dalam hidup. Aduhai. Penambah perisa betullah. Tapi saya sudah nekad. Saya hanya menunggu dia. Dulu 13 tahun saya boleh menunggu, takkanlah sekadar 2 tahun lagi saya sudah tidak sanggup, kan.
Siapa sangka, sebenarnya apa yang saya nekadkan itu menjadi batu loncatan untuk segalanya. Saya masih ingat, hari itu hari Sabtu, minggu pertama di bulan Septembar, minggu terakhir kita berpuasa. Saya oncall di wad kanak-kanak. Ayah datang sekitar jam 10 malam membawa makanan berbuka untuk saya. Iya. Saya masih belum berbuka dengan makanan berat pada waktu itu. Sekadar minum air dan mengunyah gula-gula Mentos sebiji. Ayah datang bukan sekadar membawa makanan. Tetapi juga sebuah bungkasan pos yang baru tiba pagi tadi di rumah. Di alamatkan kepada saya. Sambil makan saya terus membukanya. Dan kandungan bungkusan kecil itu buat saya berdebar-debar apatah lagi pengirimnya ialah dia.
Apabila ayah sudah balik, saya menghubunginya. Saya memaklumkan bahawa saya sudah menerima bungkusan tersebut. Tiba-tiba dia terus menghubungi saya. Dalam teragak-agak, dia memaklumkan bahawa pada Hari Raya ketiga insya Allah dia dan keluarga hendak berziarah ke rumah saya. Saya terdiam di situ. Dalam hati ada dua tanda tanya: Ziarah raya atau ziarah bermakna? Tapi mulut saya tak terluah hendak bertanya. Saya memaklumkan kepada emak dan ayah.
Dipendekkan cerita, pada hari raya ketiga itu, tibalah mereka sekeluarga ke rumah saya. Tahu apa perkara pertama yang diraikan?
Pertemuan semula dua kawan lama; ayah saya dan juga ayahnya. Subhanallah. Bagaikan telah berjanji, tujuan utama ziarah keluarganya yang agak samar bagi pihak saya bertukar kepada perbincangan tentang pernikahan kami berdua pula. Saya yang turut berada di situ terasa panas muka secara tiba-tiba. Memang sangat terkejut. Ditambah pula dengan usulan supaya kami bertunang dalam masa dua bulan saja, menambahkan keseriauan yang saya rasa. Saya mencuri pandang wajahnya pada waktu itu. Tenang saja. Dalam hati saya berkata: Ish, dia ni. Dia tak ajak pun kawin lagi, tak tanya pun kita lagi, tup tup mak ayah masing-masing dah bincang pasal tunang-nikah.
Selepas selesai kata putus dicapai, mereka sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat. Waktu itu baru saya menghubunginya. Mesej saya berbunyi: Betul ke kita dah nak tunang ni? Tak lama lepas tu terus kawin? Awak tak pernah pun ajak saya kawin? Balasnya: Insya Allah ni yang terbaik untuk kita.
Subuh 1 Oktober 2010, dia melamar saya untuk menjadi isterinya.
Pada mulanya majlis pertunangan dirancang dilaksanakan lebih awal tapi disebabkan dia terpaksa menghadiri konferens di Hanoi, majlis dibawa ke bulan November. Pada 13 November 2010, majlis pertunangan yang sederhana telah berlangsung di rumah saya. Hanya saudara mara rapat saja yang menghadirinya. Tarikh dan majlis perkahwinan turut ditetapkan pada hari itu. Tempohnya 4 bulan saja. Dan apabila sudah bertunang inilah baru kami mula berhubungan semula untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan kami. Jika perlukan perbincangan panjang, kami hanya berhubung melalui email saja. Lebih banyak yang boleh dibincangkan di situ. Dan sejak kami bertemu semula di dunia maya pada 4 Jun 2009 yang lalu sehinggalah kami bernikah pada 12 Mac 2011 yang lalu, kami hanya pernah bertemu muka sebanyak 7 kali, dan semuanya ditemani oleh keluarga atau adik beradik kami.

Cerita Versi Thaariq
Selepas tamat UPSR, dia bersekolah di Al-Amin Gombak. Sejak itu, dia hanya pulang ke Temerloh bila cuti tiba saja. Dia juga mencari-cari saya. Dia tahu di mana letaknya kedai fotostat milik ayah saya dulu. Pernah dia terfikir, hendak pergi mencari saya di sana. Bila dia ke sana, saya tiada pula. Kecewa dia, katanya. Pernah juga dia berangan, ketika berjalan-jalan mencari barang di Pekan Sehari Ahad (lebih dikenali dengan nama Pekan Sari di sini), dia hendak terjumpa dengan saya. Katanya, antara ramai-ramai rakan sekelas dulu, saya yang paling terkesan dalam memorinya. Pernah saja dia terserempak dengan kawan sekelas kami yang lain, tetapi tidak saya.
Ketika zaman Friendster sedang memuncak, rupa-rupanya dia juga pernah mencari saya. Tapi tidak menjumpai apa-apa. Dia juga pernah meng-google nama saya. Tapi tidak jumpa barang satu informasi pun mengenai saya. Kemudian dia pun sudah tidak meneruskan usaha sehinggalah saat saya meninggalkan komen di blognya itu. Saya masih menyimpan email yang dikirimnya. Subhanallah. Tajuknya saja sudah menunjukkan betapa terujanya dia. Hehe. Belum lagi membaca kandungan email-email tersebut.
Sejak berhubung semula di Facebook, dia suka melihat gambar-gambar saya sepanjang di Moscow dulu. Katanya, saya comel. Huhu. Macam kelakar saja bunyinya. Apa yang buat dia tertarik ialah gambar saya berbaju kurung serba biru ketika menghadiri majlis di Al-Mukmin yang tidak dapat dihadirinya dulu. Dan dari situ dia mula menggunakan Bahasa Rusia di Facebooknya yang ditirunya bulat-bulat daripada sebuah lawan web. Huhu. Berusaha keras sungguh dia.  Jika saya membalas dengan ayat yang panjang sedikit, mulalah dia tak tahu di mana hendak mencari maksudnya. Comel betul! Yang mendekatkan kami ialah ayatnya: Mnye by khatelos uznat o tebye po bolshe. Ada yang faham maksudnya?
Sewaktu hendak menghadiri walimah Kaklong, rupa-rupanya dia sudah memberitahu uminya bahawa dia hendak melihat saya. Ohoo~ Yang ini saya pun baru sangat tahu. Dan apabila sudah berjumpa sendiri dengan saya, katanya, dia sudah tiada ragu dalam hatinya. Dan apabila melihatkan perbincangan emak ayah dengan umi baba sangat lancar, dia jadi bertambah yakin. Katanya, dia takkan membiarkan 13 tahun menjadi lebih lama.
Dan selepas 13 tahun mencari cinta, di sinilah kami ditemukan semula. Dalam ikatan sebagai suami isteri yang sah, Alhamdulillah.

Cerita Versi Kami
Selepas berkahwin, saya menunjukkan kepadanya sebuah diari lama. Tahun 1997. Sebenarnya bukanlah sebuah diari. Itu buku yang saya kumpul biodata kawan-kawan. Tapi bila sudah tidak digunakan, saya jadikannya untuk mencoret aktiviti harian pula di mukasurat yang masih kosong. Sebenarnya saya pun baru terjumpa semula diari lama ini. Dan saya kongsikan kandungannya dengan suami. Diari itu penuh dengan catatan harian saya bermula daripada 20 November 1997 sehinggalah penghujung Disember 1997. Kisah bagaimana saya takut kehilangan seorang kawan bernama ATMK. Kisah bagaimana saya tercari-cari di mana ATMK.
Dan sejujurnya, selepas tamat SPM, saya ada menulis sebuah buku catatan baru. Dalam buku itu saya ada menyenaraikan 10 wishlists saya untuk masa depan. Tertera dengan jelas di situ, hajat saya yang ke-10 dalam senarai ialah INGIN MENCARI ATMK SEMULA.
Selepas saya bacakan padanya beberapa keratan daripada catatan-catatan yang ada, tiba-tiba muncullah satu kata-kata yang paling tak tahan untuk dibaca, yang telah saya tulis ketika berusia 12 tahun. Tabah adalah akhlak yang mulia.
Selepas membaca coretan-coretan itu, dia berkata: Ada hikmah Allah temukan kita semula selepas terpisah 13 tahun. Sebab bila kita berjumpa semula, kita sudah bersedia untuk bernikah, bukan setakat berkawan saja. Siapa sangka, Abang akan berkahwin dengan kawan baik Abang sendiri.
Ya. Saya juga tidak menyangka 13 tahun saya mencari cinta saya, rupanya dia ialah kawan baik saya sendiri yang terpisah lamanya.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini!
  • Nota #1 : Jangan couple sebelum kahwin. Tak best. :)
  • Nota #2 : Dapatkan restu ibu bapa. Insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ingat, yang paling utama ialah mengutamakan Allah dalam segala yang kita rancang. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.
  • Nota #3 : Bersama kita doakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga!

- Artikel iluvislam.comhttp://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3772-13-tahun-mencari-cinta.html

Biodata Penulis

Dr. Sarah Shukor  merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis. Beliau menulis di sarahshukor.com.

tak faham vs gelak guling-guling

haha
yeah
post saja-saja
sebab gembira
tapi xtaw kenaapa
ohoho..
gelak lagi
haha

ok cukup.bye!

Saturday, October 8, 2011

FIDA?KENAPA FIDA?TELL ME!!!

agak ye...petang-petang sabtu ni rasa nak menulis sesuatu di sini...
ok sebenarnya lebih kepada sebuah refleksi untuk diri sendiri
semalam dapat satu mesej daripada kakak n sesuatu yang buat saya rasa terkejut.
Fida sape yang x kenal
saya minat dia sejak dari start contest pencarian bintang pantene dulu lagi
seriously first sebab dia pakai tudung kalau x silap ada 2 org yg pakai tdung time tu tp sy suka die sebab die mcam ayu2 gituh...then sebab muka n sore die mcam siti nurhaliza...ok sy fanatik gak dulu ngan siti tp sejak akhir2 nih kurang skit sebab penampilan die..ok ni pasal fida pon dah rasa seriau je lepas tgok galaksi td.
mula2 skali masa dengar fida dengan mamat..rasa mcam wah...x sangka..then tba2 putus sebab kontroversi gmbar x pakai tudung mamat upload...skarang salah siapa bukan tu yang saya nak komen...
yang saya nak fokus kat sini beberapa persoalan..kenapa penampilan fida sekarang dah berubah sangat2??
dulu pakai tudung sgat somel
comel kan fida?
credit pic to google

credit to (ade watermark kat gmbar tuh..)
n sekarang......hurm xleyh upload sini sebab style tudung dia dah lain sgat2..tapi x sure la kalau itu masih dikategorikan sebagai tudung....

huurmmm..
sori pada yang terasa
tapi kenapa fida?why? tell me why??????
tengok fida menangis kat galaksi memang kesian tapi
ah..why fida????still nak taw kenapa fesyen tuh da lainnnnn sangat?????

okay tutup kisah fida..
sekarang refleksi remaja sekarang
saya remaja (Remaja kot....hehe) so ini untuk peringatan sendiri jugak
apa relevannya seorang anak gadis yang ayu bertudung tapi bila check kat henfon boyfren ada gmbar2 "soooooo cute...dengan rambut yang menggerbang.....short pants....one string  and whatsoever..."
siapa kekasih anda utuk melihat aset2 tersebut? dah akad nikah ke?
okay ni sebenarnya satu pengajaran
ingatan buat diri sendiri juga kepada sesiapa yang baca..
kepada lelaki...simpan kisah peribadi anda...jangan bukak aib seorang wanita yang anda sayang atau pernah sayang..
kepada wanita.....simpanlah segala-galanya buat kekasih yang diutus Allah selepas satu lafaz yang akad yang agung...
akhir kata...ssori fida....saya sangat minat dengan u so bila ada kontroversi macam ni..still saya nak taw...kenapa???????pleaseee tell me..boleh tak sy nak fida yang dulu??sebab saya suka fida "Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene"

pst:// gaya tulis nih bajet macam fida bacer la?perasan tol..





fieqa: mungkin diri ini pernah tersasar..tapi percayalah betapa sesalan itu tidak pernah terpadam..ya Allah..ampunkan segala khilafku dalam mencatur kehidupan..amin..



Friday, October 7, 2011

kenapa takut dengan dugaan?

assalamu'alaikum  w.b.t
semua orang sering diuji
ujian yang macam mana itu terpulang pada ALLAH...
ada yang diuji dengan sakit sama ada yg sedikit atau yg kronik..
ada yang diuji dengan kegagalan dalam usaha
ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan pelbagai lagi

ramai orang memandang dugaan hidup sebagai satu hikmah
tapi x kurang juga ramai yang menyalahkan takdir dan mengatakan Allah tidak adil dengan mereka
persoalan sekarang SIAPA KITA UNTUK MEMPERSOALKAN KEADILAN ALLAH?

"sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH"

percayalah
walau sebesar manapun ujian ALLAH
itu sebenarnya salah satu cara untuk kita tahu ALLAH SAYANG KITA
kenapa?
cuba fikir sejenak..

semasa kita dalam kesenangan contohnya
dengan kewangan yang kukuh, berapa ramai manusia yg menggunakan kelebihan itu ke jalan ALLAH berbanding mereka yang menaburkan not-not hijau dan merah di atas bumi fana'?
lihat...hanya dengan nikmat kesenangan kita jauh dari ALLAH..
tapi andai satu hari datang bencana seperti kecurian..pasti kita akan terduduk..menangis dan merintih..Ya Allah...lihat.kita mengingati Nya saat ditimpa kesusahan..betapa halus cara ALLAH mengembalikan kita kepadaNya..

semasa asyik dengan percintaan pula
berapa lama waktu yang kita guna untuk duduk di tikar sejadah?
kadangkala belum sempat mencapai al-Quran sudah ada panggilan yang perlu dijawab dari si dia..
akibatnya? terlupa yang sebentar tadi kita baru sahaja mengagungkan dan mengungkapkan kata cinta pada Yang Esa...lihat betapa jauh diri kita dari Allah bila dilamun cinta manusia..
sesekali diuji dengan kegagalan dalam percintaa barulah berfikir sejenak...Ya Allah...betapa rupanya cintaMu lebih indah dari pendustaan cinta dunia..
lihat...Allah putuskan cinta yang seketika untuk Allah ganti dengan cinta hakiki...

semasa dinobatkan sebagai pelajar cemerlang
timbul perasaan bangga dalam diri sedangkan tidak meminta pun ALLAH bagi kejayaan
padahal kita tidak sedar Allah sedang menguji kita dengan kejayaan itu..
berapa ramai daripada kita yang dahinya mencecah ke bumi mengucapkan syukur atas nikmat kejayaan setiap kali keputusan diumumkan..kebanyakan yang kita lihat melompat kegirangan.berpelukan dan menitiskan air mata..berapa ramai juga dalam kalangan kita yang akan mengucapkan kalimah ALHAMDULILLAH setiap kali berjaya menyelesaikan satu permasalahan matematik contohnya?yang ada hanyalah "yes! aku dapat"
sesekali ALLAH uji dengan kegagalan..sasaran yang dituju tidak kesampaian
harapan yang digenggam menjadi abu yang bertebaran
ketika ini baru kita sedar..
"Ya ALLAH..aku tidak pernah bersyukur dengan nikmatMu"
dan selepas itu barulah solat hajat menjadi senaman malam..
doa menjadi alunan riang
memohon simpati ALLAH mengembalikan apa yang hilang..
lihat betapa ALLAH sayang kita dengan tidak terus membiarkan kita alpa dengan nikmat yang sebentar..

coretan ini buat diri sendiri
andai mahu dijadikan iktibar genggamlah
andai mahu dipandang sepi fikir-fikirlah..
akhirul kalam
Jangan bertanya kenapa takdirku sebegini...tapi percayalah ada sesuatu yang ALLAH nak beri...

sekian...wsalam..

Sunday, October 2, 2011

1) assalamu'alaikum w.b.t

2) beberapa minggu lepas sangat sibuk dgan asgment n latihan nazam

3) minggu lepas 3 hari berkampung Darul Puteri Cheras n Perpustakaan Negara untuk Pertandingan Nazam Peringkat Kebangsaan 2011.ALHAMDULILLAH..walaupun x menang tapi pengalaman paling berharga pernah dilalui...semangat berpasukan sgat dirasai.ukhuwah yg erat sangat (xtaw da nak sangat pe lg) hehe...

4) balik dari nazam sangat stress dengan kerja yg secara tiba2..bayangkan relaks sgat2 belum buat satu pe pon asgment pjm 3110 tbe2 mr R kate nak hari khamis.awal sehari..uwaaa!! 6 minggu punya kerja n sy berjaya siapkan dalam hanya satu malam..then  da hntar pjm 3110 tbe2 dapat msej dr runner edu untuk hntar folder esoknya b4 7.30 pg...tp x gelabah sangat la sebab folder tuh memang dah siap 80 percent cuma tgal update refleksi je...

5) makro teaching sangat best dengan ahli kumpulan yg sangat sempoi..semua mengalahkan budak-budak...sy adalah org second last yg buat makro teaching last day la kiranya..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.

6) rabu kene serang gastrik yg sgat teruk..sakit perut n muntah2...mulanya ingat just sakit perut biasa tp bila berlanjutan smpai jumaat, ambik keputusan pergi klinik..so pergi klinik medisinar..ini dokter bg....
agak lega sket tp still selera makan masih kurang n kalau makan pun mcam xleh diterima perut...so paling digemari sekarang adalah nesvita..

7) hari ni pergi 1Borneo ada pc fair.kitorg pergi 9 orang (saya, na, mamal, fizah,fatin,mami, ipin, haziq n haidin) tgok apa sy beli..hehe....mulanya nak beli external hard disk..rupanya kne beli trusport antivirus bru dapat HD dgan harga promosi rm 99..so terus cancelkan...decide nak beli ramb je..skali xda jual kat pc fair..at last ini je yang saya beli...cooler pad, hello kitty card reader, screen cleaning kit (lepas ni xda la Haziq lap skrin laptop sy pkai jari dier..huhu) n 4gb elixer flash drive..
8) lpas magrib terus g cp tgok Fright Night...seriously.ini first time sy tgok cter vampire...sgat penat jerit n peluk beg..haha...x sangka plak cter nih cter vampire..tp sgat best okay..jalan cter die x bosan...then sambung main bowling....guess what..sy dapat score 75 kire dalam team sy no.3.hehe...balik makan mcD tp mcam biasa x habis sebab perut xleh terima..balik dalam kul 12 gak..nasib ibu yg jaga malam ni..so dapat masuk dgan selamat...

9) skarg...masa untuk jab we met...cter hindustan..ok.. smpai di sini dulu..salam untuk korang semua..selamat malam..tdur lena ok..<3

Tuesday, September 27, 2011

Tidakku pinta andai Kau tak mengizinkannya..

ya Allah..andai itu jalannya aku terima
andai itu pilihanMu yang terbaik buatku aku bersyukur
andai itu bukan selayaknya untukku aku reda

ya Allah tidakku pinta yang sempurna
cukup andai aku mampu ke syurgaMu
mampu melihat wajahMu
bersama ketentuanMu itu


....................

Thursday, September 22, 2011

Padan!

padan muka...sapa suh nanes??kan da bengkak mata..
padan muka sape suh teriak???kan da sakit kepala..
padan muka sapa suh dok ingat2???kan da tacing2...
padan muka sape suh bukak balik surat???kan dah terasa..
*monolog*

*realiti*
sabar ya fieqa...
to kawan2..sori...sy xda jwapan soalan ''kenapa'' itu
biarkan sy sendiri..sy nk belajar berdikari.
ok..gud nite peps!

Wednesday, September 21, 2011

kopi itu pahit

lama rasanya tak mencoretkan sesuatu..
hampir sebulan jiwa ini kudidik supaya tenang
hati ini kuisi dengan hilai tawa bersama ramai orang
mutiara jernih ini sering kutahan daripada tumpah
kerana itu hanya akan menandakan aku tak reda dengan takdirNya
titisan yang cuba jatuh lantas kuseka dengan jenaka teman2

hari ini
ya hari ini
aku sedar sesuatu...bahawa aku belum mampu
dan aku tahu..aku bukan kuat seperti yang aku canangkan...
ya Allah..kenapa debarku semakin kencang?
ya Allah..perasaan apa yang Kau hadirkan?

kopi itu pahit
tapi nikmatnya terasa bila diadun dengan gula
selepas ditelan berhari-hari atau berbulan-bulan mungkin bertahun-tahun
yang ada dalam ingatan
bukan kopi yang pahit
tapi manisnya secangkir kopi yang dihirup itu...

mainan perasaan
apakah kopi itu kenangan semalam?
atau aku perlu didik lagi minda ini
untuk terus menghukum kopi yang pahit dan melupakan gula?

ya Allah..lajunya degupan ini..
aku masih tak temu jawapan...


Saturday, September 10, 2011

Innallaha ma'ana...

sejak akhir-akhir ni hidup agak sukar
walaupun penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan bersama teman-teman
tapi tetap segala-galanya seolah2 satu beban yang berat
ada yang bertanya
bagaimana saya boleh begitu kuat menghadapi semua ini
senyuman.itu jawapan yang mudah...
profesional..itu jawapan menyerah...
percaya Allah bersama orang yang sabar..itu jawapan sebenar.

sejak akhir-akhir ni
mudah sangat untuk sang penyakit singgah
tersenyum2 menumpang di tubuh kecil molekku(hehe)
mungkin sebab semuanya dalam fikiran
tugasan yang sangat banyak menyebabkan tidur malam hanya 3 jam kadangkala 2 jam
tilam yang empuk cuma penuh dengan serakan kertas
lena hanya beralaskan tikar ungu berselimutkan cahaya kalimantang
semalam
sepatutnya jam 3 ada urusan di jabatan pendidikan jasmani
jam 4 ada latihan nazam di dewan
semuanya tidak dapat dihadiri
mungkin penangan panadol-panadol yang kutelan akibat sakit yang sangat menyengat
di perpustakaan pagi khamis
hampir 5 minit terkaku didepan kaunter
sampai ada sahabat bertanya mengapa
jawapan ringkas seperti biasa
sakit...seperti menyengat dan bisa..
jika dulu insan ini cukup susah menelan ubat
dan jika dulu insan ini cukup mengelak bila diberi ubat
tapi kini seolah ubat menjadi bekalan yang tak boleh putus
tidak juga makanan ruji tapi terpaksa
kerana kalau terus dilayan pasti tiada satu pun tugasan yang selesai

ujian..
ya saya yakin ini ujian yang sedikit
jika dibanding kesakitan, keperitan dan kepayahan saudara2 di negara2 bergolak sana
(ya Allah selamatkan semua saudaraku di sana..amin)
innallaha ma'assobirin
Allah sentiasa ada bersama org yang sabar..
ayat yang saya sangat suka
dan saya yakin rahmat Allah itu ada
kalau tidak masakan rezeki sejak akhir-akhir ini mencurah-curah

ya.setiap perancangan Allah adalah benar
dan setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya
selagi ada daya diri ini menahan akan terus bertahan

kata professor dr izzie hj ali
setiap orang muslim itu tidak boleh meminta mati kerana kesukaran yang dilalui dalam hidup
sebaliknya berdoalah " Ya Allah, panjangkan umurku andai kehidupan ini adalah yang terbaik menungguku. sebaliknya cabutlah nyawaku andai mati adalah kesudahan yang baik buatku''
insya'Allah...saya belum lagi terfikir untuk meminta kematian
sebaliknya perjuangan fi sabilillah masih panjang

akhir kata
doakan perjalanan hidup insan kerdil ini

salam ukhuwah fillahi abadan abada..~
fieqa~

Friday, September 9, 2011

Saat Diri Tersungkur episod 4

liku-liku hidup yang panjang
masih mengejar
bayang-bayang yang datang
asyik menjengah
biar dari kejauhan
tapi tetap memandang

bukan mengeluh dengan ujian
tapi terkesan dengan dugaan
asyik dengan kesakitan
penuh dengan kedukaan

biar duka disembunyi
biar wajah tetap berseri
asal dipandang tidak sepi
menunjuk yg bukan realiti

hampa itu ada
muram itu terasa
perit dengan ketawa
kosong dengan hilaian
merintih dalam segan

ini bukan retorik cinta
bukan puisi pujangga
tidak juga kisah ceritera
apa lagi kiasan bermadah


akal
dicipta untuk berfikir
yg hak beza dengan yang batil
hati
dicipta untuk merasa
bukan untuk merintih
keluh kesah

ya
buang yang duka
ambil yang suka
andai tersungkur lagi
bangun
lihat awan
agar tenang kembali
sujud
pada ilahi
agar terus dikasihi

sekian
titipan bawah angin malam..


Thursday, September 8, 2011

PERHATIAN

PERHATIAN
SAYA SANGAT SIBUK SEKARANG
DAH SEMINGGU TIDUR ATAS LANTAI DEPAN LAPTOP SELAMA 2 JAM SAHAJA


TOLONG2!!

SAPA NAK TOLONG???
TOLONG!!!!!!!

Wednesday, September 7, 2011

semangat

yeah

diorama untuk sdp

tajuk piktograf

pastikan yg terbaik!

video penerbitan lagi

stability

ajar sains

pastikan mantap

biarla orang kata apa

yang penting kita x menunjuk sangat

jujur saya belum siap

so what? susah sangat ke nak tukar 1 perkataan

10 minit kepada 15 minit??

susah??????

dah kira bagus dapat extend tarikh

xpayah asik fikir diri sendiri je la..

yes...marahnye.....marah..marah...marah

okay kalau terasa BAGUS..

salam.

aduh

aduh

aduh

aduh

pe tu???


itu namanya keluhan

kenapa?

sebab penat.

penat?

ya!!!sebab berfikir

fikir apa?

fikir macam mana nak buat rph yang mantap ni!!!!!

buat jela..

hey...boleh gila sebulan berfikir ni

fikir?

ya!!! fikir mcam mana nak gabung seni + muzik + pergerakan untuk ajar matematik

ohh..

macam tu pon orang masih lagi tak puas hati dengan cikgu

sikit2 kata cikgu xda keje

jadi berfikir ni senang ke??????


uwaaaaa napa emo?????????????

Tuesday, September 6, 2011

Kosong

bicara malam ini
mungkin omongan kosong
tapi tetap mahu mencoret sesuatu

mungkin juga lukisan minda
yang kering tanpa rencana
tapi tetap mahu mengatur aksara

bicara malam ini
mungkin untuk sendiri
yang masih ragu
tapi tetap dengan keputusan itu

bicara malam ini
mungkin mahu memberitahu sesuatu
yang tadi singgah di kotak akal
tapi tetap resah menjengah

bicara malam ini
mungkin tidak seperti malam kelmarin
yang penuh dengan iltizam
tapi tetap merangkak jauh dari sasaran

bicara malam ini
sebenarnyaa bicara kosong
yang langsung tidak boleh diterima akal
tapi boleh ditafsir jiwa

baca-tafsir-fiikir...

Monday, September 5, 2011

Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul



teman sewaktu cuti..

tika dan saat hati gundah gelisah

karya Fatimah Syarha Mohd Noordin..

Penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya,
Penghormatan buat isteri yang memuliakan suaminya..



kejap rasa terhibur..
kejap rasa tersindir..
tapi semuanya tetap bermakna dan penuh dengan jalan dan cara..

indahnya kisah mereka..


khazinatul asrar..

ALLAHUMMA HABBIB 'ABDAKA HAZA ILA 'IBADIKAL MUKMINUN

Ya Allah..jadikanlah hambaMu ini menyintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku.
(Riwayat Muslim)
jujurnya belum lagi habis kisah mereka kubaca
tapi manisnya cinta yang dipupuk membuat diri ini tidak sabar-sabar untuk menulis.

bagaimana halusnya lamaran cara Islam..

bagaimana indahnya pertunangan berlunaskan syariat..

bagaimana agungnya pernikahan berlandaskan iman....



ya...ini bukan sekadar coretan..
tapi juga perkongsian..
baca untuk merasai apa yg saya rasakan...



pst//: thanks to haziq sebab bagi pinjam buku ni..
nanti dah habis baca bru ana pulang ye tuan..:p
credit pic to halaqah.net.
xdapat upload gambar sebab memory card problem..
mungkin juga die pon nak hapuskan memori yg ada..(ayat mengada)

Sunday, August 28, 2011

RIANG RIA RAYA RAYA RAYA!!!!

Hye..
untuk raya kali nih sangat kelam kabut

sebab baru habis pbs

balik sekolah dah penat..tido

baru dapat buat 3 jenis kuih : biskut cornflakes kurma + biskut milo + biskut sarang semut...

tp paling puas hati 1st time try buat biskut sarang semut...lol

sangat sedap ok!!!

*BANGGA*

oh x baik riak bulan puasa...

papepon harap-harap sempat.
esok nak buat 3 adunan tart nenas...

sakit gak tu...tapi terpaksa gak

ade banyak tempahan

kakak 1st : aku nak 1 telap tart nenas k..
kakak 2nd: aku order 50biji tart nenas k..
anak buah: acik kene gak buat tart nenas taun ni..kina nak..
saya: behhhhhhhhhh..

baju raya
ada 2 pasang je stakat ni..
jeles dengan kak fiza ada banyak baju raya..
tapi baru sepasang siap sebab mak yang jait
yg sepasang lagi tuh silap-silap raya pertama baru dapat sebab hantar kat org..
erm sok pagi-pagi nak g ketuk umah aunty jait baju batik plak
sebab die x raya so mesti sie leyh jait baju kan????
harap2 la..

rumah
banyak belum kemas..taun ni memang sakit sebab abang kat perak x balik raya
so sayaa, mak n abang lagi sorang je yang akan berkemas..
rasanya isnin baru saya beroperasi
cuci tingkap + cuci kipas +mop lantai + pasang langsir +tukar sarung sofa + bersihkan dapur + anjung yang baru siap..
oh boleh ke ni??
ada sapa2 nak bantu x???

henfon
ok buat pengumuman sikit
beli henfon baru beb samsung lagi tuh..
tapi jenama coconut..haha
rm 95 je pon...alhamdulillah..rezeki raya..
memandangkan hidup dah berubah kembali ke zaman **lo
henfon yg ada kamera adalah maxis sebab family pakai maxis
celcom hanya untuk kawan-kawan
so kalau korang nak hantar gambar hantar kat no. maxis eh..

bisnes (asal banyk tol mengomel nih?)
alhamdulillah..
bisnes sangat menggalakkan
cuma beberapa pasang broch yang x dilaku
lady bird..haha nasib x beli banyak2 pengaruh fizah din...
papepon still ada keuntungan

duit raya
saya dikenali sebagai budak sekolah lg kan?so x bagi duit raya la..
hehe
tapi nak gak bagi..so masuk sampul siap2 n pass kat mak n abah...
so diorg yang bagi la...kurang sikit kos diorang sebab duit raya dah setel..
tu je kot cara nak hulur kat diorg sebab kalau bagi cash kompem2 diorg xnak..
ok.sok nak pg amek wet dah tukar da pada abg ipar...

ok..mak dah ketuk pintu suruh sahur alang-alang belum tido..dah kul 5 ni..
eh eh bukan lom tido...tadi dah terlelap lama dah
pastu bangun solat isyak + terawikh sendiri2 je...
skarg belum nak tido.

rasanya tu jela update kali ni...
wsalam...




**pst:// puasa masih cukup..



harap2 terus cukup..

Wednesday, August 24, 2011

UBI BAKAR PERASA ULAR

salam.
lama betul rasanya x menulis dalam blog kesayangan nih..
sangat sibuk dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Kerja2 Kursus yang sangat banyak.

ok ni kisah semalam.
saya balik dari sekolah dalam pukul 1.40 petang.
masa turun dari motor (merempit ye pegi sekolah)
saya bawak la barang-barang yang penuh kat tangan ni nak masuk dalam rumah
tengah-tengah syok nak masuk sambil layan syakira yang sibuk bertanya itu ini di tingkap, tiba- tiba secara spontan saya terjerit besar

"ULAR!!! ULAR HITAM!!!!''

Ya Allah..nasib saya nampak ular tu bergerak..betul2 hampir saya terpijak
lepas tu abah n abang saya pon terus la cari ular tu
bila dah jumpa diorang pon bunuh ular hitam tu...

Mak: Besar ke?
Saya: Besar!!! gemuk ular tu...(dalam bayangan ular lidi sepatutnya mcam wayar charger handphone)

3 minit lepas tu..

Abah: dah jumpa dah ularnya..manada besar...kecik je....
Mak: mane besarnye ular ni??kecik je..
saya: Gemuk dari biasa la ular tuh...

so sebenarnya saya tak tau pon ular biasanya saiz dia macam mana..

ok itu cerita siang

petang pulak

saya teringin nak makan ubi rebus...tengah-tengah nak kupas ubi tu tiba-tiba abah cakap yang abah dah rebus keladi...so mak kata esok jelah kita rebus ubi ni...saya pon ok jelah...
then abah suruh ambik daun kunyit kat luar
saya pon pegi la ambik dan tiba-tiba ternampaklah ada bara api kat depan rumah
saya pon terus teringatkan ubi
so cepat-cepat ambik ubi n masukkan dalam bara api

1 jam selepas tu..

saya pegi nak kutip semula ubi-ubi yang saya campak dalam bara api tadi
syok punya tarik-tarik tiba-tiba saya ternampak satu benda panjang yang dah kering
dan saya pasti itu ular yang dibunuh siang tadi

maam biasa jerit la lagi

''arghh ada ular dekat ubi!!!!"

haha semua orang gelak sebab saya buang semua ubi-ubi tadi
masa berbuka saya tanya abang

"ko ke yang campak ular dalam bara tadi?"

die pon dengan selamba

"aah"

lepas saya beritahu dalam tu ada ubi bakar die cakap
"mana la tau dalam tu ada ubi....dah ular tu kat tengah jalan.nanti busuk susah..."

haihh...

nasib baik lah saya nampak ular tu

kalau tak makanla ubi bakar berasa ular....

ish3....

itu je kisahnya...
dah la saya benci ular

sekali dalam satu hari 2 kejadian melibatkan benda tuh jadi berturutan...


ok sekian..




Saturday, August 20, 2011

I'M HOME!

Yeah...
alhamdulillah..selamat smpai di rumah...
jap lg nak bukak pose..(lmbat agy la.)

menu: ketupat + kari ayam +pegaga +cempedak goreng


hehe


nyum2


**single doesn't mean alone..
i've my beloved family!

Wednesday, August 17, 2011

stanza cinta

:: mengharap pada manusia memang akan kecewa...tapi bila mengharap pada ALLAH..pasti kita xakan kecewa ::
-taufik@fizz fairuz-

Tuesday, August 16, 2011

La Tahzan (^_^)



alhamdulillah..menghampiri surah yunus..

ramadan kali ini agak sibuk dengan hal dunia

kerja kursus, fail, program dan macam2...

macam susah nak capai target khatam bulan ni..

alhamdulillah

setiap hari ada saja rezeki bulan mulia ini..

setiap hari ada jemputan berbuka puasa di surau..

syukur ya Allah....


tadi apabila sampai satu ayat semasa d surau...

tersenyum seketika...



ya ALLAH betapa Allah mendengar rintihanku....
ALLAH hadiahkan ayat ini saat diri merintih setiap saat..
dan ini pasti jawapan ALLAH...


syukur ya ALLAH







Semoga diri terus kuat menghadapi segala cabaran yang mendatang

tugasan yang banyak agak menekan

ya ALLAH..aku hidup hanya keranaMU..


pst:// sabtu ni balik kampung!!

Terima Kasih

untuk kali ketiga

dan kali terakhir

ayat itu

perkataan itu

lafaz itu

Terima Kasih

selamanya...

Monday, August 15, 2011

saat diri tersungkur episod 3

tadi terjumpa satu ayat

::jangan bahagia atas air mata orang lain::

terasa?

ya

walaupun rasa diri ini benar pada waktu itu

tetap

namanya bahagia atas air mata orang lain

kini

bahagia itu

cuma seketika

ALLAH Maha Adil

ALLAH tarik bahagia itu

mungkin

kerana

ALLAH nak

hamba hina ini

bahagia di sampingNya...

Quotes

::I consider myself a crayon, I may not be your favorite colors.. but someday, you'll need me to complete your picture::

::A guy asked to a muslim guy : "Why do your females cover up their body and hair?"
The muslim guy smiled and took out 2 sweets,he opened one and kept the other one wrapped. He threw them both on the dusty floor.
He asked again : "If I ask u to take one of these sweets,which one will u choose?"
He answer "The covered and wrapped one"
The muslim guy said "That is how we see and respect our women" :)::
**copied from fb status

Saturday, August 13, 2011

patient is the best medicine

alhamdulillah
saya semakin sihat sekarang
batuk dah berkurangan
sakit dada bila batuk dah kurang terasa
dan saya bersyukur sgat2 sebab mampu menghadapi ujian ini
sakit mcam mana pon
Alhamdulillah
setakat ni sy x mengeluh dengan mengatakan benci dengan sakit ini
sebab saya tau sakit itu nikmat
nikmat yang Allah beri untuk orang2 yang disayang
bua apa tidak sakit kalau cuma istidraj(maaf kalau salah eja)
sakit buat kita lebih ingat ALLAH..
dan yang paling penting sakit itu menghapuskan dosa kecil
amin..

ok sekarang part nak kongsi segala macam benda yang saya cuba untuk dapat balik suara saya b4 next week
sebb next week kene ke sekolah n kene mengajar
so suara amat penting

1) Satu sudu kicap + limau nipis/limau purut/limau kasturi..xkisah mana2 asal bukan limau mandarin or sunkist..
petua orang dulu2...memang kakak saya selalu amalkan bila batuk mula menyerang..n sekejap je Alhamdulillah baik...



2) lepas percubaan tu tak baik gak..saya makan ini....ada someone bagi..thanks to him..Diazon ni bagus..kecik n x mengantuk....
3) dalam masa yang sama saya try jugak petua ni..madu+air suam n minum...lepas minum malam tu xleh tidur sebb kepanasan..haha

4) Diazon dah habis tapi batuk belum baaik..saya pergi farmasi n mintak ubat batuk paling kuat dr org tu..n die bg ni
dan ini


ALHAMDULILLAH...usaha n doa ALLAH hampir makbulkan...harap2 sihat sampai bila2..doakan saya sihat k...
ok
nite semua
salam

hari ni

salam semua.
update ringkas
td g bandar
tujuan: cari barang2 prepare nak baik kampung.
mcam biasa
5 peket kuih cincin (semue org kirim)
4 peket kuih lidah (untuk my beloved mom)
1 peket amplang sotong (untuk my niece and nephew)
barang2 kristal tosah ckap la
memang dah dari minggu lepas lg kumpul brang2 nih

perjalanan hari ni sgat mencabar
dari hostel terus ke api2 cenre
uni pegi masuk wet kat asb
sy niat nak g medisinar tp x jadi sebab x suke jumpa dokter
then pg area sinsuran
pastu sambung pegi pasar filipin
beli gelang akmal, keychain n hadiah untuk guru besar..
dah dekat2 kul 6 beli kuih2 yg tersenarai di atas tu
then pg cp
solat dulu, berbuka dgan air mineral then g makan

lepas makan g pasar malam cari butang baju melayu
tambah produk bisness
pastuh tgah tunggu2 biah g cari gelang2
nampak seorang yg sgat dikenali..
puan rahmah. lecturer edu kami..
thanks sangat2 kat puan sebab sudi hantar kami balik..
walaupun bersempit..alhamdulillah kami sampai hostel dengan selamat..

pengalaman x bleh lupa
puan tertinggal kat depan bank
memang sweet moment..
papepon kami sgat2 berterima kasih pada puan..

love u puan! hehe

Tuesday, August 9, 2011

Diuji dengan yang ini..

ujian Ramadhan..

sakit

batuk

perit

xpa

itu tanda

Allah sayang

bg peluang

rasa sakit

bulan mulia

sabar

insyaAllah

berkat

dunia akhirat

hapus dosa kecil

amin...

Saturday, August 6, 2011

saat diri tersungkur episod 2

bukan lagi jatuh

bukan cuma terduduk

tapi diri dah tersungkur

di satu sudut yang samar2 cahaya neon

mampukah diri ini bangkit

tatkala yang menimpa semakin menghimpit

yang mengekor semakin menyempit

ini akibat leka

lalai dengan nikmat yg ada

sekali berada di langit

jatuh memang sakit

ya

bukan lagi jatuh sebenarnya tapi tersungkur

ini pengajaran buat kita

alpa lalai leka

buang

jangan lagi dikenang

kemanisan semalam

lihat

hari ini menangis sendiri

menelan kepahitan yg nyata..

bangkit

lupakan langit

pandang semula bumi

jangan mendongak

tersadung

tersungkur

sakit!

Friday, August 5, 2011

SUNGKAI

Apa itu sungkai?

sungkai tuh berbuka di sabah

unik kan?

ok..lepas ni...

nak buka posa

bleh cakap

"mari sungkai dulu kita"

atau

"selamat bersungkai''

ok tu jer..

pst:// hari ni hepi sebab jumpa my kembar siput 2 ummu..
luv u..n miss u bebeyh..

Wednesday, August 3, 2011

saat diri tersungkur



titipan pagiku

sahur

mandi

solat subuh

doaku hari ini

"ya Allah, buanglah perilaku ini...
jauhkan aku dari sering makan hati...
hentikan aku dari perasaan pentingkan diri...
aku tidak mahu rajukku menghalang jalanku..
aku lelah dengan sifat mahmudah ini..
selamatkan aku Ya Allah...
amin ya Rabbal 'alamin"

dipenjara atau memenjara?

malas mahu bermadah lagi

penat mahu mengarang puisi

culas mahu berkata puitis

tapi terkenang nasib akal sendiri

yang asik terbatas dari bekerja waras

mungkin dipenjara hati

atau diri sendiri memenjara naluri

susah memikirkan yang relevan

senang menidakkan kebenaran

bila disebut amarah

nafsuku juara

sehingga akal jadi mangsa

bila diungkap sabar

nafsuku memberontak

akalku terdiam

apa sebenarnya maksud penjara?

atau diri ini yang tidak mengerti erti bebas

sampai tega membentuk pagar berjenama

untuk memenjara naluri sendiri

sehingga akal x lagi lancar berfungsi

asalnya tidak mahu bermadah

tapi akhirnya terlanjur mengatur aksara

dah bicara dalam hati

masih lagi terkenang nasib diri

yang dipenjara oleh penjara buatan sendiri...

Tuesday, August 2, 2011

memang

memang hatiku diduga

memang diri sendiri tak sedia

memang sukar untuk terima

memang sakit bila berharap

memang susah nak jelaskan

memang sendiri tak faham

memang masih bertahan

memang bukan alasan

memang perlu fikirkan

memang mintakan masa tambahan

memang...

masih

masih belum temu jawapan

masih belum mata mahu dilelapkan

masih berperang dengan tentera perasaan

masih terngiang-ngiang

masih terbayng- bayang

masih belum ada tenang

masih lagi sepi bertandang

masih gembira belum pulang

masih soalan tanpa jawapan

masih hilang belum ditemukan

masih berhenti degup nan panjang

masih tersesat dalam perjalanan

monolog sekeping hati

0301 AM..
masih belum tidur.
memikirkan sesuatu..
fikirkan erti bahagia..
kenangkan makna kata cinta..

apa ada pada hati sebenarnya?

kenapa sukar untuk terima perubahan?

tapi kenapa mesti berubah?

kenapa mesti ada ego dalam diri manusia?

kenapa mesti manusia mudah memarahi yang tersayang?

kenapa mesti ada salah sangka?

kenap perlu ada silap yang sekecil zarah di depan mata?

kenapa harus kasih sayang ditunjukkan sebelum adanya ikatan yang sah?

kenapa harus bermesra sebelum dihalalkan?

kenapa perlu ungkap kata cinta sedangkan hanya Yang Esa berhak atas cinta manusia?

kenapa perlu berdusta andai hati tidak mengiyakannya?

kenapa ada cemburu sedang ia tidak berlaku?

kenapa dituduh kejam sedang diri sering bimbang?

kenapa diburu bersalah sedang hati sering kejar ketenangan?


masih banyak kenapa yang masih disimpan..

monolog malam ini yang sebenarnya sudah pagi..

semuanya sepi

tanpa jawapan.

sendiri pon x pasti

bila agaknya akan mengerti

perasaan tolong jangan terus begini

tolong tetap di situ

tolong jgan berpisah lagi

dengan janji yang diikat mati

entah simpulan apa yang diguna

tapi jgan lagi berperasaan begini

bukan sendiri saja sakit

tapi semua akan sakit hati...

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLA YA RAMADHAN



alhamdulillah..
bertemu lagi dengan ramadhan..
semoga ramadhan kali ini dapat kupenuhi dengan amal yang lengkap..

tahun ini sambut 1 Ramadhan..
tapi cuma bersama kawan2..
tiada sahur dengan keluarga,..
tiada berbuka dengan keluarga..
syahdunya..
setiap 1 ramadhan kalau di johor biasanya cuti umum..
n time tu family selalu kumpul untuk sahur n berbuka sama2..
kat sini
cuma mengharap kegembiraan bersama teman2..
syahdunya terasa..




kepada keluarga di Johor..
Salam Ramadhan dr bumi Sabah..
insya'Allah..panjang umur kita berjumpa 2 minggu lagi..

kepada keluarga angkat di Kampung Kebagu, Menggatal..
selamat berpuasa....terima kasih atas layanan yang diberikan 3 hr di sana...

love
-fieqa-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...