Saturday, April 16, 2011

Hukum Memegang Anjing

Assalamu'alaikum..
sejak beberapa hari ni sy agak berminat denga isu ini..
ni sume sebab "JOHNY" anjing yg slalu berkeliaran dekat area kampus..
die gak dah jadikan asrama kami ni mcam habitat die plak..
tapi Johny ni baik sket.die x kejar org.
walau macam manapun..kami tetap taku dengan die
sebab apa?

1) gile la sape x takot anjing kan???kene gigit...xke berdengkur kat hospital seminggu?

2) takut tersentuh...dalam Islam anjing dan khinzir termasuk dalam kategori najis mughalazah..iaitu najis berat...cara mensucikan najis ni adalah dengan 7 bahagian air iaitu 6 bahagian air mutlak dan diselangi dengan 1 bahagian air bercampur tanah...tapi jangan confuse...bukan mandikan anjing tuh taw! ni cara mensucikan diri kalau tersentuh anjing tersebut..

3) busuk...maybe sebab anjing2 ni suke betol men2 kat tong sampah kot...

3 sebab cukup x?bnyak kot sebab tapi ni la yg utama...

erm next, sambil2 blogwalking ade gak saya terjumpe isu2 student, pekerja n org2 awam muslim yang bergambar sambil memegang anjing.. diorg duk peluk anjing tuh mcam diorang peluk teddy bear pon ade..n bawah2 komen ada yang kata x salah pegang anjing yang kering..yeke?still saya sangat confuse..
so pendapat saya better google cari info..

okay..
dah jumpe (klik kalau nak baca):

ini adalah artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

salah satu kenyataan dalam artikel ini:

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

dengan kenyataan ni...jangan plak korang sume lega plak n berangan nak pegang2 peluk2 anjing plak pasnih..memang x berdosa tapi saya still confuse tidak berdosa tetapi adakah tidak najis sekiranya kering?

so saya google lagi n terjumpa ini:

Fikrah Dr Salam: Hukum sentuh anjing dalam keadaan kering
Harian Metro, 14 Mac 2003

APAKAH sebab yang membolehkan kita (umat Islam) menyentuh anjing dan apakah hukumnya?Menurut ibu dan beberapa jiran, jika kita sentuh atau hampiri sehingga terkena bulu atau kulit anjing sewaktu kedua-duanya kering, tidak perlu bersihkan dengan tanah.

Sebaliknya, jika satu atau kedua-duanya dalam keadaan basah, barulah dibersihkan dengan tanah.

Rizuanna,

Kuala Lumpur


ANJING dianggap sebagai najis. Bagaimanapun, kita boleh menyentuhnya kerana ada keperluan atau ada sebab-sebab lain.

Apabila menyentuh anjing lebih-lebih dijilat atau terkena jilatan, kita perlu membasuhnya untuk menyucikan tangan atau sebagainya.

Menurut pandangan mazhab Shafie, sentuhan biasa ketika sama-sama kering tidak perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan tanah. Ini kerana menurut Sayyid Sabiq, walaupun anjing itu najis, bulunya tidaklah sabit sebagai najis (Sabiq, 2000: I:19).

Bagaimanapun, jika terkena jilatan anjing, hendaklah dibasuh tujuh kali termasuk dengan tanah untuk menyucikannya.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah (saw):

“Sucinya bejana kau yang dijilat anjing ialah membasuh tujuh kali dengan air, satu yang utamanya dengan tanah.” Terdapat bukti saintifik anjing mendatangkan penyakit.

ada lagi satu kekeliruan tentang hukum memelihara anjing di rumah.
kalau ikut artikel maklumbalas di atas...jawapannya ialah ini:

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

ok..kalau nak baca artikel penuh boleh klik link di atas tadi.yang first2 tuh..

tengah google2 lagi...sya terjumpa pulak soalan ini di sini:

Fatawa: Hukum bersentuhan dengan orang yang menyentuh anjing yang basah.
General Fatawa
Soalan :

Apa hukum orang bermazhab syafi'I bersentuh dengan orang yang bermazhab lain yang dilihat ianya menyentuh anjing basah. Adakah mesti disamak tangannya dan jikalau ia berwudhu adakah batal wudhunya atau tidak pada masa kedua-duanya sama-sama kering pada masa bersentuh.


Jawapan:

(1) Jika bersentuh pada lain dari tangan bekas menyentuh anjing atau pada tangannya yang telah kering pada masa bersentuh itu maka tidaklah mesti (wajib) disamak tangannya itu. Adapun bersentuh pada tangan yang masih basah lagi maka mestilah (wajib) disamak.
(2) Tidak batal wudhu dengan sebab bersentuh dengan orang yang menyentuh anjing itu walaupun pada masa basah kerana tidak termasuk didalam perkara-perkara yang membatalkan wudhu.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Penulis/Ulama : Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad
Tarikh Diisu : 1993
masih musykil?klik sini.

ok..

so kesimpulan di sini ikot pendapat saya la...

1) anjing tuh tetap makhluk Allah...x berdosa jika tersentuh dalam keadaan basah tetapi perlu disucikan dengan cara yang saya sebut di atas tadi....kerana termasuk dalam najis berat(mughalazah). seperti kita semua tahu najis terbahagi kepada 3 bahagian. muhaffafah (ringan) mutawassitah (sederhana) dan mughallazah (berat)..kalau nak tahu lebih lanjut pasal bahagian-bahagian najis boleh google..sebab kite fokus sini pasal anjing.

2) walaupun ada tertulis hukum memelihara anjing di rumah atas tujuan memelihara runah daripada pencuri dan sebagainya.saya rasa better x payah n xperlu la kite nak pelihara anjing ni kat rumah..lagi2 sekarang kan dah ada alarm...pintu dah kayu jati..lock la pagar dari atas sampai bawah..n macam2 lagi cara untuk jaga rumah kita daripada bahaya..insya'Allah malaikat pon sentiasa jaga rumah kita...bukan sebab apa...bayangkanlah tibe2 anjing tuh sawan..lari2 tbe2 termasuk dalam rumah..then air liur dia meleleh2 terkena dekat kawasan solat atau kawasan laluan solat..kan ke hangin satu badan nak gempur rumah tuh cuci dengan air tanah? silap2 kalau rumah 12 tingkat???bagus guna pili bomba terus sembur satu rumah..satu hal lg kene suh bomba tuh bancuh plak air tanah...haihh...

saya rasa tu jer kot..

kalau ada penambahan just let me knoe ok..
saya sangat mengalu-alukan informasi dan teguran daripada anda..
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam menulis entry ini.

sesungguhnya yng baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri....wallahu'alam..

NOTA: PENULISAN INI ADALAH PENDAPAT SAYA..SILA BETULKAN JIKA ADA SALAH SEBAB MUNGKIN ADA INFO YANG X BETUL...UNTUK LEBIH PASTI TANYA USTAZ ANDA..DAN JANGAN LUPA MAKLUMKAN PADA SAYA...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...