Saturday, March 17, 2012

7 Petala Cinta

"di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi ada 7 petala cinta"
7 petala Cinta

assalamu'alaikum w.b.t
semalam berpeluang pergi tonton cerita 7 petala cinta
kisah cinta islamik yang jarang sekali ditayangkan.
kisah penuh pengajaran tentang cinta manusia dengan manusia, cinta manusia dengan saudara dan paling penting cinta manusia kepada ALLAH. "tengok jangan sekadar tengok, pastikan ad sesuatu yang diperoleh" ni pesan ayah na(sahabat sy) untuk dia tapi saya ambil juga sebagai pedoman. banyak pengajaran dari cerita 7 petala cinta ni.

Ahmad Fakruddin Attar
 Ahmad Fakhruddin Attar=ariel zafrel..rupanya dia ni Sudin dalam cerita Aku tak Bodoh tu..yang penting janggut die comel...^_^

Saidatul Nafisah
Saidatul Nafisah=Shima Anuar. teringin nak berniqab. insyaAllah one day..amin


1) Allah itu maha Pengampun, kemaafan-Nya luas. sejahat manapun kesilapan manusia, selagi pintu taubat masih terbuka, selagi tu ada peluang untuk kita kembali. "mana ada pejenayah masuk dalam rumah Allah ni. yang masuk dalam rumah Allah adalah tetamu Allah" salah satu ayat dalam cerita ni. bagaimana halusnya Abi membawa dakwah menyelamatkan Attar dari dunia hitamnya.

2) Cinta kepada saudara kerana Allah. Bagaimana Hilma korbankan cinta untuk Attar kerana sayangkan Saida. bagaimana Attar sanggup dihina asal Nida tak kembali kepada hidup hitamnya dulu. Bagaimana sahabat-sahabat Attar merayu pada Abi untuk beri peluang kepada Attar. Bagaimana Nida berhadapan dengan Abi dan lain-lain untuk memberitahu kebenaran dan selamatkan Attar. Bagaimana Hamka serahkan cinta Saida kepada Attar dan banyak lagi.

3) Perancangan Allah adalah yang terbaik. Cinta Saida kepada Hamka tidak menjanjikan apa-apa selain ikatan cinta Saida kepada Attar selepas akad yang menjanjikan syurga. 

sebenarnya banyak lagi pengajaran yang saya dapat dari cerita 7 petala cinta ni. memang banyak. memang tersentuh. sinopsis saya tak nak letak sebab nanti korang x puas pulak nak tengok bila dah tau jalan ceritanya... 

Hilma dan Saida

7petala Mawar Merah..Hihi..Edited purple margin ni memng x kena tapi nk buat mcam mana dah saya minat purple n pink..so hentam la kan??hehe

sekian. Assalamu'alaikum cinta... ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...