assalamu'alaikum...
cinta..rumit rumit dan sangat rumit
banyak tafsiran cinta yang indah
ada juga yang mengaitkan cinta dengan duka
sy baru lepas habis tengok satu drama ni. Mimi Mencari Cinta copy dari kawan.
kisahnya berunsur jenaka
tapi tentang kisah cinta yang rumit
4 orang sahabat yang saling jatuh cinta antara satu sama lain
seorang wanita yang dicintai oleh 2 orang adik beradik Haikal dan Haziq dan dalam masa yang sama dilamar oleh pemilik kedai runcit
Mimi jatuh hati dengan Haikal dan dalam masa yang sama Haikal juga jatuh hati dengan mimi lalu Haziq melepaskan Mimi untuk abangnya..
sempat diorang bercinta tapi disebabkan salah faham, Mimi meninggalkan Haikal dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nordin. Selepas 6 bulan usia perkahwinan mereka dan Mimi sedang sarat mengandung, barulah dia sedar yang sampai sekarang pun sebenarnya dia masih cintakan Haikal. Bingung..
Mimi menyesal sebab selepas sekian lama baru dia sedar yang dia membuat keputusan yang salah.
Hurm..rupanya Mimi tertido sebelum majlis akad nikah dengan Nordin. Lepas ceritakan kisah mimpinya pada Nordin, Nordin pun suruh Mimi kejar impiannya. Dan semestinya impian Mimi adalah untuk bersama Haikal.
2 hati bertemu bersatu kembali. Mimi beruntung sebab sempat membuat keputusan yang paling besar impaknya dalam hidupnya.Mimi dan Haikal berkahwin dan hidup bahagia...
ada ke kisah benar begini dalam alam realiti? Dan kalau ada, apa kesimpulan pada permulaan entry ini td? cinta adakah ianya keindahan atau duka semata-mata? Yang pasti Jodoh pertemuan telah ALLAH tulis. cepat atau lambat hanya Dia yang tahu.
Pesanan buat diri dan sahabat2 lain Perkahwinan bukan medan mencuba fasa dalam kehidupan. Buat keputusan yang betul. Seeloknya istikharah, musyawarah dan menimbang baik dan buruk pada masa hadapan...
sekian. selamat malam
xoxo