alhamdulillah....Allahu Akbar....Besar sungguh nikmatMu ya Allah...
12 Mac 2016
aku menjadi yg halal buat sang suami.
Mohamad Hasif..
kadang kala cerita kami seperti susah nak diterima tapi inilah realitinya.....
2001 mempertemukan kami...hanya kanak2 hingusan yg menjalin persahabatan.
2002 kami melakar kejayaan UPSR mengharumkan nama sekolah
2003 kami mula mengambil haluan berbeza. aku ke mrsm dan dia ke sms johor
2006 dia tegur aku dalam bas ketika pulang dr asrama. aku tersipu. persahabatan kami kembali terjalin.
2008 kami bertemu lagi di sabah. kami berlima sering bertemu pada waktu cuti...juga hari raya aidilfitri...
dan tiba2 dia hilang..persahabatan kami tergantung. rupanya membawa diri.... kerana aku sibuk mengejar cinta yang kecundang di tengah jalan.
6 febuari 2014 segalanya bermula. dia menjejaki aku di fb. ucapan selamat hari lahir sebagai salam selepas sepi.
sampai satu hari aku tahu isi hatinya
ogos 2015 dia menitip salam ke rumah orang tuaku tatkala aku berjuang di mersing membina generasi. Alhamdulillah....salamnya disahut riang oleh kedua permata hatiku.
dan aku mula yakin.... isi hatinya tulus....
oktober 2015 cinta hatinya mengunjungi kami. menitipkan tanda dan aku disunting
november 2015 aku menjadi tunangannya secara rasmi
dan akhirnya 12 mac 2016 aku menjadi kekasih halalnya secara hakiki.
ALLAH... Sungguh hebat jalan cerita-MU...
kehadapan suamiku...
Terima kasih kerana menyimpan ruang di hatimu
untuk aku menjadi suri
mengisi kekosongan jiwamu
terima kasih kerana sudi menanti jawapan
walau aku sering berlari
mencari semua yang masih x pasti
wahai suami...
Pimpinlah aku...
tuntunlah langkahku..
menuju syurga firdaus....