Kasih tak terungkap
Masih tegakah aku mnitipkan kata di sini?
Sedang pesananku tak pernah disampaikan angin
Kata-kataku tak pernah diterjemah malam
Hingga akhirnya
Yang benar disalah fahamkan
Yang samar disalahertikan
Ya
Kita merancang..tapi Allah sebaik-baik perancang
bukan menolak takdir
tapi terkilan dengan satu kebenaran
hanya kerana ego...
akal diketepikan..
Ya Allah buanglah segala kenangan...
Kerana aku sedang mencipta keindahan
Dalam satu mahligai perkahwinan...
Cinta halal yg Engkau anugerahkan....
Jangan kau hantar bisikan syaitan...
Teguhkan aku dalam ikatan yang menjanjikan syurga
Bahagiakan dia dalam jalinan cinta yang dibina
Redakan segalanya...
Ikhlaskan jalan cerita kita..
Allah Maha Esa, Maha Berkuasa...
SIAPA AKU? SIAPA KAMU?
untuk persoalkan KENAPA?