Wednesday, November 16, 2011
Friday, November 11, 2011
Jalan dan perjalanan
jalan adalah laluan
arahnya kita yang tentukan
haluannya kita yang tetapkan
jaraknya kita yang anggarkan
perjalananku masih panjang
arahku belum lagi kutentukan
haluanku belum lagi kupastikan
tujuanku cuma satu
reda ilahi, reda ibu bapa
katalah apa jua pun
saat itu pasti akan datang
saat kutemukan jawapan
saat masa indah itu datang
saat cahaya itu benar-benar terpancar
dari senyuman si gadis perawan...
khas buat fitri aisyah...
tinggalkan kisah silam
kejar cahaya di depan
ikut segala persimpangan
asal jangan sesat menyimpang
turut kata hati
landaskan dengan doa Ilahi...
arahnya kita yang tentukan
haluannya kita yang tetapkan
jaraknya kita yang anggarkan
perjalananku masih panjang
arahku belum lagi kutentukan
haluanku belum lagi kupastikan
tujuanku cuma satu
reda ilahi, reda ibu bapa
katalah apa jua pun
saat itu pasti akan datang
saat kutemukan jawapan
saat masa indah itu datang
saat cahaya itu benar-benar terpancar
dari senyuman si gadis perawan...
khas buat fitri aisyah...
tinggalkan kisah silam
kejar cahaya di depan
ikut segala persimpangan
asal jangan sesat menyimpang
turut kata hati
landaskan dengan doa Ilahi...
Thursday, November 10, 2011
macam good-good atau memang good?
"sometime people think they are good enough but in fact they are annoying others"ini quotes beberapa hari lepas di laman antara muka warna biru...apa lg kalau bukan facebook.
mencatatkan perkara seperti ini membuat sy berfikir sejenak adakah macam good-good yang manusia selalu momokkan itu sebenarnya diselami dengan perasaan dengki?cemburu atau iri hati?atau sebenarnya memang orang itu good?dan apakah jugak orang itu sebenarnya tak good mana tapi menunjukkan yang diaa itu good?
ah sudah..melalut
jelasnya..saya sedang rimas dengan orang-orang yang macam good-good nasihat bagai tapi x guna landasan yang betul. please kita sendiri tau apa rasanya kene tegur pasal aib dan keburukan di tengah khalayak so letakkan diri sendiri di tempat orang yang anda tegur. ahhh..!!!serius sy sedang marah dengan orang2 sedemikian.
Tuesday, November 8, 2011
Tulisan pada alam
andai bisa ku tulis sesuatu pada awan akan ku ukir
"aku cinta padamu"
andai bisa ku bisik pada angin akan ku sebut
"aku rindu padamu"
andai bisa ku alirkan pada air akan kuhanyutkan
"aku sangat-sangat menghargaimu"
dan semua pesanan ini
aku tujukan khas untuk kekasihku setelah Allah dan Rasul
AZHAR BIN JILANI dan HALIMAH BINTI MELAN
mak..abah...lambatnya masa berlalu...
2 minggu terasa lama
tak sabar untuk ketemu...
buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
si pemilik tulang rusuk yang sedang kupinjam
yang identitinya belum lg ku ketahui
teruskan jihadmu sehingga kita bersatu..
amin..
"aku cinta padamu"
andai bisa ku bisik pada angin akan ku sebut
"aku rindu padamu"
andai bisa ku alirkan pada air akan kuhanyutkan
"aku sangat-sangat menghargaimu"
dan semua pesanan ini
aku tujukan khas untuk kekasihku setelah Allah dan Rasul
AZHAR BIN JILANI dan HALIMAH BINTI MELAN
mak..abah...lambatnya masa berlalu...
2 minggu terasa lama
tak sabar untuk ketemu...
buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
si pemilik tulang rusuk yang sedang kupinjam
yang identitinya belum lg ku ketahui
teruskan jihadmu sehingga kita bersatu..
amin..
Labels:
i wish,
Islam jalan hidupku~,
life,
mine
Thursday, November 3, 2011
KAFE CINTA: BAJU KURUNG BERTEMU BAJU MELAYU
Alhamdulillah..cuti yang
lepas penulis sempat hadir ke satu program Kafe Cinta anjuran ISMA Sabah dan UMS.
Program yang julung kali penulis sertai ini berkait rapat dengan kehidupan
remaja zaman globalisasi,modenisasi,urbanisasi atau lebih tepat lagi zaman
kini. Program ni terbahagi kepada dua sesi iaitu ceramah Lautan Api Sanggup
kurenangi oleh Dr. Hatta Tarmizi dan forum Bila Baju Kurung Bertemu Baju Melayu
oleh Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Isra n Ustaz Sarip Adul.
LAUTAN API SANGGUP
KURENANGI
Sesi pertama membawa
peserta meneroka kehidupan remaja masa kini yang terlalu hanyut dengan 'lautan
api sanggup kurenangi' iaitu janji manis pasangan yang hangat bercinta. Bila
janji-janji palsu ditabur, segalanya diserahkan kepada pasangan masing-masing.
Pasangan yang penulis sebutkan di sini adalah pasangan yang belum halal iaitu
pasangan muda-mudi yang asyik dilamun cinta.
Penceramah membawa sebuah
kisah yang benar-benar berlaku iaitu kes yang pernah beliau temui di Hospital
Wanita Likas iaitu seorang pelajar perempuan yang mengadu tidak didatangi haid
selama beberapa bulan. Apabila diperiksa, perempuan tersebut mengalami masalah
mengandung di luar rahim (kalau penulis tidak silap) dan ini berlaku disebabkan
keterlanjuran bersama pasangannya yang jauh lebih berusia berbanding dirinya.
Perempuan tersebut kehilangan banyak darah dan terpaksa melalui beberapa sesi
pembedahan. apabila ditanya dia mengaku hanya sekali melakukan perbuatan
tersebut dengan pasangannya dan tidak menyangka bahawa dia akan mengandung
hanya dengan sekali sahaja. Inilah yang berlaku realiti sekarang. Perempuannya
menderita akibat perbuatan suka sama suka, yang lelaki hilang entah ke mana.
Dulu 'Lautan Api sanggup kandang renangi' sekarang 'Adinda Mengandung Kanda
Cabut Lari'.....
Penceramah turut mengupas
isu pembuangan bayi dan kelahiran bayi tidak sah taraf (anak luar nikah) yang
berlaku di Malaysia saban hari. Banyak kesan yang akan berlaku dengan kelahiran
bayi-bayi seperti ini seperti kehidupan mereka pada masa hadapan yang bakal
terjejas. penceramah membuat satu rantaian yang mana anak luar nikah perempuan
apabila tidak mendapat jagaan dan didikan yang baik berpotensi untuk melahirkan
anak luar nikah juga dan generasi seterusnya jika nasibnya sama tidak mustahil
akan meneruskan keturunan daripada benih yang tidak halal begitulah
selanjutnya. Jadi bila agaknya fenomena ini akan terhenti sekiranya setiap
keturunan menyambung dan mewarisi akhlak yang sama?
Akhir sekali, penceramah
menyeru supaya kita memandang masalah ini secara serius. Ahli Parlimen
terutamayna diseru supaya duduk semeja berbincang masalah ummah ini. Ketepikan
segala persoalah dan perbalahan politik untuk mengupas permasalahan ini.
Penulis juga seorang remaja berdoa semoga diri kita semua terpelihara daripada
nafsu yang menghancurkan bukan sahaja diri sendiri malah seluruh generasi yang
bakal dilahirkan kelak.
BILA BAJU KURUNG
BERTEMU BAJU MELAYU
Sesi kedua iaitu forum
yang dikendalikan oleh Puan Nurhazlin bermula dengan montaj yang mengemukakan
pelbagai persoalan iaitu jawapan-jawapan yang biasa kita dengar atau kita
sendiri berikan apabila orang menegur pasangan yang sedang hangat bercinta
"kitorang bercinta cara islam ape'' ''si dia selalu ingatkan i suruh
sembahyang kot, kadang-kadang dia kejut i suruh Qiamulail lagi'' ''eh, kitorang
bukan buat perkara bukan-bukan, jumpa pon tengah2 orang ramai ape..'' n banyak
lagi yang ditayangkan.
Tak banyak yang dapat
penulis kupas dan rumuskan dalam topik ini kerana kurang mencatat disebabkan
terlalu menumpukan perhatian kononya (cewah)...tapi penulis tertarik dengan
jawapan Ustazah Fatimah Syarha mengenai maksud dan ungkapan C.I.N.T.A. pertama
sekali beliau menyatakan bahawa Cinta dan perasaan suka itu adalah fitrah.
hanya orang yang tidak normal sahaja tidak pernah merasai nikmat perasaan
cinta. Tapi cinta yang dimaksudkan bukan hanya cinta kepada manusia tetapi
cinta kepada banyak perkara seperti cinta kepada Allah, ibu bapa, keluarga,
pekerjaan dan sesuatu benda. Beliau juga menyangkal pendapat ''bercinta
berlandaskan syariah'' dengan analogi ''hot dog''.. hot dog jika dilihat pada
namanya dan diterjemahkan dalam bahasa melayu adalah ''anjing panas'' tetapi
sebenarnya ''hot dog'' merupakan satu makanan yang enak dan namanya tidak
membawa erti sebenar penampilannya. Begitu juga dengan istilah atau alasan yang
sering digunakan oleh remaja masa kini yang ''bercinta berlandaskan syariah''
tetapi masih dibuai ayat-ayat manis pasangan masing-masing, terbayang-bayang,
dan asyik dengan perasaan yang indah.
Panel ketiga kalau tidak
salah penulis Ustaz Sarip menyatakan bahawa Cinta adalah satu alat untuk
mencapai matlamat. Pertama sekali matlamat kita yang utama ialah untuk
mendapat reda Allah S.W.T. Oleh itu cinta seharusnya dijadikan alat yang utama
untuk mendapat reda-Nya. sebagai contoh apabila kita cinta kepada makanan dan
apabila kita makan kenyang seterusnya bersemangat untuk beribadah dan mendapat
reda Allah, makan itu adalah alat. Begitu juga dengan cinta kepada manusia
cinta dijadikan alat (maaf kalau penulis tersilap) apabila kita cinta kepada
pasangan, kita salurkan perasaan tersebut dengan jalan yang benar iaitu penikahan
dan dengan ikatan yang sah kita lebih bersemangat untuk solat berjemaah bersama
pasangan dan berkongsi hari-hari indah bersama pasangan yang halah seterusnya
mendapat reda Allah maka itulah cinta kita sebagai alat dan matlamat kita
tercapai.
''Ramai pasangan bercinta
beranggapan bahawa perasaan cinta akan hilang selepas berkahwin''. Ahli panel
menjawab lagi persoalan ini dengan satu analogi iaitu jika kita diberi pilihan
untuk meredah lautan luas, antara bahtera yang besar dan cantik dengan perahu
yang kecil dan tidak kukuh yang mana pilihan kita? Ramai yang memilih untuk
memiliki bahtera yang besar dan cantik. itulah analogi sebuah persiapan
perkahwinan. Jika persiapan kita sekadar perahu kecil tanpa memikirkan
ombak-ombak besar iaitu cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sepanjang hidup
berumahtangga maka hancurlah perahu kita ditelan badai tetapi jika bahtera yang
disiapkan besar dan cantik maka selamatlah kita sehingga ke syurga yang indah.
oleh itu, persiapkan diri kita dengan selengkapnya sebelum melangkah ke gerbang
perkahwinan.panel turut menyarankan supaya kita jatuh cinta berkali-kali
dengan pasangan (maaf penulis tidak dapat menghurai dengan lebih lanjut).
Seterusnya ialah bina syurga cinta dalam rumahtangga. Syurga seperti
dalam al-Quran adalah satu tempat yang sangat indah. Keindahannya tiada tolok
bandingnya. Itulah yang dimaksudkan ahli panel iaitu membina alam rumahtangga
yang penuh dengan keindahan. Keindahan yang dimaksudkan di sini luas contohnya
memanggil pasangan dengan panggilan-panggilan manja, sentiasa bergurau senda
dengan pasangan, sentiasa bertolak ansur, berdandan dan berhias diri untuk
pasangan menghidupkan suasana ibadah di dalam rumah dan sebagainya adalah
bagaimana syurga rumahtangga itu dibina. Akhir sekali ialah melahirkan anak-anak
generasi yang Soleh wa Musleh (maaf jika penulis tersilap).
Panel ditanya mengenai
Pembuktian Cinta dan beliau menjawab dalam bentuk cerita. Seorang anak bertanya
kepada ayanya ''Ayah sayang Aiman?" ayah menjawab " Sayang
nak.." ''kalau ayah sayang aiman, belikan aiman kapal terbang mainan ya''
''Yala, nanti balik kerja ayah belikan'' lalu ayah kanak-kanak itu pergi kerja
dan secara kebetulan kerja di pejabat sangat banyak menyebabkan dia terpaksa
pulang lewat. apabila pulang si anak merajuk kerana tiada kapal terbang yang
dibeli. oleh itu pada si anak ayahnya tidak sayang padanya kerana tiada kapal
terbang mainan. anaknya perlu bukti lalu ayahnya membuatkan kapal terbang
menggunakan kayu di belakang rumah disebabkan sayangnya pada anak. Aiman tidak
mahu menerima kapal terbang pertama tanpa sayap lalu dihempas ke dinding, ayah
dengan penuh kasih sayang membina semula kapal terbang yang baru dengan cantik
barulah si anak menerima bahawa ayah sayang akan dirinya. lihatlah anak kecik
ini perlukan bukti ayahnya sayang padanya sedangkan tanpa kapal terbang pon
sebenarnya ayah sangat sayang pada Aiman. Bagi panel. cinta tidak perlukan
pembuktian. orang yang memerlukan bukti dalam percintaan adalah mempunyai ciri-ciri
seperti Jiwang, Cemburu Maut (pantang pasangan bercakap dengan orang
lain dan semuanya perlu dilaporkan), Terlebih Duit (contohnya beribu SMS
untuk ucap I LOVE U sahaja sebagai bukti Si dia cinta pada kita) , Tidak
Suka Baca Buku, Tidak Mempunyai ramai kawan (penulis tertarik dengan
ciri-ciri ini iaitu prang seperti ini menganggap mereka hanya tinggal berdua
sahaja dalam dunia ini.ke mana sahaja berdua dan tidak mahu bergaul dengan
rakan-rakan lain.), Tidak suka Bangun Malam, Suka Menyanyi dan Jarang-jarang
SMS ibu bapa (kerana asyik dengan pasangan masing-masing). Panel menyatakan
bahawa sekiranya pasangan itu serius untuk membina alam rumahtangga, keyakinan
adalah kunci segalanya. tidak perlukan pembuktiaan semata-mata. Apa guna bukti
yang ditunjukkan sedangkan bukti tersebut hanyalah palsu dan hanya pada alam
percintaan semata-mata.
Akhir sekali, penulis
mengingatkan pada diri sendiri dengan pesanan Ustazah Fatimah Syarha jika kita
sentiasa bersms dengan pasangan kita semasa bercinta jangan terkejut jika
apabila sudah berkahwin pasangan tersebut sentiasa bersms dengan wanita lain
kerana hobinya. jika kita sentiasa bertemu dengan pasangan kita, jangan
terperanjat sekiranya dia keluar bersama wanita lain selepas berkahwin dengan
kita kerana sudah menjadi kebiasaan baginya. Sesungguhnya segala yang baik itu
datang dari Allah dan yang buruk itu kesilapan penulis sendiri. segala
kesilapan, teguran atau penambahan info boleh letakkan di ruang komen.
Sekian, Wassalam.
Wednesday, November 2, 2011
Mata ini melihat
melihat kebenaran
kadang-kadang pahit untuk dipandang
sakit untuk ditelan
tapi indah untuk dikenang
kerana hati sudah tenang
tak lagi terfikir-fikir terbayang-bayang
coretan si pemilik mata;
fieqa
kadang-kadang pahit untuk dipandang
sakit untuk ditelan
tapi indah untuk dikenang
kerana hati sudah tenang
tak lagi terfikir-fikir terbayang-bayang
coretan si pemilik mata;
fieqa
Subscribe to:
Posts (Atom)