salam 15 Ramadhan... witir hari ni imam baca doa qunut.. usai sahaja saya bertanya pada pensyarah di sebelah...sudah 15 ramadhan kah? masyaAllah... pantas sungguh masa berlalu... malam ini sudah jejak malam ke 15..bermakna 2 minggu sahaja lg kita bakal berpisah dengan bulan barakah ini. sering minda berlegar persoalan adakah sudah saya buat yang terbaik pada bulan ini? dan jawapannya sudah tentu kekecewaan.. 14 hari berpuasa dan saya masih gagal memberi komitmen sepenuhnya sebagai seorang muslimah... Siangnya pulang dari sekolah hanya rehat yang panjang berlegar di fikiran, sedang ibadah hanya yang fardhu dikerjakan...malamnya, terawih yang 8 rakaat cuma dikejar sedang tahajud sepertiga malam diabaikan... Alangkah saya sebenarnya dalam kerugian... Na'uzubillah...
Malam ini sedikit perbincangan bersama seorang ukhti yang baru pulang dari UK.. dan akhirnya berpeluang duduk santai dengan beliau.. menyingkap tirai2 perubahan beliau... Benar hijrah itu bukan sukar tapi ianya perlukan kekuatan. Bermula dengan sesuatu yang kecil sehingga akhirnya menjadi satu kebiasaan. 3 tahun yang dulu beliau hanyalah insan seperti saya yang hilang dalam keasyikan dunia.. penghijarahan ke luar negara menemukan beliau dengan usrah2 yang membina, perbincangan demi perbincangan menguatkan lagi iktikad untuknya terus meninggalkan dunia yang suram dan menjadikan hijrahnya yang sebenar sebagai hijrah yang hakiki. Mendidik diri untuk mengenal Ilahi..
Alhamdulillah.. beliau meluaskan lagi ruang untuk saya dan para sahabat mengenal perubahan. Jika sebelum ini hanya kak syida tempat rujukan, sekarang kami punya kak Auni.. insyaAllah... yang saya perlu saat dan tika ini adalah kekuatan... Mohon doa kalian....
aaminn ya Rabbal 'alamin...
No comments:
Post a Comment