Wednesday, October 31, 2012

sepotong ayat

"ya Allah terima kasih kerana sudi mendengar keluh kesahku"


:')

Thursday, October 25, 2012

Call me maybe

 
 
Hey, I just met you and this is crazy
But here’s my number, so call me maybe

Thursday, October 18, 2012

ALLAH ITU MAHA PEMBERI ^_^

salam. sejak dua menjak ni banyak betul masalah. dugaan, ujian dan segala macam beban sampai kadang kala menitis jugak air mata fikir semua tu. Ya. memang meluah kepada sahabat itu melegakan at least ada orang yg sama2 tahu apa yang kita rasa. tapi sesungguhnya Allah jualah tempah mencurah perasaan yang terbaik. Dia yang maha mendengar, maha memberi. dan segala-galanya akan rasa mudah apabila kita terus berdoa, bermunajat, meminta, merintih setiap masa kepadaNya. Saya tahu Dia maha Mengerti.

" Ya Allah, tunjukkan aku jalan, ruang dan peluang untuk aku keluar dari kesempitan ini"


Dan hari ini Allah beri aku jalan. Syukur ya Allah.. Hanya Engkau Maha Mendengar. Hanya Engkau memahamiku.. ^_^

Rezeki itu ada di mana-mana. Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawaka (DUIT) itu yang utama.

sekian.
wasalam :)

Monday, October 15, 2012

Sunday, October 7, 2012

Rahsia Hati

persoalan hati. makin kerap rasanya aku bicarakan. bukan memasang angan-angan tapi sekadar bermimpi. hari demi hari makin aku sebenarnya x mengerti dan sukar dimengerti. apa yang tersirat dan tersurat. entah..

dalam aku mengejar impian. seolah-olah hanya bayang-bayang yang kugapai. melihat kisah-kisah silam membuatkan aku gentar untuk menghadapi masa depan. melihat keadaan hari ini seolah-olah menakutkan aku menyebrang ke hari esok.

mimpiku seiring perjalanan. dalam gelakku tersimpan seribu satu kisah. tersusun satu demi satu angan-angan yang sulit bagiku jadikan kenyataan. adakah mimpiku tak akan berakhir?

aku hanya mampu memandang dan terus memandang. kadang kala hati rasa girang tapi sekali sekala memberontak berang.. ya memang susah. untuk aku tafsirkan segalanya. 



wahai hati tenanglah

wahai jiwa usah resah

wahai cinta hadirlah


Saturday, October 6, 2012

a present

dear all my friends..

sorry for never give u all such a sweet and memorable present.

sory for just buying you books, al-mathurat, keychain and sometimes silly things..

sorry for never give u all something that u like most

sorry for never understand u friends

sometimes i felt like making friends happy for their birthday is enough

i tried to do the best

giving a suprise

yet i still can be compared

i just do the ordinary action

silly me

never understood what my friends wishes to

sincerely..

i'm so sorry from deep in my heart..

saranghae..


Friday, October 5, 2012

Hati Berdetik Resah

Bila mana hati rasa x tenang

Fikiran mula menerawang

beterbangan bagai debu-debu di laman

entah sejak tadi hati agak resah

bayangan yang muncul seolah mengerikan

bagai ada satu igauan yang sinopsisnya tidak enak

jalan ceritanya menakutkan

ungkapan yang mana boleh dicoretkan

kepastian itu tiada

yang kudengar hanya detikan gusar

apa yang aku fikirkan?

siapa yang dikenang?

ya Allah tunjukkan aku jalan keluar

dari semua kebuntuan ini..

:'(

Wednesday, October 3, 2012

Aku Sedang Terleka

Ya Allah.

HambaMu ini kian tersasar

dari perjuangannya

HambaMu ini kian terlena 

dalam asyiknya dunia

HambaMu ini sedang leka

dengan hilai tawa

Ya Allah

Selamatkan aku

dari terus hanyut

Selamatkan aku

dari kembali kepada duniaku yang dulu

Selamatkan aku

dari menurut kehendak nafsu

aaminn ya Rabbal 'alamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...