dengarkan hati katakan iya
lalu aku sempurnakan kata
mengusik irama degupnya
rentak mengalun getar kurasa
semuanya indah
bila aku lena
tapi jagaku memusnahkan segala
hilang sepi dicari
tak mungkin aku temukan
kerana mimpiku lesap dibawa terbang roh
semasa ia bersiar-siar
meninggalkan tubuhku seketika
mungkin petunjuk
apakah petanda?
sedang buruknya jelas
di sebalik indahnya ia diciptakan
bodohnya kelihatan
tidak mampu bersembunyi di sebalik pengiktirafan
sekali lagi hati terdiam
kaku
tak mampu merasa
minda
tak mampu mentafsir
aku
buntu........
No comments:
Post a Comment