Wahai keindahan yang Allah jadikan
Agungnya Dia menyulam cahaya
Hingga sang putih berwarna tujuh
Cantik bukan sekadarnya...
Wahai cahaya yang dibias meriah
Izinkan hati ini memilik sedikit
Senyuman insan yang memandangmu
Kerana puas ia memencil, menidakkan haknya
Wahai lapisan tujuh yang jauh
Izinkan aku menolak satu hakikat
Engkau yang dilihat dekat
Tapi nun tak mampu digapai apatah lagi dicuit ikhlas
Wahai pelangi
Surat ini aku layangkan padamu
Sampaikan pada yang hak
Kerana aku sudah lelah mengejar hakikat
Aku perlu jawapan
Adakah tegakku diam di sini itu perlu
Atau mengejarmu walaupun hakikatnya belum tahu..
No comments:
Post a Comment