sem ni sy terlibat dalam program Usrah untuk freshie yg baru je habis minggu orientasi..
malam semalam merupakan sesi kesua usrah kami berjalan..
usrah yang kami jalankan sebenarnya lebih kepada LDK..
sebenarnya.. sy rasa x layak pon ye gak untuk mengendalikan program ni since sy sendiri masih banyak kekurangan..
tapi oleh kerana ianya satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan saya tetap mengambil bahagian dengan harapan saya dapat memperbaiki diri sendiri juga menerusi usrah ni..
so Alhamdulillah...dalm kumpulan PGPI ni ramai ahli2 yang boleh dikira tinggi ilmunya..
insya'Allah banyak manfaat yang akan saya dan freshie dalam usrah tersebut yang boleh dijadikan panduan..
ok cukup kisah 1 tu..
ni kisah semalam..LDK atau Usrah kami bertajuk Mengenali diri
caranya mudah..
kami minta semua ahli usrah cari satu barang di sekitar surau yang boleh melambangkan diri mereka.
kemudian dalam kumpulan kami bincang kan kekuatan, kelemahan dan cara bagaimana mengatasi kelemahan dalam diri mereka.
perbincangan ini agak menarik bila ahli2 usrah semua bg kerjasama..
banyak pengajaran dan ragam kekuatan dan kelemahan yang saya temui...
kemudian, kami senaraikan kelemahan2 tadi dalam sehelai kertas mahjung manakala cadangan penambahbaikan dalam helaian berikutnya...
kemudian, sebagai simbolik kelemahan2 tersebut akan dipadamkan dalam diri setiap orang, kami minta semua ahli usrah membakar kertas tersebut dan hanya kertas penambahbaikan sahaja yang tinggal...
oj jom tengok gambar sebelum kita buat sedikit refleksi..
bakar kelemahan
api semakin marak
semakin terbakar
khusyuknya adik2 akak
hampir kepada kesudahan
dah akhirnya..hanya tinggal debu2 berterbangan...lol

ok cukup tgok gambar..
so apa yang saya dapat menerusi perbincangan kami?
1. dalam banyak-banyak kekuatan kita, pastikan kekuatan itu adalah sandaran untuk kita menyebarkan ilmu Allah...kekuatan itu seharusnya menjadi tunjang untuk kita lebih mendekati Islam secara keseluruhan. Kekuatan buakan untuk menjadikan seseorang itu riak tetapi lebih yakin dengan kebolehan diri untuk membantu orang lain dan juga diri sendiri mencapai husnul khatimah. saya pernah mendengar satu pernyataan iaitu nikmat paling besar di akhirat nanti bukan hanya masuk ke syurga tetapi nikmat yang paling besar di sana adalah melihat wajah Allah...
2. menerusi senarai kelemahan yang kami bincangkan kebanyakannya adalah berkaitan dengan penyakit hati seperti sukar memaafkan orang lain, bersikap sensitif, pendendam, tidak mudah menerima pendapat orang lain, boros dan sebagainya. menurut kak syida, salah seorang naqibah kami, penyakit ini hanyaboleh diubati dengan 5 perkara iaitu puasa, qiam, zikir sebelum subuh, berdamping dengan orang alim, dan bertadabbur (membaca al-quran beserta makna). kelemahan lain seperti tidak menepati masa boleh diatasi dengan menjaga waktu solat.
ok saya rasa itulah point paling penting yang dapat saya kongsi. banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah buat masa ni. saya harap perbincangan kami semalam mampu memberi manfaat yang terbaik buat diri saya dan adik2 yang lain..
malam ni ada program lagi. kalau anda baca blog saya ni, anda pon boleh juga datang even bukan freshie.
sekian...
Assalamu'alaikum..

No comments:
Post a Comment