Thursday, June 30, 2011

Terima Kasih Emak

salam.
walaupun sangat sibuk kebelakangan ini, sy tetap nak naikkan entry malam ni..
tajuk entry memang ada kene mengena dengan kesibukan dan pelbagai masalah sekarang ni..

Emak.
ya mak sy..bukan mak kamu..
sekarang ni bukan sy sorang yg menghadapi masalah ini..
xda duit..ya...elaun yang belum masuk dan kami sangat kesempitan untuk menghadapi perkhemahan yang datang dengan tarikh yang mengejutkan..
secara mendadak..
tiada persiapan rapi yang mampu dibuat...
tapi cerita topik utama bukan perkhemahan..
tetapi tentang satu kisah di mana dulu saya sangat tidak suka tetapi hari ini saya dapat nikmati hikmah sebaliknya...

dulu..masa kecik2..
saya paling tak suka buat kerja rumah..
sebab pada saya,saya masih kecil, kakak ada..kenapa perlu saya masuk ke dapur sama-sama mak memasak?
bila tanya kawan-kawan, semua tak pernah masuk dapur untuk tolong mak memasak..
sebab kata mereka mak mereka tidak mahu dapur menjadi sepah kerana mereka..
tidak bagi mak saya...dan ketika itu saya berasa sangat bosan dan asyik ingin memberontak..
setiap kali sedang asyik bermain..emak panggil minta kupas bawang...selalu saya merungut....tidak bolehkah emak kupas sendiri? kadang-kadang mahu ambil sayur di peti sejuk pun saya yang dipanggil...
rupanya itu cuma alasan emak sahaja...
sebab emak nak saya lihat emak memasak...

bila masuk asrama,
saya rasa sangat gembira kerana tidak perlu lagi masuk ke dapur..
tetapi....saya sudah mula mengingati perbuata-perbuatan emak ketika di dapur..
bila ada aktiviti memasak di asrama, saya tidak kekok untuk lakukan seperti di rumah..
ya...terima kasih emak..
saya belajar disebabkan ketegasan mak...
waktu masih ada rakan sebaya yang tidak tahu menggunakan lesung batu, saya sudah mampu menumbuk dengan cekap...
terima kasih emak..

sekarang...
saya di IPG...
hidup sendiri di perantauan...negeri orang..
emak tidak perlu lagi risaukan saya tentang masalah makan..
dalam keadaan sukar sekarang terutamanya bila elaun tidak masuk..
emak sering bertanya juadah harian saya..
dan emak sememangnya tidak perlu risau kerana jawapan saya tentu sahaja masakan-masakan ringkas yang hanya menggunakan bahan-bahan yang tidak mahal tetapi dapat dipelbagaikan..
tambahan pula, rakan-rakan yang tidak cerewet pasal makan bersama-sama saya memasak di bilik...


akhirnya,,...
saya tahu...emak memang bijak..
emak tahu...kemahiran yang paling berharga bagi seorang anak permpuan adalah kemahiran memasak..
biar tidak sedap...asalkan boleh dimakan..
dan di mana sahaja anak perempuannya terdampar..
emak tak perlu risau sebab emak dah ajar saya untuk hidup dalam serba sederhana..
ya
terima kasih emak kerana tegas dengan saya sejak kecil..
walaupun saya tidak secekap emak
tapi saya mampu hidup sendiri..
tidak perlu terus berharap orang lain untuk beri saya makanan..
tidak perlu sentiasa minta disuapkan santapan..
anak mak boleh jadi macam mak..

TERIMA KASIH EMAK...

4 comments:

Anonymous said...

anda sangat beruntung....semoga kehidupan diredahi allah....insyaallah..

afiqah ashiya said...

amin..;)

fie_zul zarien said...
This comment has been removed by the author.
fie_zul zarien said...

kirim salam kat mak..she really a great mom for u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...