Friday, July 6, 2012

3 Fatimah

Fatimah pertama yang sy kenal ialah Puan Siti Fatimah Jamal. Guru kelas pertama sy masa darjah 1. Lembut orangnya, sopan, auratnya sentiasa terjaga, seorang ibu yang sangat prihatin pada anak-anaknya. Beliau suka mengumpul setem dan kami biasanya akan berusaha cari setem untuk buat beliau gembira. pernah satu ketika kami buat beliau merajuk. semua serba salah. dan kami pujuk beliau dengan setem yang sangat banyak. masa tu kami baru darjah 3.. sampai sekarang sy terhutang budi dengan beliau. beliau ajar saya membaca, menulis dengan cantik dan sebagainya.. kalau ditakdirkan cikgu terbaca post saya ni saya nak cikgu tau yang saya sangat2 berterima kasih pada cikgu. salam rindu buat cikgu.. 

Fatimah kedua hanya saya kenal apabila meningkat usia. Menerusi lagu " Anak Nabi kita ada 7 orang, tiga lelaki empat perempuan. Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kathum, Siti Ruqayah" saya kenal Fatimah ini sebagai puteri junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ketika di sekolah menengah saya mengenali Saidatina Fatimah dengan lebih mendalam dan semakin hari semakin saya menyanjung keperibadian beliau. Fatimah Az-Zahra kekasih hati nabi dan penyejuk jiwa Saidina Ali. Beliau begitu setia kepada suaminya biarpun Saidina Ali tidak mempunyai harta seperti Abu Bakar yang pernah melamar beliau. Beliau menerima kehidupan sederhana yang diberikan suaminya seikhlas hati. Pernah beliau merasa lelah dengan tugasnya di rumah dan meminta pembantu daripada Rasulullah.. Lalu Rasulullah mengajarkannya satu amalan yang sangat menenangkan dan lebih berharga daripada pembantu yang diminta iaitu "Subhanallah, AlhamdulillaH, La illa ha illa Allah, Allahu Akbar sebanyak 33 kali''. Fatimah menerimanya dengan hati terbuka.  Sungguh saya ingin menjadi seperti Fatimah Az-zahra yang cintanya pada Allah tak pernah kurang, kasihnya pada Rasulullah sangat tinggi dan setianya pada Saidina Ali tiada tandingan.

Fatimah ke tiga yang saya kenal ialah Ustz Fatimah Syarha. Novelis islamik yang saya kenali menerusi buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul  Betapa hebatnya beliau mempertahankan kesucian hati untuk seorang bergelar suami. Walaupun sangat diminati tapi beliau tidak alpa, terus meminta petunjuk ilahi untuk memilih zauj yang benar2 akan membawanya ke syurga ilahi. Pertama kali saya bertemu beliau adalah semasa program Kafe Cinta. MasyaAllah..beliau datang dengan suami dan anak-anaknya. Sepanjang program matanya x lepas menatap wajah sumai tercinta. Setiap bait-bait manis semuanya ditujukan buat pemimpinnya, Dr. Farhan Hadi (penulis novel Denyut Kasih Medik). Dan sehingga kini saya terus mengikuti penulisan blog beliau sebarkanbahagia.blogspot.com . banyak pengajaran dan ilmu yang beliau kongsikan.

Ramai lagi sebenarnya Fatimah yang saya kenal dan tidak dinafikan semuanya mempunyai akhlak yang baik, pekerti yang mulia. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi keperibadian pejuang-pejuang agama Allah tidak kira apa pon nama yang kita gunakan. Wallahu'alam...


**nota: kalau terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan ini minta jasa baik pembaca menegur di ruang komen. :)

2 comments:

PrincessAyuni said...

salah ejaan pada perkataan suami pd perenggan ke-3. saudari tulis 'sumai'....hehehehehehe

afiqah ashiya said...

oh ya baru perasan.. thanks dear :)
btw thanks 4 reading..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...