assalamu'alaikum
alhamdulillah, 3 orang sahabat saya telah dirisik oleh keluarga pihak lelaki. dan isyaAllah tahun depan masing-masing akan disatukan. Maka berubahlah status, berubahlah tanggungjawab. Saya doakan agar setiap sahabat saya akan menempuh kehidupan mendatang dengan penuh keberkatan
saya agak pelik sebenarnye bila terlalu ramai orang yang bertanya tentang status saya. sudah berpunyakah? bila nak buat majlis? paling-paling pon soalan tuh ditujukan pada mak n abah "yang ni bila lagi?'' kenapa ya? sy baru 22 tahun kot... kire xda la pelik sangat pon kalau single.
ya entry ini susulan perbualan antara saya dengan seorang sahabat pagi tadi. tipu dan sangat menipu kalau kita kata ''ishh buat ape cinta-cinta ni..geli lah!" ya saya berani kata menipula orang yang xda langsung perasaan ingin bercinta. kenapa? sebab semua manusia dilahirkan mempunyai perasaan yang sama, dikasihi dan menyayangi.
ermm.. camna ya nak mulakan ayat ni sebenarnya..tak masuk tajuk lagi nih sebenanye tau. lol
okay2..
pada kawan tu yang bertanya tadi sya berikan jawapan jujur pada dia..
"saya takut untuk kecewa"
dan dia bertanya
"walaupun cinta selepas kahwin?"
lalu saya terdiam
dalam hati sya menjawab
"itu bergantung.jodoh saya dah ditetapkan. jadi biarlah saya berdiam. Dia lebih tau ape yang terbaik"
dan ini yang saya suarakan
"tunggulah"
sahabat tersebut menyambung
"takpe, sebenarnya hidayah tu yang kita perlu cari. jodoh tu nanti dulu. persiapkan diri kita dulu"
"insyaAllah..kita sama-sama mendoakan yang terbaik"
cliche kan cerita ni?LOL
tapi sebenarnya ini hakikat. dalam usia begini topik paling menarik bila bercerita tentang pasangan hidup. lalu nak tak nak kene jugak hadap. kene jugak jawab.
so kepada pakcik-pakcik yang asik tanya mak n abah tu senang je jawapannya
"kalau pakcik dapat kad jemputan tu maknanya dah sampai seru lah tu.. kan semua tu rahsia Allah, kalau sy sendiri pon x taw camnela nak gtaw pakcik"
ok la sya taw entry kali ni sangt xda motif saje gatal tangan nak menaip. sampai berjumpa lagi
assalamu'alaikum....
No comments:
Post a Comment