Tuesday, September 18, 2012

surah an-nur ayat 26

assalamu'alaikum.

saya terbaca sebuah artikel di iluvislam.com salah satu page yang wajib dilayari tatkala hati rasa kekosongan. lantas terpandang satu ayat yang memang tidak asing lagi buat setiap daripada kita.
saya pasti dalam perjalanan setiap manusia pasti dalam jiwanya terselit dengan perasaan ingin dikasihi dan mengasihi. itu fitrah. fitrah itu ertinya tidur lalu janganlah kejutkan fitrah kerana bimbang ianya bertukar fitnah. itu antara titipan nasihat Imam Muda Fakhrul suatu ketika dulu dalam "Dialog Cinta". 

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" ini ayat dalam surah annur. sumbernya adalah al-Quran kitab suci panduan umat Islam seluruhnya. lalu ayat ini jangan sesekali kita sangkal kerana sesungguhnya al-quran itu benar dan tiada keraguan bagi yang beriman kepadanya.lalu saya tidak meragui sedikitpun janji Allah ini kerana saya beriman kepada rukun islam yang 5.

Dalam memahami dan mentafsir maksud tersirat di sebalik ayat ini, saya pernah ditanya oleh seorang ust di tempat saya belajar. bagaimana perspektif dan pandangan saya terhadap ayat ini lalu jawapan saya seperti kefahaman lazim setiap individu jika inginkan pasangan yang baik pastikan diri kita tersedia dengan amat baik. kerana janji Allah itu sememangnya benar.

Lantas ust tersebut menerangkan pula sudut pandangan beliau. beliau menerima pandangan saya dan anda semua dengan baik tetapi turut memandang ayat ini dengan beberapa tafsiran lain aitu:

  1. seorang lelaki yang soleh ditakdirkan bertemu jodoh dengan perempuan yang hanyut dengan dunia kemodenan. akhirat padanya hanyalah bayang-bayang. lalu lelaki tersebut jatuh cinta dan ikatan suci dibina. Perempuan tersebut berubah tatacara. dari seorang yang jahil agama menjadi tempat rujukan. Boleh jadi ini yang dimaksudkan dengan 'Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik
  2. seorang perempuan yang solehah ditulis di luh mahfuz jodohnya dengan seorang lelaki yang tiada arah hidup. jauh jalannya tersasar dari landasan Islam. dan dia menemui keindahan Islam dalam sebuah kesucian perkahwinan. dia mengenali Islam dalam kelembutan si Isteri melayan karenahnya. Dia jatuh cinta dengan Islam dalam kesabaran isterinya membimbingnya. Boleh jadi ini yang dimaksudkan dengan 'Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik'
  3. sepasang merpati dua sejoli yang hangat bercinta. lalu cinta mereka mendapat restu orang tua. dengan izin Allah mereka mendirikan masjid walaupun Islam hanya tertulis dalam kad pengenalan masing-masing. Dalam melayari bahtera rumahtangga, tiada istilah imam, makmum mahupun sejadah sendiri dalam kamus hidup mereka. masing-masing leka dengan kesibukan dunia. harta bagaikan dewa. Lantas Allah tiupkan hidayah. Allah buka pintu pengampunan seluasnya. dan mereka sama-sama tersedar dari dunia khayalan. Mereka mula mengenal Allah. Al-quran mula dibuka. lipatan sejadah dibentang lebar. bergema rumah dengan esak tangis tatkala sujud  takutkan yang Esa. maka bahagialah mereka dalam baitul muslim yang hidup dalam reda Allah seluruhnya. Boleh jadi ini yang dimaksudkan dengan 'Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik'.
Pandangan ust tersebut hanya pokok pangkal dan analoginya saya reka untuk memudahkan penyampaian. Saya secara peribadi menerima pendapat ini. ada banyak kebenarannya. secara kesimpulannya ianya dapat didefinasikan asal sahaja satu pasangan itu melabuhkan cintanya terhadap Allah tidak kira cepat atau lambat hidayah itu sampai ia boleh dikatakan "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Maafkan saya andai ada sebarang kesilapan sepanjang menulis pandangan ini. Ini hanyalah sekadar perkongsian usrah ringkas bersama ust tersebut. Andai ada kesilapan saya mengalu-alukan komen anda semua.

assalamu'alaikum

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...