Saturday, May 4, 2013

PRU13 GE13

assalam..update ringkas sebelum sy berangkat ke satu program. taknak terlepas dari menyampaikan walau sedikit pandangan sebelum PRU13 esok sebab akan berpisah dengan lappy kesayangan ni sampai 10pg esok.

Pilihanraya Umum 13 menyaksikan kebangkitan rakyat yang sangat mengejutkan
masing-masing dah mula berani menggunakan hak bersuara..sana sini risalah diedar. persoalannya kenapa rakyat bangkit? sy bukan penganalisis politik..so sy xnak ulas panjang-panjang. GOOGLE dan buat pembacaan sebanyak mungkin. oh ya tolong jangan berat sebelah hanya dengan utusan,berita harian dan metro semata-mata. google juga harakahdaily, sinarharian dan malaysiakini. masuk laman web UMNO masuk juga laman web Pas dan PKR, masuk laman web MCA masuk juga laman web DAP. benarkah DAP tolak ISLAM? dan apa pulak kelebihan MCA berbanding DAP?  (SEKALI LAGI JANGAN BERAT SEBELAH DALAM MENGGUNAKAN MEDIA) kaji kaji dan kaji. sekadar memberikan pandangan.

kalau anda ISLAM berfikir dari sudut hak anda sebagai muslim. fikir juga hak anda sebagai rakyat Malaysia. fikir juga hak anda sebagai ibu bapa / bakal ibu dan bapa anak-anak yang akan lahir nanti.
"oh undi aku ni mcam sebutir pasir je, x effect apa pun kalau aku salah pangkah" NO! anda salah. kalau semua orang berfikir seperti sebutir pasir, maksudnya anda menjual negara, kepimpinan yang akan menerajui negara, agama dan bangsa selepas ini.

jom buat checklist:

1)ADILkah sekiranya anda menyokong satu pihak hanya dengan menonton tv, membaca akhbar, mengikuti pages yang diterajui dikuasai dimanipulasi dimonopoli satu pihak sahaja?

2)ADILkah sekiranya anda menghentam satu pihak lain hanya kerana pihak itu dimomokkan sebagai sebuah parti yang penuh dengan negatif hanya kerana anda menggunakan SATU SALURAN MEDIA sahaja?

3) ADILkah terus memilih hanya dengan pemberian-pemberian yang kononya mengutamakan kebajikan anda sedangkan sebaliknya penuh dangan muslihat?

OK ni persoalan yang diajukan oleh budak umur 20-an sahaja..boleh anda abaikan...tapi ini persoalan dari sudut ISLAM:

kalau anda memilih A sebagai pemimpin, adakah anda juga akan memilih si A untuk membacakan talkin untuk anda nanti? adakah anda juga akan mengikut si A di padang masyhar nanti?

sumber dari FB Rusydi Art:
Kalau kita tadabbur al-Quran, kita akan sampai ke Surah Ibrahim ayat 21, Surah al-Ahzab 66-68, Surah al-Isra' 71 dan Surah al-Anbiya' 73.

Ayat-ayat dari surah-surah ini menjelaskan natijah yang kita sebagai rakyat akan dapat apabila memilih pemimpin. Dengan kata lainnya, kita akan dibangkitkan bersama-sama pemimpin yang kita pilih. Allah nyatakan juga jika salah pilih pemimpin, rakyat akan ikut pemimpin masuk neraka jika pemimpin itu ahli neraka dan sebaliknya.

Senang ceritanya,

Jika sekarang kamu pilih Najib, kamu akan dibangkitkan bersama-sama Najib serta amalannya.
Jika pilih Muhyiddin, pun sama.
Jika pilih Anwar, pun sama.
Jika pilih TGNA, pun sama.
Jika pilih TGHH, pun sama.
Jika pilih pemimpin BERJASA, pun sama.

Tangan kamu yang pilih.

Sekarang, dah boleh fikir kelak nak bangkit di akhirat dengan siapa.

Pilihlah dengan iman. Fikir dengan mata hati. Tolak nafsu dan kepentingan diri jauh-jauh.

Jangan sesekali kata, pilih pemimpin ni tidak ada kaitan dengan Syurga dan Neraka ya.

Sangat ada kaitan.

pesanan saya di sini. sempat lagi untuk fikirkan betul-betul sekarang ni. KITA TAK BERCAKAP UNTUK CARI TITIK KELEMAHAN MANA-MANA PIHAK, TAPI KITA BERCAKAP MENGENAI KEKUATAN SEMUA PIHAK..JANGAN MENGHUKUM DENGAN SATU SALURAN SAHAJA. BACA, KAJI DAN TERUS MENELITI, 

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PIHAK YANG BENAR...
PIHAK YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK KEKAYAAN SENDIRI, BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI.

banyak lagi nak cakap sebenarnya tapi x sempat dah ni. kereta nak bawa pg tmpat program dah nak sampai. so fikir-fikirkan....UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA..

pst: masuk page HILAL ASYRAF LANGIT ILAHI ADA BEBERAPA SOALAN CEPUMAS YANG MENARIK. CEPAT BACA SEBELUM ANDA KELUAR MENGUNDI ESOK. SELAMAT MENGUNDI!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...