Assalamu'alaikum
salam Ahad...
ok hari ni nak buat perkongsian sikit tentang buku yang baru je fiqa habis baca tajuk dia Kisah Cinta Habil dan Qabil. semua orang tahu yang Habil n Qabil adalah dua watak iaitu putera Nabi Adam a.s yang merebut cinta Iqlimah di mana akhirnya salah seorang daripada mereka iaitu Habil (kalau sy x silap) mati dibunuh oleh Qabil. okayh so cerita ni actually novel adaptasi daripada kisah persaudaraan dua putera Nabi Adam ni dengan Damina n Iqlimah juga merupakan adik beradik. Wataknya sama..kisahnya hampir serupa tapi jalan ceritanya berbeza..
Qabil dan Habil merupakan sepasang putera kepada Encik Hamdan. Qabil abang yang boleh dikira wataknya jahat tapi pandai bermuka-muka. manakala Habil seorang adik yang sangat baik dan jujur. Habil sentiasa jadi pelindung kepada kejahatan abangnya kerana dia taknak perbuatan jahat abangnya diketahui oleh ayah mereka.
Encik Hamdan merupakan seorang petani yang berjaya. Qabil selalu mencuri hasil pertanian (gandum) dari gudang untuk dijual dan wang yang diperoleh digunakan untuk berfoya-foya. Sampai satu hari, pekerja-pekerja ayahnya terlihat Qabil mencuri hasil pertanian lalu mengejarnya tapi gagal sampai dia bertemu dengan Habil dan meminta Habil membawa van berisi gandum tu keluar. Akhirnya Habil yang tertangkap dan dibawa berjumpa dengan Encik Hamdan. Qabil pula mengapi-apikan lagi ayahnya bahawa Habil lah yang selama ni mencuri hasil dari ladang ayahnya itu lalu ayahnya sangat marah dan menghalau Habil dari rumah. Habil tidak mahu membela diri dengan harapan abangnya akan berubah sikap selepas pemergiaannya.
Nak dijadikan cerita kemudia Habil bekerja dengan Haji Juned seorang penternak kambing yang sangat kaya. Mempunyai dua orang anak bernama Damina dan Iqlimah. Rupa-rupanya Damina merupakan teman wanita Qabil yang sedang mengandung anak luar nikah mereka dan Qabil tidak mahu bertanggungjawab sehinggalah Damina mengalami depressi dan dimasukkan ke dalam hospital. Apabila ternampak Habil, Damina bertambah-tambah marah dan sering meraung-raung kerana wajah Habil seakan-akan wajah Qabil yang dibencinya. Lalu Haji Juned pun terpaksalah mengambil keputusan untuk meminta Habil pergi dari rumah mereka dengan bekalan sejumlah wang.
Dalam perjalanan Habil keluar daripada kampung tersebut, dia tersandung lalu terjatuh, tanpa disedari wang pemberian Haji Jned turut terjatuh dan dia tidak mengambilnya semula. Sehinggalah ketika hendak membayar makanan di kedai kopi berhampiran dia tersedar dan tiada wang untuk membayarnya. Lalu dia dituduh sebagai seorang pencuri dan dikejar orang kampung. Habil masuk ke dalam hutan dan orang kampung berhenti mengejarnya kerana menurut penduduk di sana hutan tersebut mempunyai penunggu. Habil tidak dapat mencari jalan keluar lalu tinggallah dia di dalam hutan tersebut.
Qabil dan Iqlimah
Qabil ingin membunuh Damina kerana takut rahsianya menyebabkan Damina mengandung terbongkar. Dalam perjalanan memenuhi misinya dia terlanggar seseorang. Dia cuba lari tetapi berjaya ditahan oleh polis. Rupa-rupanya yang dilanggar oleh Qabil adalah Iqlimah. Qabil tidak tahu bahawa Iqlimah dan Damina merupakan adik beradik kandung. Kebetulan pula Encik Hamdan dan Haji Juned merupakan rakan perniagaan dan baru sahaja selesai berurusan . Lalu Encik Hamdan berjanji untuk bertanggung jawab ke atas kemalanggan tersebut. Qabil pula jatuh hati dengan kecantikan Iqlimah dan bercita-cita untuk menjadikan Iqlimah mangsa seterusnya.
Dalam usaha menawan hati Iqlimah, Qabil sering bertandang ke hospital dan membelikan pelbagai buku-buku agama untuk Iqlimah. Iqlimah pula semakin hari semakin tertarik dengan kabaikan yang dilakonkan oleh Qabil. Qabil pun merancang untuk meminang Iqlimah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama rancangan untuk membunuh Damina tetap diteruskan. Dia mengupah orang untuk membunuh wanita tersebut dengan memberikan maklumat-maklumat berkenaan Damina.
Pembunuh-pembunuh tersebut pun pergi ke rumah Haji Juned dan menangkap Iqlimah yang disangkanya Damina. Sedang dalam perjalanan Iqlimah tersedar dan meronta-ronta lalu pembunuh-pembunuh tersebut terpaksa memberhentikan kereta. Iqlimah sempat melepaskan diri tetapi berjaya dikejar oleh pembunuh-pembunuh tersebut. Mereka ingin melakukan perkara tidak baik kepada Iqlimah sebelum membunuhnya. Kerana ingin mengetahui sebab dia ditangkap, Iqlimah pun merayu-rayu minta dilepaskan sambil bertanyakan hal tersebut. Mereka pun menceritakan tentang Damina dan Qabil sambil bergelak ketawa.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki berambut panjang menyelamatkan Iqlimah. Mereka bergelut sehinggalah salah seorang daripada mereka terputus tangan akibat dilibas lelaki tersebut. Mereka lari bertempiaran meninggalkan Iqlimah dan lelaki tersebut. Iqlimah diselamatkan dan dibawa ke pondok kecil berhampiran. Keesokannya, mereka berkenalan dan tidak disangka-sangka bahawa lelaki tersebut merupaka Habil. Lalu Habil menceritakan apa yang telah berlaku kepada Iqlimah dan Iqlimah juga menceritakan apa yang didengarnya semalam daripada pembunuh-pembunuh tersebut. Iqlimah juga menceritakan tentang Qabil yang ingin meminangnya.
Dalam diam sebenarnya Iqlimah dan Habil saling menyimpan perasaan sejak Habil bekerja dengan Haji Juned dulu. Lalu mereka membuka rahsia tersebut di dalam hutan tersebut.Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dengan berwalikan ayah saudaranya kerana keadaan tidak selamat untuk mereka pulang bertemu Haji Juned. Jika tidak Iqlimah akan ditunangkan dengan Qabil yang jahat. Semasa menculik Iqlimah, pembunuh-pembunuh tersebut ada melarikan seekor kambing Haji Juned dan turut terlepas semasa Iqlimah melarikan diri. Kebtulan, semasa Habil dan Iqlimah sedang buntu untuk mendapatkan wang untuk ke rumah pakciknya, kambing tersebut muncul. Lalu mereka pun menjual kambing tersebut.
Mereka bernikah dan hidup aman bahagia walaupun tanpa wang yang cukup. Sehinggalah satu hari ketika Iqlimah mengandung 9 bulan, ayah saudaranya datang bertandang ke rumah dan memberitahu bahwa Haji Juned amat risau tentang kehilangan Iqlimah. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pulang dan berterus terang menceritakan hal sebenar yang berlaku. Dalam masa yang sama, Haji Juned menghubungi Encik Hamdan dan Qabil untuk memberitahu berita gembira tersebut dan meneruskan majlis pertunangan yang tertangguh.
Apabila sampai di rumah Encik Hamdan, semua orang terkejut melihat Iqlimah yang mengandung lalu ayah saudara Iqlimah pun menceritakan segala yang berlaku. Habil turut memberitahu hal yang sebenar. Qabil tidak mahu mengakui perbuatannya dan mengamuk di rumah tersebut. Lalu muncul Damina dengan bayi yang baru dilahirkan sebagai bukti atas perbuatan Qabil Encik Hamdan berasa sangat marah manakala Qabil tida mahu menerima hakikat bahawa semua perbuatan jahatnya telah terbongkar. Qabil mengambil bayi tersebut dan ingin menghempasnya ke lantai. Dia berkeras untuk mengahwini Iqlimah. Demi menyelamatkan bayi tersebut, Habil memberi dua syarat kepada Qabil jika dia benar-benar mahu mengahwini Iqlimah. Pertama, dia mensti melepaskan bayi itu dan kedua, sekiranya bayi yang dilahirkan Iqlimah adalah lelaki, maka Habil akan menceraikan Iqlimah dan Qabil boleh mengahwininya tetapi sekiranya bayi tersebut perempuan, Qabil perlu mengahwini Damina. Qabil sangat gembira sedangkan Iqlimah sangat berdebar dan merayu suaminya untuk menarik kembali syarat tersebut.
Semasa Iqlimah sedang meahirkan, Habil melakukan solat hajat dan meminta Allah menyebelahinya. Maka selamatlah Iqlimah melahirkan bayi perempuan. Qabil tidak dapat menerima kenyataan lalu mengambil garfu dan menusukkannya ke dada Habil yang ketika itu sedang sujud memohon pertolongan Allah. Akhirnya, Habil meninggal dunia dalam reda Iqlimah dan janji bahawa Iqlimah akan menjaga anak mereka dengan baik.
Tamatlah kisah cinta yang akhirnya tetap berlaku pembunuhan antara saudara demi merebut cinta Iqlimah. Tetapi yang fiqa sangat teruja dengan buku ni adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Mesej yang benar-benar membuat fiqa sangat bersemangat untuk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini. Mesej yang benar-benar memberitahu fiqa bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah di mana semuanya memang yang terbaik. Allah sangat mengetahuinya.
Pertama, jika Habil tidak dihalau adakah Habil akan bertemu Iqlimah?
Kedua, jika Habil tidak kehilangan wang, adakah Habil akan tinggal di dalam hutan tersebut dan menyelamatkan Iqlimah?
Ketiga, jika Iqlimah tidak diculik, adakah Habil akan dapat bertemu Iqlimah dan apa akan terjadi sekiranya Qabil berjaya mengahwini Iqlimah?
Ketiga, jika segala-galanya tidak berlaku, adakah perbuatan buruk Qabil akan terbongkar?
dan banyak lagi sebenarnya manfaat yang penulis ingin sampaikan..
Alhamdulillah Allah temukan fiqa dengan buku ini..
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH...di mana SETIAP YANG BERLAKU TIDAK ALLAH JADIKAN SELAINNYA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI..
kepada reader yang terbaca coretan ini, dapatkan buku ini senaskhah. Baca sinopsis tak sama dengan baca isi dalamnya. hayati mesej di sebalik buku tersebut dan pastinya pada akhir muka surat nanti, anda akan tersenyum mengingatkan segala kepahitan yang pernah anda lalui dan berkata.. Sesungguhnya Allah ada sesuatu untuk aku.. :)
Sekian...
No comments:
Post a Comment