Ya Allah aku letakkan dia di bawah lindunganmu..
kerana aku tak mampu menggapainya..
mungkin ego atau malu menjadi penghalang untuk aku mengakui rasa rindu
biarlah dia bahagia walau di mana dia berada
biarlah Engkau mudahkan apa sahaja yang dilakukannya
asal saja berlandaskan syariatMu
Ya Allah aku serahkan perasaan ini kepadaMu
Aku tak mampu mengendalikannya seorang diri
tapi dengan kekuatan dariMu
aku menjadi tenang
kerana aku percaya ketentuanMu
Ya Allah pelihara dia.
kerana dia pernah meletakkan namaku dalam doanya
melihat wajahku dalam mimpinya
dan begitu juga aku
mengiri perjuangannya di sana dalam doa ini
aamin..
No comments:
Post a Comment