Kalau kau jujur aku akur
Kalau kau kisah aku endah
Kalau kau ikhlas aku jelas
kalau kau tegas aku balas..
Kau faham?
Aku pernah serik.
Lalu aku tak mahu serik lagi.
Aku serius kalau engkau serius.
Aku akan pergi kalau kau lewa..
Aku tak pandang darjat..
Kerana aku manusia kau juga...
Persoalan hati
Aku letih
Terkadang enggan aku kisahkan
Lantas pada Dia aku serah
kau akan datang juga bukan?
Membawa ikhlas bukan belas..
Membawa cinta bukan suka..
Meminta hati bukan sunyi..
_untuk engkau yang katanya aku separuh lagi_
1 comment:
Keep calm, stay strong n have faith in Allah..everything will be okay..
Post a Comment