Tuesday, April 27, 2010

al quran untuk dibaca~

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__

Sunday, April 25, 2010

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti


jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai*

* tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu
atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti


Lagu ni sedih...tapi rentak die best..menyentuh hati dan perasaan...
mungkin bagi aku..aku pernah merasa sakitnya..tetapi bagi mereka..aku yang bersalah...

walau apapun anggapannya..aku reda dengan ketentuan...
kalaupun kamu mahu membenci diri ini....aku terima..
maafkan aku wahai teman...andai benar aku yang bersalah...
jangan terus membenci..kerana aku sudah memaafi...

buat mereka di luar sana...ingatlah
Allah takkan menguji hambaNya jika Dia tahu kita tidak mampu menanggung..
dan sesungguhnya setiap yang datang dari Allah itu adalah yang terbaik...


ujian bagiku adalah teman..
air mata adalah penawar...
zikir adalah manisan...

subhanallah~

Tuesday, April 20, 2010

mari tengok matahari..~

mari kita lihat fasa terbenamnya matahari ni......cantik sangat.....


matahari mulai turun meninggalkan bumi...memberi laluan untuk bulan menerangi alam.....

walaupun seharian membakar diri..matahari xpernah bosan..xpenah mengeluh..tetap setia pada pencipta....

selamat tinggal matahari...jumpa lagi esok.......terima kasih untuk cahaya semalam..hari ini...esok..dan selamanya...~

Friday, April 16, 2010

PeLanGi~

subhanallah..cantikkan pelangi ni???sungguh..aku sgat teruja dengan pelangi ini...masa aku nampak pelagi ni aku sedang melalui saat2 sukar bersama teman terbaikku..dan tatkala nampak pelangi ni...aku sedar...hujan yang turun sememangnya rahmat...dan itu hanya ujian daripada Allah untuk memberikan kita satu hadiah yang sangat berharga..begitu juga ujian buatku...aku sering mengharapkan yang terbaik walaupun sering ditimpa masalah. aku sedar Allah takkan menguji hambaNya sekiranya manusia itu tidak mampu menanggung ujian itu..dan Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui....
aku harap pelangi yang aku lihat ini sebagai simbol kekuatan aku menghadapi segala ujian ini...
amin ya Rabbal alamin.~

Thursday, April 15, 2010

persaudaraan~

assalamu'alaikum semua..
hari ini aku terus membaca..dan aku bertemu dengan hadis ini...

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Ummu Kalsum binti Uqbah r.a katanya:
Sesungguhnya beliau mendengar Rasulullag S.A.W bersabda: Bukanlah dikira sebagai pendusta jika seseorang mendamaikan perselisihan di antara manusi. Beliau berkata yang baik dan menyampaikan yang baik pula. (Bukhari & Muslim)



sungguh..hatiku semakin resah..
berapa ramai hati saudara2 ku yg telah ku sakiti..
berapa ramai hati teman2 yg telah aku guris?
berapa ramai insan yang pernah berkelahi denganku?

begitu juga kalian..renungkan hadis ini bersama. dah lama tidak bertegur dengan saudara seislam?
ah...itu dosa bagi kita....jelas dalam hadis ini...haram jika tdak bertegur lebih dr 3 hari...
maafkan aku wahai sekalian sahabat,...
maafkan aku wahai sekalian saudara2ku...
jika aku tersilap betulkan..
jika aku lalai ingatkan..
bawa aku ke jalan yg benar wahai sahabat..
berseorangan dalam berjuang takkan memberi hasil yang menakjubkan..
aku ingin bersaudara kerana Allah.
bimbing aku menjadi yang terbaik..
pimpin aku dari terus lalai....

salam ukhuwah...maaf hingga ke akhirnya~

Tuesday, April 13, 2010

Program Sehari Bersama Muslimah

8 april 2010

dah lama rasenye aku x duduk dalam satu kumpulan muslimah yang penuh dengan penghayatan dan renungan untuk dikongsi bersama. dan malam ini sekali lagi pgpi menyediakan santapan enak buat rohaniku..
ustazah zubaidah, insan yang bertanggungjawab menyampaikan ceramah ringkas bertajuk FESYEN DAN SYARIAH
ceramah ini benar2 buat aku terpukul kerana aku sedar betapa jauhnya aku dari ciri2 muslimah yg ustazah tekankan..terutamanya bila beliau mengupas satu demi satu ayat dalam kalam suci al-Quran surah an-nur ayat 30-31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala merek a dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

(surah an-nur:31)

1) ayat ini menyuruh kita menyekat pandangan dari memandang yang haram. tetapi sejauh manakah aku telah menyekat pandanganku? sejauh mana manusia sekarang menyekat pandangan mereka? dengan pelbagai maksiat yang ditonjolkan di luar sana, aku sedar pandangan kita jarang sekali tersekat.

2) ayat ini juga menyuruh kita memelihara kehormatan kita, tidak memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir, memakai hijab hingga menutup dada, menjaga segala aurat kecuali dengan mahram (yang tersenarai dalam ayat di atas) sahaja. cukup labuhkah tudung kita? mari sama2 kita renungkan. terjagakah aurat kita di dalam rumah apabila duduk bersama abg ipar, adik ipar lelaki, suami ibu saudara kita dan yang lain2 dr mahram kita?

3) ayat ini melarang kita menghentakkan kaki ketika berjalan untuk diketahui oleh org apa yang tersenbunyi dari perhiasan contohnya bunyi tapak kasut dan gelang kaki. ustazah kata bumi marah dengan kita. hari ini kita berjalan dengan sombong di atas bumi esok satu hari kita akan dihimpit bumi apabila berada di dalamnya kelak.

4) dan akhir sekali, ayat ini menyuruh kita bertaubat untuk berjaya di dunia dan akhirat.

ingatlah sesungguhnya setiap apa yang diperintahkan dalam al-Quran membawa hukum wajib.

sesungguhnya betapa ayat ini penuh pengajaran. aku ingin jadi wanita yang disebutkan dalam ayat di atas. tetapi mungkin sukar kalau aku lakukan secara drastik. aku bukan wanita yang baik tetapi aku boleh jadi yang terbaik kalau aku berusaha.
aku rasa insaf apabila ustazah tekankan betapa perempuan yang menutup segala auratnya itu terjaga, dan sukar mendapat gangguan lelaki. memang benar pernyataan itu.
dan aku sedih apabila ustazah menyebut jumlah anak luar nikah yang dilahirkan adalah sangat banyak. dan betapa hancurnya iman remaja islam masa kini. aku sebagai pendidik. mampukah aku untuk jadi muslimah yang terbaik kerana anak-anak masa hadapan adalah tanggungjawabku. cantiknya akidah mereka dengan didikanku. dan aku tidak hanya akan memberi teori semata kepada mereka tetapi aku wajib mendidik mereka sehingga mereka menjadi muslimin dan muslimah yang sebenar. mampukah aku? dan mampukah kita wahai kawan2?
ustazah kata lagi simpanlah segalanya untuk suami tercinta. jadilah isteri yang menyenangkan hati suami iaitu apabila suami pulang kita mampu memberi senyuman kepadanya walau bagaimana penat sekalipun dan begitu juga suami.

akhir kata, marilah sama-sama kita ingat mengingati sesama kita. semoga kita semua menjadi muslimah solehah. pendidik sejati yang akan melahirkan insan2 berguna pada agam. jika kita lahirkan pereka fesyen, biarlah yang menjaga kehormatan seorang wanita islam. yang cantik dipandang, kerana ayunya dalam busana islam.

wallahu'alam...
seungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri..

Thursday, April 8, 2010

Mengenali.~

mcam best tgok org ade blog

jadi aku pon bukak plog
skarang aku da ade blog

tp xtaw nak watpe ngan blog ni
nak cter-cter
mcam xda citer

jadi sebab tu la aku tulis camnih
saje nak bg penuh blog nih

Wednesday, April 7, 2010

permulaan

ini permulaan
aku hulurkan salam perkenalan buat kalian
mengenali diri ini bukan untuk menilai
tetapi cukup sekadar memahami diri empunya laman ini
cita-cita ku yang dulu bukan seorang guru tetapi doktor gigi
tapi hakikatnya aku pernah menyimpan hasrat menjadi pendidik di ipt
mungkin mase tu aku x brape ikhlas untuk mendidik tetapi mengejar glamer bergelar pensyarah..

14 julai 2008
bermulanya kisah aku sebagai seorang bakal guru yang kurang pasti dengan identiti diri
merantau di bumi sabah ini menjadikan aku lebih matang mengharungi hidup...
ini perjalanan hidup aku
keputusanku untuk bergelar guru..mungkin lebih kepada keistimewaan2 yang ditawarkan di pasaran kerja ini..namun bukanlah aku benar2 terpaksa..ada juga separuh keikhlasan dalam hati ini..
hari demi hari..aku jatuh cinta dengan profesion ini..
aku selalu membandingkan kerjaya lain dengan personaliti aku yang kurang gemar menghadapi objek
tp gembira mengelilingi manusia..

dan perjalanan aku membawa aku ke sebuah sekolah selama seminggu..
gembiranya hati ini tatkala ucapan pertama aku terima "assalamu'alaikum cikgu" dari si cilik berwajah polos...comel sekali..
walaupun aku di sini cuma memerhati..tapi aku benar2 mendapat banyak pengalaman..
indahnya ketika melangkah semula ke sekolah.
dulu berpakaian seragam..kini berbaju kurung bersulam..
dulu mengejar guru di kereta..kini aku dikerumun di pintu utama..

dulu masuk kelas duduk di belakang...kini aku berada di hadpan..
walaupun cuma seminggu kenangan itu..aku akan jadikan ia pengalaman pertama yang membuat aku semakin cintakan profesion ini..
ada yang memandang aku tidak sehebat yang lain kerana hanya menjadi guru...tetapi mereka tidak sedar orang bergelar guru yang menjadikan aku seorang guru..insan bergelar guru yang menjadikan mereka berkerjaya...dan aku bangga kerana aku juga akan melahirkan seorang guru kelak...juga seorang manusia yang berguna...
TERIMA KASIH CIKGU!

Saturday, April 3, 2010

SeLaMaT dAtAnG

SeLamaT DatanG DAn SaLaM pertEMUan dalAm lAMan iKatan ukHuwah...PeRkONGsIAn IlMu....PeneGuHan RohAni...PEmakanan Jiwa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...