Tuesday, April 13, 2010

Program Sehari Bersama Muslimah

8 april 2010

dah lama rasenye aku x duduk dalam satu kumpulan muslimah yang penuh dengan penghayatan dan renungan untuk dikongsi bersama. dan malam ini sekali lagi pgpi menyediakan santapan enak buat rohaniku..
ustazah zubaidah, insan yang bertanggungjawab menyampaikan ceramah ringkas bertajuk FESYEN DAN SYARIAH
ceramah ini benar2 buat aku terpukul kerana aku sedar betapa jauhnya aku dari ciri2 muslimah yg ustazah tekankan..terutamanya bila beliau mengupas satu demi satu ayat dalam kalam suci al-Quran surah an-nur ayat 30-31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala merek a dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

(surah an-nur:31)

1) ayat ini menyuruh kita menyekat pandangan dari memandang yang haram. tetapi sejauh manakah aku telah menyekat pandanganku? sejauh mana manusia sekarang menyekat pandangan mereka? dengan pelbagai maksiat yang ditonjolkan di luar sana, aku sedar pandangan kita jarang sekali tersekat.

2) ayat ini juga menyuruh kita memelihara kehormatan kita, tidak memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir, memakai hijab hingga menutup dada, menjaga segala aurat kecuali dengan mahram (yang tersenarai dalam ayat di atas) sahaja. cukup labuhkah tudung kita? mari sama2 kita renungkan. terjagakah aurat kita di dalam rumah apabila duduk bersama abg ipar, adik ipar lelaki, suami ibu saudara kita dan yang lain2 dr mahram kita?

3) ayat ini melarang kita menghentakkan kaki ketika berjalan untuk diketahui oleh org apa yang tersenbunyi dari perhiasan contohnya bunyi tapak kasut dan gelang kaki. ustazah kata bumi marah dengan kita. hari ini kita berjalan dengan sombong di atas bumi esok satu hari kita akan dihimpit bumi apabila berada di dalamnya kelak.

4) dan akhir sekali, ayat ini menyuruh kita bertaubat untuk berjaya di dunia dan akhirat.

ingatlah sesungguhnya setiap apa yang diperintahkan dalam al-Quran membawa hukum wajib.

sesungguhnya betapa ayat ini penuh pengajaran. aku ingin jadi wanita yang disebutkan dalam ayat di atas. tetapi mungkin sukar kalau aku lakukan secara drastik. aku bukan wanita yang baik tetapi aku boleh jadi yang terbaik kalau aku berusaha.
aku rasa insaf apabila ustazah tekankan betapa perempuan yang menutup segala auratnya itu terjaga, dan sukar mendapat gangguan lelaki. memang benar pernyataan itu.
dan aku sedih apabila ustazah menyebut jumlah anak luar nikah yang dilahirkan adalah sangat banyak. dan betapa hancurnya iman remaja islam masa kini. aku sebagai pendidik. mampukah aku untuk jadi muslimah yang terbaik kerana anak-anak masa hadapan adalah tanggungjawabku. cantiknya akidah mereka dengan didikanku. dan aku tidak hanya akan memberi teori semata kepada mereka tetapi aku wajib mendidik mereka sehingga mereka menjadi muslimin dan muslimah yang sebenar. mampukah aku? dan mampukah kita wahai kawan2?
ustazah kata lagi simpanlah segalanya untuk suami tercinta. jadilah isteri yang menyenangkan hati suami iaitu apabila suami pulang kita mampu memberi senyuman kepadanya walau bagaimana penat sekalipun dan begitu juga suami.

akhir kata, marilah sama-sama kita ingat mengingati sesama kita. semoga kita semua menjadi muslimah solehah. pendidik sejati yang akan melahirkan insan2 berguna pada agam. jika kita lahirkan pereka fesyen, biarlah yang menjaga kehormatan seorang wanita islam. yang cantik dipandang, kerana ayunya dalam busana islam.

wallahu'alam...
seungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...