Wednesday, April 7, 2010

permulaan

ini permulaan
aku hulurkan salam perkenalan buat kalian
mengenali diri ini bukan untuk menilai
tetapi cukup sekadar memahami diri empunya laman ini
cita-cita ku yang dulu bukan seorang guru tetapi doktor gigi
tapi hakikatnya aku pernah menyimpan hasrat menjadi pendidik di ipt
mungkin mase tu aku x brape ikhlas untuk mendidik tetapi mengejar glamer bergelar pensyarah..

14 julai 2008
bermulanya kisah aku sebagai seorang bakal guru yang kurang pasti dengan identiti diri
merantau di bumi sabah ini menjadikan aku lebih matang mengharungi hidup...
ini perjalanan hidup aku
keputusanku untuk bergelar guru..mungkin lebih kepada keistimewaan2 yang ditawarkan di pasaran kerja ini..namun bukanlah aku benar2 terpaksa..ada juga separuh keikhlasan dalam hati ini..
hari demi hari..aku jatuh cinta dengan profesion ini..
aku selalu membandingkan kerjaya lain dengan personaliti aku yang kurang gemar menghadapi objek
tp gembira mengelilingi manusia..

dan perjalanan aku membawa aku ke sebuah sekolah selama seminggu..
gembiranya hati ini tatkala ucapan pertama aku terima "assalamu'alaikum cikgu" dari si cilik berwajah polos...comel sekali..
walaupun aku di sini cuma memerhati..tapi aku benar2 mendapat banyak pengalaman..
indahnya ketika melangkah semula ke sekolah.
dulu berpakaian seragam..kini berbaju kurung bersulam..
dulu mengejar guru di kereta..kini aku dikerumun di pintu utama..

dulu masuk kelas duduk di belakang...kini aku berada di hadpan..
walaupun cuma seminggu kenangan itu..aku akan jadikan ia pengalaman pertama yang membuat aku semakin cintakan profesion ini..
ada yang memandang aku tidak sehebat yang lain kerana hanya menjadi guru...tetapi mereka tidak sedar orang bergelar guru yang menjadikan aku seorang guru..insan bergelar guru yang menjadikan mereka berkerjaya...dan aku bangga kerana aku juga akan melahirkan seorang guru kelak...juga seorang manusia yang berguna...
TERIMA KASIH CIKGU!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...