Monday, May 24, 2010

EXAM!!

today i want to talk wif my blog..
i want to tell my blog everything that make my life misserable for this 2 weeks.
Exam fever and i dun have much preparation....but i still force myself to study and study untill i didn't have much rest...can u imagine how i spend almost 10hours for 6 days staying in a cold library with my bff??wif the very annoying guard who always stared at us for every 5 minutes..just for revision........BUT
now i'm soooooo stress becoz after finished two paper already everything that i hardly memorized just out for objective question...waaaaaa i felt so frustated n now i dunt have anymore strenght to do revision....
next paper..tomorrow afternoon is math paper..my major subject and i dun know wat to read..haha funny huh??but still i lied myself that i'm studying!haha..the truth is i just look at the books..the cute letter like ants in a powder..(wat diz?i started to mengarut)huhu..
i hope tomorrow will be better....i dun want to fail any paper...i want to be the best as i promised to everyone...my beloved mom and dad,my sisters, my brothers and my BFF.....i promise to pass wit colours...argghhhhh.......wat to do now????????

"ya Allah kuatkanlah aku menghadapi segala ujianMu...
iringlah langkahku dengan rahmatMu...
Kuatkan ingatanku...
kurniakan aku yang terbaik atas usahaku,...
jadikan kejayaanku sebagai dorongan untuk kejayaan2 seterusnya..
ya Allah..sesungguhnya perjuanganku seiring dengan teman-temanku..
Kau permudahkanlah juga segala urusan mereka..
berilah kami kejayaan yang selayaknya dengan usaha kami....
campakkanlah hidayah dalam hati2 kami untuk terus menuntut ilmuMu...
sesungguhnya hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan dan hanya kepadaMu tempat aku kembali....amin ya rabbal 'alamin.."

Friday, May 14, 2010

EXAM!!

assalamu'alaikum...

lama dah x menulis lagi...sy rindu nak tulis2 kat blog nih..tp saye sgat sibuk..
exam dah dekat dan banyak lagi saye lum study...

di kesempatan ini..
saya nak memohon beribu ampun dan maaf kepada semua yang mengenali say..
sepanjang jalinan ukhuwah kite kalau saye ade terkasar bahasa atau tersinggung hati dan perasaan kalian..harap kalian sudi memaafkan....
doakan kejayaan kita bersama...

saya nak ucap selamat menghadapi peperiksaan kepada semua classmate saya:
barisan depan: wan, azie, kintut, azz@eton, siew sia, ai teng
barisan ke-2: fizah, fatin, ashlyna kapoor, beby comel, mamal, epin
barisan ke-3: mami, bee, unni, mas@yves, haidin, fizie
barisan belakang: syapiq, haziq, nafie, athan, fiezul@fifiez, jul, tam...

saye nak ucap jugak selamat berjaya buat rumet saya selain yg kat atas tu: ummi n zura..nana x exam

kawan2 lain: atieqah(ipg kampus keningau) n hairuniza (ipg kampus tawau)

dan semua yg mengenali saya serta sesiapa sahaja yg akan amek exam...semoga titian kejayaan kita tiba di penghujung dengan sambutan manisnya kejayaan..sayang korang semua..

amin~

Sunday, May 9, 2010

::resah tiada penghujung::

:aku hampir terduduk:
tatkala pernah kunyatakan rasa hati ini

:aku sakit sendiri:
tatkala kusembunyikan rindu ini

:aku menitiskan mutiara ini:
tatkala aku lepaskan kebahagiaanku

:aku menjerit dalam hati:
tatkala mimpiku hampir musnah

:aku berilusi di malam hari:
tatkala lafaz-lafaz perih menerjah

:aku berfikir kembali:
tatkala hati masih meminta

:aku menerima kata hati:
tatkala mata masih melihat ikhlasnya sang pencinta

:aku tetap aku:
mengejar impian itu..kerana impian itu untukku~

Friday, May 7, 2010

IMMUNISASI HATI

assalamu'alaikum..


semalam ade majlis solat hajat dan bacaan yasin di masjid....sempena bulan peperiksaan..
sebelum pegi surau ni betul hati sy sangat tak tenang sebab ade masalah2 yang sangat mengganggu ketenangan saye kebelakangan ni...tp alhamdulillah lepas je solat hajat n bacaan yasin tu hati saye sedikit tenang....dan tazkirah ringkas malam itu benar-benar ada kaitan dengan keadaan yang saya alami pada mase tuh...

ustaz bercerita pasal penyakit hati.
penyakit pada manusia ada dua iaitu penyakit jasmani iaitu apabila kita terkena selesema, demam, sakit diabetis, darah tinggi, jantung dan sebagainya..manakala penyakit kedua adalah penyakit hati iaitu penyakit dalaman yang disebabkan oleh hati...



''sesungguhnya di dalam badan manusia itu ada seketul daging..jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya..tetapi jika busuk daging itu maka busuklah keseluruhannya...dan ketahuilah bahawa daging tersebut adalah hati...."

ustaz beritahu kami ada tujuh(7) penyakit hati..

1) PENYAKIT BANGGA DIRI
2) TERPEDAYA DENGAN PERASAAN SENDIRI
3) SOMBONG DAN BONGKAK(TAKABUR)
4) MENUNJUK-NUNJUK
5) BERSANGKA BURUK
6) KEDEKUT
7) BERDENDAM

Dan perbicaraan malam ini adalah mengenai penyakit hati yang kedua iaitu terpedaya dengan perasaan sendiri...

cuba kita reflect semula diri kite mesti kita selalu bermain dengan perasaan kan? saye pon same..xsah kite ni hidup kalau xda perasaan sayang menyayangi..perasaan ingin menjadi yang terbaik..perasaan nak jadi kaya raya..nak jadi tu nak jadi ni..
dan sebenarnya tanpa kita sedari perasaan ni sering membinasakan diri kita...sedangkan ada satu ayat saya tak ingat la ayat Al-Quran or hadis tapi bunyi die mcam ni la..

"Islam terhalang disebabkan umat islam sendiri iaitu yang mempunyai penyakit terpedaya dengan perasaan sendiri ni...'' kita akan tengok penyebab-penyebab penyakit ni ye...

1) tidak berwaspada dan enggan berinterokasi iaitu seseorang yang sering berbangga dengan perasaan sendiri dan sering meremehkan orang lain..contohla...kita rasa yang kita ni pandai sangat memasak dan takde sape pon yang boleh lawan kita..jadi dalam mase yg same mesti kita akan berlagak seperti kita yang tahu segala-galanya. masa tu kita tak percaya pada kemampuan orang lain..di situ timbulnya penyakit hati yang bukan sahaja memberi impak negatif pada kita tapi kita dah kecilkan hati sahabat yang lain...

2) tidak bekerjasama dengan orang lain iaitu sering melakukan sesuatu berseorangan kerana kita rasa kita hebat...kita rasa kita mampu berjaya tanpa pertolongan siapa-siapa..padahal hakikatnya ada lagi yang hebat selain kita...

3) berlebihan dalam beragama. kita digalakkan menyeimbangkan amal untuk akhirat dan juga dunia...jangan berlebihan dalam mengejar akhirat sehingga mengabaikan dunia..sebagai contoh nabi Muhammad S.A.W juga berpuasa dan berbuka...baginda berkahwin..baginda tidur dan sebagainya.....ada Hadis menyatakan " jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu..jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu..dan jika kamu inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu"..tengok...kan memang kita kene seimbang dunia akhirat..jangan la sampai berpuasa dan langsung tidak berbuka...beribadah sehingga tidak bekerja...dan janganla pula berkaraoke sampai tinggal 4 waktu solat...tengok tv sampai habis maghrib...haha..ini yang ustaz cakap..saya pun bukan perfect..tp mengingatkan diri sendiri bha ni..huhu...

4) memperdalamkan ilmu tanpa mengamalkannya...ustaz kate belajar ilmu agama tinggi-timggi tapi pakai menjolok mate pegi shopping complex...tak guna mcam tu...

5) khusyuk dalam ketaatan tanpa mengingati dosa..saya kurang pasti dengan penyebab ni..

6) cenderung kepada kehidupan dunia...ini same mcam yang saya cakap tadi...seronok sangat kumpul harta tak ingat nak g semayang jumaat..huhu...

7) menyaksikan sikap kurang layak tokoh pemimpin..kalu dah taw orang tu x guna dijadikan pemimpin.....atau ketua xpayah lantik..nanti sendir sakit hati...jadi kalau kita dah dilantik sbagai pemimpin jalankanlah tugas dengan amanah..ingat amanah adalah sesuatu yang paling berat...dalam banyak-banyak makhluk Allah manusia sahaja yang sanggup menerima amanah dalam hidup..sebab makhluk lain dah taw yang amanah tu sangat berat....jadi bila dah dapat amanah jangan lalai sebab kita akan ditanya di akhirat kelak..

8) berlebihan dalam menyembunyikan perbuatan baik..takpe kalau kita beritahu orang pasal kebaikan kita dan itu akan menyebabkan die nak ikut buat....haa..lagi satu ustaz ade bg contoh..
kalau kita puasa sunat dan tibe2 ade kawan ajak makan or hulur sesuatu..xpe beritahu die..maaf saya puasa...nantila sok selase,rabu jumaat awak belanja ye...hehe sebab kalo kita just ckap xpe trime kasih ke...or wat tak taw ke..mesti la kawan kita tu akan kecil hati n cakap kita tak sudi dengan pemberian kita....

abes dah penyebab...masyaAllah...betul lepas dengar penyebab2 ni macam terkena pada batang hidung sendiri pulak.....lepas ni kita tengok kesan penyakit terpedaya dengan perasaan sendiri ni ye....

KESAN

1) TERJERUMUS DALAM KANCAH PERDEBATAN DAN PERSELISIHAN

2) TERJERUMUS DALAM SIKAP SOMBONG

3) TIMBUL PENYAKIT DEGIL(SUKAR MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN)

Kalau ade penyakit mesti ader ubat...

ni UBAT penyakit terpedaya dengan perasaan sendiri ni...

1) BERSIKAP SEDERHANA...jnikmat angan asik nak syok sendiri je..

2) MENGINGATI KURNIAAN ALLAH...kalau boleh setiap hari kita buatla sujud syukur..kalau tak pon setiap ape kita dapat tu terus sujud syukur..

3) SENTIASA MENGKAJI DAN MENGAMALKAN ALQURAN DAN HADIS

4) MENGINGATI KISAH ORANG-ORANG SOLEH

5) MENJAUHI ORANG-ORANG YANG TERKENA PENYAKIT NI..

6) MUHASABAH DAN MELATIH DIRI

7) BERGAUL DENGAN ORANG YANG IKHLAS

8) MENGABAIKAN KEINGINAN MENJADI PEMIMPIN KALAU PERKARA TU BOLEH SEBABKAN PENYAKIT HATI

9) BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG YANG PEDULI TERHADAP KITA...maknenye biarla kita berkawan dengan org yang boleh tegur kesilapan kita buka tengok je kita dapat dosa...

itu sahaja yang saya dapat dalam tazkirah ringkas ni.......sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri... saya bukan orang yang bagus tapi saye kongsi ni sebab nak same2 kongsi ape yang saya dapat..tak guna simpan sorang-sorang...betul x?

sampai di sini dulu la ye....wsalam...

Sunday, May 2, 2010

setelah sekian lama~



lama sudah x menulis...
problem sangat wireless skarang..
dan saya pon xda mood yg baik untuk menulis..
sepanjang blog ni x terupdate banyak benda baru yang saya dapat melalui beberapa program yg ipg ni rancang...usrah, kelas perubatan...dan sebagainya..
semuanya memberi input baru..insyaAllah..nanti bila ada masa terluang saya akan kongsi semua yang saya peroleh......

sekarang mood saya untuk bercerita pasal makanan pulak..
sepanjang beberapa minggu ni..banyak da duit habis pada makanan..agak membazir juga saya rasakan tetapi saya puas hati..mungkin kerana peluang menghabiskan masa bergembira di luar bersama rakan-rakan adalah terhad, jadi kami menggunakan peluang makan bersama untuk kekal gembira...

my beloved roomates(^_^)

makanan pertama adalah beberapa minggu yang lepas...iaitu burger besar dan ABC Sampan(kami yg bagi nama)..
nampak sedap kan?
Alhamdulillah..dah lama saya menginginkan makan burger besar ni...dan sekarang saya dapat makan..kepada kawan-kawan yang belum try....boleh dapat kat Tanjung Aru Foodcourt..area kuarters polis n lepas Sunny k..

next...beberapa minggu selepasnya...kami ambil masa lagi..kali ni bersama rakan-rakan sekelas..hampir semua la....kami makan steamboat...RM20 untuk apa2 sahaja hidangan..tetapi mesti habiskan semua sekali makanan...
agak susah sebenarnya nak menghabiskan semua makanan yang saya ambil.....pada masa tu..xingat langsung pesan nabi "makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang"..Subhanallah..
lepas ni jadikan pengajaran..tapi walau macam manapun....kenangan ni sangat indah....


ni rakan-rakan semeja saya...fatin yang bertudung krim,amalina yang bertudung hitam dan fizul yang lelaki tu...banyak betul kami makan....
ok meja kami memang penuh dengan makanan..ini rakan meja lain..gembira tak terkata....

dan selepas makan ni kami menghabiskan masa bersama dengan bermain bowling...
nak tgok keceriaan kami?naa...di bawah ni...
sekian dulu buat masa ni...sampai bertemu lagi pada post2 akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...