lama sudah x menulis...
problem sangat wireless skarang..
dan saya pon xda mood yg baik untuk menulis..
sepanjang blog ni x terupdate banyak benda baru yang saya dapat melalui beberapa program yg ipg ni rancang...usrah, kelas perubatan...dan sebagainya..
semuanya memberi input baru..insyaAllah..nanti bila ada masa terluang saya akan kongsi semua yang saya peroleh......
sekarang mood saya untuk bercerita pasal makanan pulak..
sepanjang beberapa minggu ni..banyak da duit habis pada makanan..agak membazir juga saya rasakan tetapi saya puas hati..mungkin kerana peluang menghabiskan masa bergembira di luar bersama rakan-rakan adalah terhad, jadi kami menggunakan peluang makan bersama untuk kekal gembira...
makanan pertama adalah beberapa minggu yang lepas...iaitu burger besar dan ABC Sampan(kami yg bagi nama)..
Alhamdulillah..dah lama saya menginginkan makan burger besar ni...dan sekarang saya dapat makan..kepada kawan-kawan yang belum try....boleh dapat kat Tanjung Aru Foodcourt..area kuarters polis n lepas Sunny k..
next...beberapa minggu selepasnya...kami ambil masa lagi..kali ni bersama rakan-rakan sekelas..hampir semua la....kami makan steamboat...RM20 untuk apa2 sahaja hidangan..tetapi mesti habiskan semua sekali makanan...
agak susah sebenarnya nak menghabiskan semua makanan yang saya ambil.....pada masa tu..xingat langsung pesan nabi "makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang"..Subhanallah..
lepas ni jadikan pengajaran..tapi walau macam manapun....kenangan ni sangat indah....
ni rakan-rakan semeja saya...fatin yang bertudung krim,amalina yang bertudung hitam dan fizul yang lelaki tu...banyak betul kami makan....
ok meja kami memang penuh dengan makanan..ini rakan meja lain..gembira tak terkata....
dan selepas makan ni kami menghabiskan masa bersama dengan bermain bowling...
nak tgok keceriaan kami?naa...di bawah ni...
sekian dulu buat masa ni...sampai bertemu lagi pada post2 akan datang...
No comments:
Post a Comment