Monday, July 4, 2011

SAYA GURU YANG TABAH DAN KUAT!

Minggu ketiga kuliah…

Sangat sibuk dengan hal-hal dunia kampus. Bayangkan setiap hari dari pagi sampai malam sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti sampai fikiran dah xleh berfungsi dengan betul. Semua yang saya buat rasa tak kena n tak betul. Semalam baru je habis 6 jam kursus asas kawad kaki BSMM..mase saya menaip ni baru je pulang daripada kursus simulasi kecederaan BSMM yang bermula pada 4.30 petang sampailah jam 10 malam tadi. Kami Cuma berhenti rehat pada waktu maghrib sahaja. Sebelum tu, kelas tadi sampai jam 2 petang sambung terus dengan taklimat BIG…memang xda rehat. Bayangkan tahap stress saya sampai fikiran jadi x betul..jiwa kacau n akhirnya kecundang. Di makmal computer tadi hujan air mata turun dengan sangat lebat..LOL…malunye nak cerita..masa ni sy duduk dengan amalina sebab fatin x datang. Kesian na..balik2 dia tanya saya kenapa tp saya xda jawapan sebab makin dia tanya makinlah laju dia mengalir..mungkin saya penat n rindu dengan keluarga….maaf na…

Kesibukan ni x berhenti setakat ni..esok petang kene masuk kelas madam Claire lagi untuk Seni Dalam Pendidikan (Pendidikan Pergerakan). Harap2 dia ok je besok…hurm..Rabu kelas dari pagi sampai malam..semua disebabkan perkhemahan kami yang akan diadakan pada hari Khamis ni 7 Julai- 10 Julai. Saya belum bersedia lagi dari segi mental dan fizikal. Entahlah..macam xda semangat pon nak berkhemah. Banyak perkara belum belajar. Saya nak ready untuk malam kebudayaan lagi. Bayangkan penganjur tetapkan tema Middle East lagi untuk malam kebudayaan. Jadi bayangkan la kami BSMM ni nak wat ape untuk tema tu? Bertambah lagi saya stress.

Untuk pameran lagi..saya belum buat untuk folder Henry Dunant. Emblem BSMM n Lencana Kecekapan belum lagi saya print n laminate. Untuk gadjet belum jugak fikir nak buat macam mana?

Ya Allah..kuatkanlah hambaMu ini…

Kepada readers, doakan saya terus kuat menghadapi bulan Julai yang penuh mencabar ini ya..oh ya 27 Julai ni kami ada Bina Insan Guru Fasa 4 DI Kampung Kebagu 4 hari 3 malam. Program anak angkat…yang tu nanti fieqa cite.

Ok.sekarang masa untuk siapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) matematik nak hantar esok.

Salam readers..

Heart;

fieqa

1 comment:

Aisyah Farisya said...

anda tlah merdeka dgn ketiadaan pendidikan pergerakan...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...