malas mahu bermadah lagi
penat mahu mengarang puisi
culas mahu berkata puitis
tapi terkenang nasib akal sendiri
yang asik terbatas dari bekerja waras
mungkin dipenjara hati
atau diri sendiri memenjara naluri
susah memikirkan yang relevan
senang menidakkan kebenaran
bila disebut amarah
nafsuku juara
sehingga akal jadi mangsa
bila diungkap sabar
nafsuku memberontak
akalku terdiam
apa sebenarnya maksud penjara?
atau diri ini yang tidak mengerti erti bebas
sampai tega membentuk pagar berjenama
untuk memenjara naluri sendiri
sehingga akal x lagi lancar berfungsi
asalnya tidak mahu bermadah
tapi akhirnya terlanjur mengatur aksara
dah bicara dalam hati
masih lagi terkenang nasib diri
yang dipenjara oleh penjara buatan sendiri...
No comments:
Post a Comment