seperti coretan lagenda
batu belah batu bertangkup
begitulah maksudnya erti duka akibat kecewa
bezanya cuma insan yang dua
bonda yang berjasa dan anak yang mudah lupa
seperti kempunannya sang bonda
begitulah kempunannya manusia
bezanya juga yang dua
telur tembakul yang enak dan gulungan masa depan yang patut digenggam
seperti rajuknya hati menyerah diri
begitu juga kelamnya hari mendatang
tetap bezanya dua perkara
mati dalam perut gua puaka dan tersungkur menangisi kisah duka
fikirkan. kenangkan, ingatkan
tegakah membiarkan anak-anak kehausan
terkapai-kapai menagih simpati hanya untuk sesuap nasi
dan tetap tiada beza andai
cita-cita anak watan masa depan
tenggelam bukan dijulang
akibat kelekaan hari ini..
bezanya tiada
sebab yang kecewa tetap semua
jari dituding kononnya benar
sebenarnya salah siapa?
***********************************************
dua kisah berbeza
batu belah batu bertangkup
yang banyak pengajaran banyak juga sempadan
dengan kisah kita
bakal pencorak generasi masa hadapan
yang asyik leka dengan tanggungjawab yang digalas
melarikan diri bukan penyelesaian
kerana cita-cita kita adalah cita-cita mereka
_fieqa_
No comments:
Post a Comment