seperti keringnya hamparan Sahara
begitu kontangnya tasik terbiar
seperti lumpuhnya cinta arjuna
begitu komanya hati si dara
bukan cerita tentang hati
bukan gubahan puisi cinta
bukan alunan lagu lama
tapi nyanyian kekosongan jiwa
asalnya berdiri tanpa arah
kemudian terpaku dek sinar yang terpancar
terus berpaling kerana silau
silap percaturan
cahaya itu sebenarnya hidayah
berjalan dengan ego
mendabik tanda angkuh
tidak lagi menoleh
sehingga tersungkur di simpang kanan
akhirnya
gelisah menyapa
resah bertandang
sesal diundang
"kalaulah dulu aku begitu, tentu aku tidak begini"
menyesali takdir dek pilihan sendiri
terus gurun sahara mengalun melodi
kembali tunduk
itu pilihan
terus melangkah
itu tujuan
sahara menyanyi
itu matlamat
No comments:
Post a Comment