Sunday, September 9, 2012

Personaliti

salam ahad buat semua pembaca.

bercakap mengenai personaliti sebenarnya saya masih keliru dengan personaliti sendiri. kadang kala terasa hipokrit bila buat perkara yang orang suka tapi diri sendiri menahan sakit. kadang kala merasa jahat bila perkara yang kita suka membuatkan orang lain yang kena tempias buruknya. 

personaliti itu apa ya sebenarnya? tengok nampak sangat tak buat homework cari apa itu personaliti. okay secara teori memang kita boleh tahu apa itu personaliti. tekan2 google saja "personaliti" lepas tu akan keluarlah pelbagai laman web yang menceritakan tentang personaliti, kajian kajian dan instrumen yang digunakan untuk menguji personaliti. Malahan saya turut pernah mengkaji personaliti pasangan kembar untuk Tesis Tingkatan 5 dulu. macam-macam instrumen saya gunakan daripada indeks personaliti sidek, indeks personaliti warna sampailah instrumen dari USIM yang sy tak ingat apa nama dia. begitu bersungguh-sungguh saya mengkaji tentang personaliti tapi hasilnya saya sendoro yang mengalami masalah kekeliruan personaliti. senang ditafsir melalui kajian tapi sukar dikaji secara abstrak pada diri sendiri. penyelesaiannya mungkin mengikut sahaja aliran dan kehendak diri. yang mana haluan dipilih mungkin itulah personaliti tapi kalau personaliti tersebut membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan adakah ianya patut diteurkan atau berusaha untuk ditinggalkan?

antara personaliti diri dan kehendak diri itu juga salah satu masalah yang timbul. kadangkala perasan menyatakan begini sedangkan hakikat sebenar sepatutnya begitu. adakah perasaan itu juga personaliti? kadang kala kehendak menuju ke arah sesuatu tapi secara fitrahnya sesuatu itu bukan yang terbaik adakah ianya masih dikira personaliti? ya saya sedang keliru dan sedang membuat anda keliru.

saya bukan seorang yang berpersonaliti yang menarik dan tidak mampu menawan hati orang sekeliling tapi persoalan seterusnya yang timbul dari aspek mana kita mengukur personaliti bagaimana yang menawan orang sekeliling. adakah garang di sekolah juga dikira sebagai personaliti dan saya semakin keliru. adakah kecantikan mempengaruhi personaliti menonjol seseorang? dan adakah personaliti saya menyebabkan rasa rendah diri mengatasai segala-galanya?

penampilan. adakah ianya dikira personaliti? saya pernah ditegur beberapa kali mengenai penampilan yang selekeh, tidak pandai bergaya dan kurang keyakinan diri untuk mencuba fesyen-fesyen terkini. adakah ianya masih dikira personaliti saya rendah? personiliti yang tidak menarik mempengaruhi markah latihan mengajar saya adakah personaliti dikira dalam aspek penampilan dengan tanpa solekan di wajah? mungkin jika anda membaca anda akan berkata " kenapa kau tidak cari personaliti sendiri?" dengan cara apa? menggunakan instrumen? sejauh mana instrumen itu menyelesaikan masalah personaliti saya? instrument cuma memberitahu tentang personaliti tetapi adakah instrument yang membantu memberikan panduan mengubah personaliti yang lebih baik?

sebelum lebih pajnag saya mengarut dengan persoalan yang entah sampai mana penghujungny, saya perlukan pertolongan anda semua berikan saya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas. sekian

assalamu'alaikum.

1 comment:

Anonymous said...

hye... sy pun ada masalh yang sama jugk. macam nk nanges jer cari personaliti yg sebenar... huhu~ sobs :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...