Saturday, January 26, 2013

Antara ukhuwah dan khalifah

assalamu'alaikum..
sekadar coretan ringkas.

dilema yang pastinya bukan saya tetapi sahabat2 usrah pasti turut merasakan
pilihan antara memenuhi jemputan meraikan saudara dengan program ukhrawi
kedua-duanya wujud nilai silaturrahim
kedua-duanya sama penting
jatuh pada tarikh yang sama
bezanya tempat, tempoh dan pengisian


jemputan pertama belum ada akad lisan tetapi sudah disampaikan dari khabar-khabar teman
jemputan kedua sayang untuk dilepaskan tapi berat untuk dipenuhi

dilema antara sahabat dan tanggung jawab sebagai khalifah
dan yang pasti setakat ini pilihan kami menjaga silaturrahim
memenuhi undangan, membantu persiapan
sayangkan sahabat, cintakan saudara
bukankah itu juga satu perjuangan?
insyaAllah ada peluang 
pasti ada lagi program menyusul
tinggal lagi kelapangan, dan kekuatan hati untuk menyertai

Ya Allah teguhkan hati ini untuk terus menghirup kebaikanMu dalam usaha memahami ilmuMu..

mohon doa kalian...aamiinn..

#manusia ibarat logam, baik ketika jahiliyah baik juga ketika islam sekiranya dia faham. InsyaAllah akan ada perkongsian karya Hassan al-Banna yang disampaikan oleh Kak Lin mengenai hadis ini sebagai rujukan nota saya dan perkongsian buat sesiapa yang tersinggah ke blog ini..(sedang mencari kelapangan untuk menulis)

sekian.
assalamu'alaikum



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...