kalaulah saya rajin membaca buku sama macam saya rajin buka muka buku....
kalaulah saya rajin kemaskini nota sama macam update tweeter
kalaulah saya rajin menulis sama macam tulis entry baru...
kalaulah saya rajin fikir inovasi sama macam fikir menu makan tengah hari
kalaulah saya rajin mengingat sama macam hafal lagu
TENTU SAYA TIDAK TERTEKAN SEPERTI SEKARANG MEMIKIRKAN KAJIAN TINDAKAN!!!
..uwaaa (hentak2 kaki macam baby sakit perut)
Moral of the story: Buang yang keruh ambil yang jernih!
Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik Pendidikan Rendah. oleh itu kebarangkalian untuk encik blog menjadi tempat luahan perasaan selama setahun ini adalah menghampiri 1 (maksudnya kebarangkalian tinggi la) huhu..selain itu juga saya akan menghadapi praktikum (latihan mengajar) selama 3 bulan untuk Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM yang purata muridnya ialah 40 orang sekelas. oleh itu kebarangkalian untuk blog ini berhabuk selama 3 bulan juga adalah menghampiri 0.8 (sebab mesti gatal tangan nak ngarut2 punya).
Sekian, Assalamu'alaikum!
XOXO
fieqa
No comments:
Post a Comment