Sunday, February 12, 2012

aku sekeping biskut

AKU BISKUT ITU
aku sekeping biskut..aku asalnya dari sepeket biskut yang berada dalam peket besar biskut berjenama munchy's. badanku bergula. banyak gula..aku bangga dengan gula-gula yang melekat pada badanku. sebenarnya semalam aku masih di rak pacific ngui kee..aku memerhatikan seorang awek comel ke hulu ke hilir mencari sesuatu. dia memandangku...tetapi terus berlalu begitu sahaja. aku tersenyum melihat gelagatnya. dia berpusing2 lagi sampai tiba2 dia mengeluh.."kenapa xda yang dalam kotak?" oh rupanya baru aku tahu dia mencari biskut jacobs kerana hanya bixkut jacobs sahaja yang tidak ada di situ..semuanya di dalam tin. oh sombong sungguh perempuan itu..macamlah sedap sangat biskut jacobs yang dicarinya. kalau nak sangat beli sajala yang dalam tin tu. nampak sangat kau kedekut wahai gadis bertudung merah jambu! 

tiba-tiba....

gadis itu merapatiku..aikkk???kau dengar ke apa aku cakap? dan tiba-tiba dia mengambil aku..kemudian meletakkan kembali. dia tekan2 badan aku..kemudia letak semula.dia ambil kawanku dan meletak semula. wahai gadis berbaju merah jambu...apa la yang kau cari agaknya....akhirnya dia memandang tajam ke arah aku...aku mula menundukkan pandangan.dan dia terus mengambil aku..dan membawa aku ke kaunter bayaran. aku terdengar dia berkata dalam hati..'bolehlaa.' eh dia ni...macam x ikhlas je ambil aku...
pagi tadi aku nampak gadis tu makan nasi lemak. aku biarkan saja..dia tetap belum mahu memakan aku. peduli la...

tiba-tiba...

jam menunjukkan jam 3 petang dan aku lihat gadis itu kegelisahan sepertinya bosan. dan sekali lagi dia memandang tajam ke arahku..aku mula dibuka...dikeluarkan dari rumah. aku terdengar..'bismillahirrahmanirrahim'......'krakkkkk' dia mematahkan badanku....dia senyap...dia mula memakan rakan-rakanku yang lain....4 keping sudah dikorbankan dan baru aku terdengar dia berbisik..'''sedap jugak biskut ni''.....haaa baru aku tersenyum....''dan aku berkata pada gadis itu...

"yang mahal x semestinya sedap dan yang murah belum tentu x sedap"






dan gadis itu senyum...'alhamdulillah'

4 comments:

Anonymous said...

luculaa :D

afiqah ashiya said...

haha sengal kan awek tu..:p

fie_zul zarien said...

first time aku ketawa membacanya.hahaha

afiqah ashiya said...

haha naseb biskut tuh da dalam perot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...