assalamu'alaikum. kalau x silap saya mungkin ini entry kedua tentang istikharah dalam blog ni. tapi kali ni lain ceritanya, lain kisahnya dan lain kupasannya. sebenarnya baru lepas baca artikel ni ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU hasil tulisan Ustz Fatimah Syarha. artikel ni menjelaskan kepada kita secara keseluruhan apakah sebenarnya konsep istikharah yang orang selalu kaitkan dan lakukan dalam hal-hal memilih jodoh. sebenarnya definisi dan tujuan istikharah adalah sangat luas untuk membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kita. kalau nak kupas satu demi satu pon x perlu rasanya. terus je klik kat link tu untuk baca k.
next, dalam artikel tuh ada sebut pasal mimpi. ok bercakap pasal mimpi, semalam seorang sahabat menerangkan kepada saya tentang beberapa konsep istikharah n apa yang diterangkan memang ada dalam artikel tu. cuma yang saya nak kongsi adalah beberpa cerita dalam perbincangan kami.
cerita 1) ada seorang kenalan ni. baru berumah tangga dan jodohnya adalah melalui istikharahnya. ceritanya bermula apabila si gadis baru sahaja putus cinta manakala si teruna sedang mencari cinta. si teruna kerap melakukan solat istikharah dan setiap kali bermimpikan seseorang. ditakdirkan si teruna tu hadir ke mesyuarat di sekolah si gadis (lupa nk gtaw, gadis adalah guru n teruna x sure arkitek or engineer). pagi tu si gadis terlambat dan apabila sampai sahaja semua mata tertumpu pada dia. si teruna terus berdebar-debar seolah tak percaya kerana gadis di hadapannya adalah kekasih dalam mimpinya. tak tunggu dah lelaki tu pon terus masuk meminang dan mereka berkahwi. ok menurut sahabat tu istikharah begini sepatutnya dilakukan.
saranghae....Aishiteru |
cerita 2) dalam cerita 2 ni mungkin ada kaitan dengan salah satu kandungan artikel di atas yang menyebut mimpi tidak boleh dijadikan hujah. kenalan sahabat tersebut juga yang bercinta selama 8 tahun dari form 2 katanya. seorang bakal ustaz dan seorang bakal ustazah. hubungan yang sangat bahagia. lelaki tersebut sangat sayang kepada pasangannya tetapi ditakdirkan suatu hari ustazah tu tiba2 tergerak hati untuk melakukan solat istikharah dan dia bermimpikan seseorang yang tidak dikenalinya. selepas beberapa kali orang yang sama jugak muncul. tidak sekali pon teman lelakinya masuk dalam mimpi tersebut. ustzah tu nekad meninggalkan ustaz tadi dengan tanpa perasaan serba salah. maka meranalah ustz tu. ditakdirkan sekali lagi ustzah bertemu dengan seseorang dan dia pasti org tersebut adalah orang yang selalu hadir dalam mimpinya. orang tersebut pulak datang rumah meminang lalu ustazah terima. kesian ustaz sangat bersedih. ok menurut sahabat itu, tindakan ustazah ni salah dan sudah tidak sepatutnya dia melakukan istikharah. saya tak dapat nak terangkan sebabnya tapi mungkin konsepnya pasangan tadi dah terlalu lama bercinta dan mereka telah lama memilih untuk bersama. konsepnya senang kalau nak buat sungguh-sungguh.jangan ragu-ragu n terus melangkah.
2 cerita berbeza. satu istikharah yang membawa bahagia dan satu istikharah yang membawa pahit dan manis..dan pesan sahabat tu yang terakhir..binalah cinta dengan Allah nescaya kita dapat cinta manusia yang mencintai Allah...dalam maksudnya ....wallahualam..
saya pilih untuk jadi cikgu.. |
psst://farah lee kata die nak kawen semasa masih study. boleh x saya nak macam farah lee jugak???hiihi...
6 comments:
istikarah perlu dibuat secara berterusan sampai spt petunjuk...?
baca artikel yg link tu...n kalau ad soalan tnye ustz fatimah syarha.hehe saya x pakar....:)
Pernah wat istikharah x???..istikharah xsmestinya ttg jodoh kan..dilakukan juga utk hal2 yg membuatkan kite keliru untuk membuat keputusan...am i right??..huhu
pernah x pernah tu rahsia encik zaihan..hihi...betol3!..ad sy mention kat atas tu..x semestinya dilakukan untuk jodoh.istikharah tu luas sgat2..nk beli kereta pon bleh buat istikharah..baca link ustz fatimah lg jelas die terang pasal istikharah..
hehe
^_^
Post a Comment